Bismillahirahmanirahim
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan aku bangun menyembahMu ,masih lagi mengizinkan aku bernafas dengan udara pinjamanMu kepadaku,masih lagi menyayangi ku dengan memberi pelbagai nikmat kepadaku..alhamdulillah
Hati??
Pelbagai simpulan bahasa dikaitkan dengan hati..
Apakah hati ini??
Apakah signifikasi nya hati ini??
"Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging,bila ia baik,maka baiklah seluruh jasad itu,dan bila ia rosak,maka rusaklah seluruh jasad itu.Maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati"(HR Bukhari dan Muslim)
Jadi,hati ini adalah pusat segala kebaikan dan juga pusat bagi kejahatan yang kita lakukan..Allah telah menjadikan hati ini satu hati yang suci secara fitrahnya semasa kita dilahirkan.Hati yang suci,hati yang penuh kedamaian,hati yang penuh ketaatan..hati yang penuh rasa keindahan..Begitu tenangnya memiliki hati sebegitu..
Apabila meningkat dewasa,semakin kita menghadapi dugaan dan cabaran di dunia ini,tanpa kita sedari,kita semakin mengotorinya,kita menyelaputi hati kita dengan titik hitam,yang membuatkan kita sukar untuk berbuat kebaikan.Akhirnya,inilah yang akan membawa kepada kematian 'jiwa'.
Semakin hari,semakin jelas kematian 'jiwa' itu.Semakin canggih teknologi,makin canggih perasaan ketenangan itu terkikis dari diri kita..Antara tanda2 kematian jiwa,ialah kematian ghadhul bashar,kematian zuhud,kematian khauf,kematian mahabatullah,kematian zikrullah,kematian muhasabah,kematian tilawat quran dan banyak lagi..Nauzubilllah..Inilah tanda2 yang sangat jelas di kala arus pemodenan semakin pesat.
Mengapa ini semua berlaku?
Mengapa??
Cinta dunia yang berlebihan..Cinta dunia atau yang disebutkan dalam hadis Nabi sebgai wahan ini akan melahirkan manusia yg lalai dari mengingat Allah dan hari akhirat,
"Yang demikian itu disebbkan kerana sesungguhnya mereka mencitai kehidupan dunia lebih dari akhirat dan bahawasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.Mereka itulah orang2 yang hati,pendegaran dan penglihatan telah dkunci mati oleh Allah,dan mereka itulah orang2 yang lalai"[16:107-108]
Minimumnya kefahaman terhadap agama.Amalan tanpa kefahaman dan muhasabah yang akhirnya membawa pada kematian atau pun kegersangan jiwa
Akhir sekali,penolakan terhadapa nasihat agama..Mula2 dapat menerima,tetapi ahirnyaberubah kerana tidak tahan godaan syaitan..
"Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesuangguhnya mereka telah berimankemudian menjadi kafir semula,lalu hati mereka dkunci mati kerana itu mereka tidak dapat memahami"[63:30]
"Ya Allah,bersihkanlah hati kami,dari kekotoran maksiat.Kau bersihkanlah Ia dari penyakit2 hati..Kau berikanlah kami hati yang wajilat apabila mendengar namaMu dan keimanan yang bertambah apabila mendgar ayat ayat Mu.."Amin ya Rabbalalamin
"Maka ketahuilah.Sungguh beruntung orang yang menyucikan hati dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"[91:9-10]
5 cara yang dsebut dalam hadis cara membersihkan hati
1)Baca lah Al Quran..janganlah jadikan al Quran sekadar adat ,adat yang dgunakan dimajlis2 tertentu sahaja...
2)Beristighfar la...mohonla maghfirah dari Allah..sesungguhnya Allah Ya Tawwab
3)Berdoa la..pohon la semoga Allah sentiasa memelihara hati kita
4)Selawat la ke atas nabi junjugan besar kita,Nabi Muhammad s.a.w.
5)Bangkitlah untuk bersolat malam
Sesungguhnya maksiat2 yang kita lakukan itulah yang menutupi hati kita..Menutpi hati ini untuk sentiasa dekat kepada.Kita selalu nak orang yang kita ingati untuk juga ingat kepada kita..Allah itu sentiasa ingat kepada kita,sentiasa dekat dengan kita..tapi kita???
Sama2 kita renungkan..sama2 kita bermuhasabah..
Ingatlah,dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram..[13:28]
wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan memberi peringatan kerana sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin"[51:55]
5 comments:
syukran for this article...adakalanya langkah tersasar, ada ketika hati jauh dari landasan sebenar...
Namun, kerana sygnya Dia kepada kita, kita masih lagi diberikan jiwa hamba...
Semoga kita tetap terus berpegang teguh kepada 2 permata agama yang sangat bernilai, serta beramal dan menghayati isinya setiap masa, setiap ketika~
amin.....
izzati:afwan..sume nye ada lah nikmat..alhamdulillah
abu huzaifah:ye maercastro??
hati adalah kawasan paling kritikal dalam diri seseorang. Ia amat mudah berubah. Kita perlu meneguhkannya dengan menjadikannya hati yang hidup. Hidupi ia dgn zikrullah.
Allah untuk setiap saat..Semoga dunia tidak melekat di dalam hati, kerana apabila ia berlaku, untuk menanggalkannya perlukan mujahadah yg tidak sedikit. Sakitnya utk meninggalkannya umpama ditoreh pisau belati...
Semoga semakin terjaga hati kita..insya-Allah...
p/s: abu tu meng'amin'kan doa izzati la min..bukan pggil ko...
umair:thanx..hehe..owh..yeke??salah phm la..haha
Post a Comment