Oct 11, 2009

~Masihkah~

Bismillahirrahmanirrahim

Segala pujian ke atas Allah di atas semua limpahan nikmat yang diberikan,dikurniakan kepada kita..Allahamdulillah..Tanpa keizinanNya,sudah tentu aku tida dapat bangkit dari tidur dan menunaikan solat Subuh..Tanpa keizinanNya,sudah pasti aku tidak tercongok depan laptop pagi ini,sambil menghirup udara pinjamanNya kepada ku sambil menaip menggunakan tangan pinjamanNya,,Semua kepunyaanNya??Ya Allah .betapa lemahnya diri ni..Aku tidak bersyukur dengan semua nikmat yang Kau berikan..Entah aku sedar atau tidk nikmat2 yang diberikan..Allahamdulillah

Topik yang ingin ku utarakan di sini ialah poltik negara Malaysia.Hari ni sedang rancak berlangsungnya PRK ke 9 ,pasca PRU 12 di Bagan Pinang N9.Aku tidak mengepost mende ni atass tujuan PRK tsebut,tetapi mende ni da lama bermain dalam fikiran aku..Kisah yang aku ingin kongsikan ialah perjuangan Parti PAS.

Seperti kita sedia maklum,PAS(parti Islam Se-Malaysia) adalah satu satunya parti yang membawa imej Islam dalam negara kita yakni Malaysia..Alhamdulillah..Tetapi main point sekarang yang ingin disampaikan,'Masih samakah perjuangan PAS sekarang??"

Kepada penyokong2 PAS,diharapkan dapat membuka hati anda,buka minda,mayb mende aku sebut akan bertentangan dengan fahaman dan sokongan anda..Aku tak menyuruh kamu berpendirian seperti aku..Tetapi hanya berharap kamu berfikir tentang hal ini seperti mana aku juga memikirkan tentang ini.Jangan biarkan fanatisme atau taqlid buta menutupi hati anda..

Dalam kempen 1964-1998,Parti PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa orang2 UMNO terutamanya telah menjadi kafir kerana telah bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam mentadbir..Isu ini telah dimainkan dengan begitu agresif dalam ceramah2 PAS.PAS ketika satu dahulu begitu bermatlamatkan untuk menubuhkan sebuah negara Islam,negara yang melaksanakan undan2 Islam,dan mengamalkan Islam secara menyeluruh.Aku sangant sukakan matlamat2 ini,Inilah yang umat Islam,umat akhir zaman perlukan..dalil yang digunakan ialah Al Imran ayat 28..leh a refer sendri...Tetapi realiti nya sekarang,PAS telah pun bergabung dengan parti sosialis DAP dimana fahamannya sama sahaja dengan parti sosialis PAP dr singapura..

Adakah perjuangan PAS telah berubah??
Dalam laungan2 manifesto,dalam teriakan2 semangat,ya..matlamat mereka masih sama menubuhkan negara Islam..Tetapi,masalah besar sekarang ialah pergabungan PAS dengan DAP telah sama sekali menutup peluang itu..Karpal Singh awal2 da sound ,"Langkah mayat saya dulu untuk buat negara Islam(lbh kurg gini a)".Ini kerana,perjuangan parti ini sangat bercanggah antara satu sama lain.Teringat kes debat Hussam Musa dan Khairy Jamaluddin..Hussam Musa begitu lantang berkata "Ya..kami akan laksanakan hudud bila dapat memerintah"..Kesokkan harinya,lim guan eng ke lim kit siang(aku tak sure..muka dorg lbh kurg masa kt tv) kuar tb,menyatakan mereka tidak akan bersetuju dengan idea Hussam.Dan kessokkan hariny lagi,Hussam lak kuar tv,"Undang2 Islam hanya akan dilaksanakan dengan persetujuan pakatan"..Begitu saja pendirian PAS digoyahkan..huhu..sayang sekali.

Dalam Pakatan Rakyat(pakatan ni belum didaftar..jadi masih ptubuhan haram a),aku melihat PAS antara parti yang besar sokongannya dari pelusk Malaysia.Ini kerana perjuangan dan matlamatnya..tetapi apabila masuk dalam pakatan itu sendri,seolah2 PAS adalah parti ke3 selepas PKR dan DAP..Segala tindak tanduk PAS akan dipantau 2 parti yang lain.Pelbagai isu yang menjadi bukti betapa parti len DAP terutamanya overshadow ngan parti PAS ini..(1)Kejadian di kedah.Pas sebagai peneraju negeri..Mengeluarkan arahan supaya tmpt penyembelihan babi di runtuhkan..DAP(minoriti..satu seat je pn),begitu lantas mengumumkan keluar dari pakatan tersebut..mcm tu je??betapa DAP mahu menunjukkan pengaruhnya..(2)Selangor,macam2 isu da..dari isu arak(hassan Ali dan Ronnie Liu),isu kuil,isu SELCAT..semuanya menampakkan DAP dan parti lain overshdow PAS..Aku merasakan sokongan terhadap PAS hanyalah satu krugian jika keadaan ini berterusan..PAS belum lagi mampu melaksanakan matlamatnya walhal da menguasai beberapa negeri..Ini kerana pakatan tersebut

Aku sebenarnya lebih prefer jika PAS berdiri sendri dan memperjuangkan matlamat nya dari bergabung ngan pakatan yang pendriannya jelas2 menentang matlamat PAS sndri..Pas sendri sudah kuat..Apabila PAS menguasai kelantan,adakah ia bergabung ngan PKR n DAP??pkr pn lom wujud time tu.. Pada pendapat aku,PAS harus keluar dari pakatan itu seterusnya memperjuangkan Islam secara tulus..DAP (Jeff Ooi) di Pulau pinang mengatakan seorang muslim sebagai seorg teroris kerana beliau menganggotai Jim(Jemaah Islah Malaysia)..Nauzubillah..bagaimana Negara islam akan dtubuhkan jika keadaan dan macam ni..

Ada sahabat mengatakan,PAS berada dalam pakatan ini dalam masa sama mentarbiyah DAP..huh..jangan sampi DAP lak tarbiyah PAS..berapa ramai yang DAP yg da masuk Islam atau tertarik nk masuk Islam sampi skang??yang aku nmpk,pejuangan PAS yg makin goyah kerana pakatan..Kamon la ..Jangan kerana bencikan BN dan hendak jatuhkan BN,anda menggadaikan matlamat anda..Skang sume parti politk sama ..permainan nye sama..rasuah ke,penyelewengan ke,salah guna kuasa ke,kronisme ke..semua ada..kerajaan baru pn ada..

Bila aku baca dari blog2 ke blog,komen2 nya..rata2 mengecam Isteri2 orang BN yn\g bertudung..mereka seolah2 sgt2 jijik dgn orang tida bertudung..itu memg salah dorg sbb tak btudung..tetapi napa masih besengkongkol ngan elizabeth wong??siapa la aku ni hingga nk suara aku ddengari hingga pimpinan atasan PAS yang rata2 imempunyai ilmu yang tinggi..Aku hanya melontarkan pendapt sbg seorg islam dan rakyat malaysia pada amnya..

Sebenarnya ,pada hemat aku,Islam yang kita tahu,adalah penyatu..Penyatu umat,penyatu manusia..tetapi bila Islam dijadikan politik,seolah2 Islam yang menjadikan pecah belah sesama Islam..nauzubillah..moga djauhkan..Solat takleh berimamkn org UMNO,sbb UMNO sesat..sembelihan takleh dibuat org parti2 ni.caci maki antara uamt islam.apa tu..kita semua Islam..politk ni adalah salah satu alat..tetapi pengamalan yang penting..lagi cantik jika,wpon nama Islam tidak dijadikan bahan poltik,tetapi semua ahli dari atasan hingga bawahan sumenye mengamalkan Islam..sgt superb..tapi terpulanglah,kerana pcuk pangkalnya hati..jika btol niatnya,smoga beroleh pertlongan dari Allah..

Aku berharap PAS akan keluar dari pakatan dan seterusnya menjadikan matlamat asl perjuangan mereka sbg panduan..dan aku juga sgt berbesar hati,jika pas dan umno dapt bergabung..secara tak langsung Islam dan melayu yg rata2nya orang islam akan dapt berstu..ramai mempertikaikan idea ni..seperti komen kawan aku.."pas masih tidak melupakan tragedi masa dlm BN lu"..huh..mayb benar katanya..pas tidak mahu pisang berbuah dua kali..tp aku pelik,macam mana pas boleh terima anwar sbg ketua pembangkang dan sekaligus bergabung dengannya..padahal dulu anwar antara yang lantang mengkritik pas..xkan mereka lupa??anwar dpt diterima..tetapi nape method penyatuan islam tak dpt dterima..wallahuahllam

Mayb post ni nampak macam aku mengkritik pas kn..nape aku tak cte pasl PKR ke UMNO ke..kerana pas memperjuangkan agama aku,islam..aku meluahkan ini kerana ada sumting wrong pada mata aku yang melihat..kompem penyokong pas yg ramai dikalangan memb aku fire aku pasni..(harap post je komen..tak perlu pm2 aku..)..mereka sering mengatakan"mengapa perlu mengkritik gerakan islam??"..adakah sesutau gerakan islam langsung tak boleh dkritik??jika tujuan kritkan untuk pembaikan..ada je orang yang langsung tak ambik tahu isu politik,tetiba dia je gah untuk berbicara..haha(tgelak teringat dak ni..)..sila baca bahan dari kedua2 side untuk mengelakkan minda anda tertutp..huhu

Harapnya,semua fanatik2 parti ini,mengur aku jika ada tsilap kata or fakta,dan mengharapkan korg juga turut membuka minda untuk berfikir sejenak mende alah ni..tujuan aku post bukan nk mengaibkan atau berpolitk,tetapi hanyalah meluahkan apa aku rasa..(blog ni bukn blog politk)..

wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan memberi peringatan kerana sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin"[51:55]

30 comments:

Izz Amri said...

huhu.. politik malaysia.. kdg2 agak memalukan bile tgk isu2 diorg kat tv yang adakalanya nampak too "childish".. kate nak jd pemimpin, kene la bg contoh kat rakyat.. ni rakyat pun lg tau bende tu x sopan, bende ni nampk rude.. (this comment is not refering to any party, just general view)

Mama and Baby Store said...

politik cuma alat,bukan matlamat.


itu yg kte kne tengok.


full stop.






ana ad bce satu buku bgus;

"Fiqah berinteraksi dgn non-muslim"

insyaAllah,terlerai kesalahfahaman ttg muslim n non-muslim dlm berpolitik.


which one is better?


bekerja dgn muslim yg tak tegakkan islam or non-muslim yg sudi bekerja sama.



teguran yg bgus utk PAS.
sbg rakyat,kita mmg kne peka.


tp,selagi mana pengetahuan kita terhad,kita takleh ckp banyak.



n the most impirtant think is......






media is not the most trusted medium for this time being.



cuma pandangan ana yg kerdil.

Amin Baek said...

izzati:memang..kadang mende simple..didedahkan kt media..bia satu malaysia tau..hape nk jd ngan poltik.

atikah:

"which one is better?


bekerja dgn muslim yg tak tegakkan islam or non-muslim yg sudi bekerja sama."

-mengapa dulu kerja ngan non muslim dikata kafir,sekarang leh diamalkan plak-persoalan yg perlu drungkai..

apakah maksud menegakkan islam di situ??
menegakkan islam bukn pada pejuangan parti/poltik smata2.byk cara lg..
tp stakt ni,yg aku pasan,mic mca tak penah request supaya azan dperlahankn suara nye bbanding elizabeth wong(dap)

main point aku disini,
supaya PAS atasi belenggu oleh DAP
yg seringkali menybbkn matlamat pas tbantut..

dari aku yg faqir ilmu..

yup..xde media yg leh dpecaya..nk2 hal politk ni..thats why aku suggest,tok baca brita dr 2 2 side.tuk compare n bt penilaian.xkn kita nk p tmpt tu tuk tau cte sbanr.,.mst dr media gak kn..(slain ceramah)..akhir zaman ni pnuh fitnah..try a cari blogger2 pro n anti pembnagkg..mcm2 cte..sampai nk baca pn malu..demi politik~

ni ada je org bdasarkn satu sumber,let say harakahdaily..kt situ je,da wt minda kita ttutup..(sstgh org a)..cuba luaskn skop pmbacaan..insyaallah..(pnjg tol aku mereply..haha)
~aku bcakap dari pengalaman aku sndri..

aku tkesan ngan khutbah jumaat ritu..hurm..

Amin Baek said...

atikah:

ttinggal lak..haha

"bekerja dgn muslim yg tak tegakkan islam or non-muslim yg sudi bekerja sama."

non muslim bkerjesama tuk menegakkan islam ke?hurmm..sgt bkerjasama..haha

dari tarbiyah dap,baek tarbiyah orang umno yg muslim yg dikatakan sesat..lg elok..tp dakwah pada non muslim,jgn tinggal gak..huh

Amin Baek said...

politik cuma alat,bukan matlamat.


itu yg kte kne tengok.


full stop.


???

memang aku ada tulis pn dalam post aku..politik is the alat..

umairzulkefli said...

Pandanglah semua dari kaca mata dakwah...
Mereka yang menyokong UMNO jelas-jelas adalah mereka yang kurang kefahaman terhadap Islam. Bukannya mereka sengaja memilih kafir.

Mengapa apabila anak-anak kecil berbuat sesuatu kesalahan seperti menumpahkan air di lantai atau mengotorkan karpet di ruang tamu kita mudah memberi kemaafan sambil mendidiknya agar lebih berhati-hati di masa hadapan? Alasannya adalah kerana mereka masih kecil, masih tertatih-tatih untuk mengetahui mana yang baik dan buruk.

Tetapi mengapa apabila melihat orang dewasa melakukan sesuatu kesalahan (menyokong mereka yang tidak menegakkan Islam misalnya), kita terus mengatakan mereka ini sesat dan sebagainya? Sepatutnya kita menyedari bahawa setiap manusia dididik dengan latarbelakang yang berbeza. Mereka ini juga sebenarnya sedang bertatih-tatih untuk memahami Islam.

Tetapi apabila para da'i sibuk menghukum, mereka yang merasakan sudut pandang mereka ini benar akan merasakan bahawa para da'i ini sebenarnya hanya mahu memusuhi mereka. Lalu natijahnya makin ramai antara mereka yang menjauhui kita, yang hakikat sebenarnya mereka menjauhi Islam yang kononnya kita perjuangkan itu.

Marilah ubah sikap. Mereka yang tidak menyokong Islam adalah untuk dikasihani, mereka tidak faham. Bukannya untuk dimusuhi, kerana mereka musuh Allah. Marilah mengajak manusia kepada Allah. Semua orang adalah mad'u kita, subjek untuk diajak kepada Islam. Hatta ke peringkat Najib Tun Razak sekalipun wajib untuk kita dakwahi, jika peluangnya tiba.

Mari, jadilah da'i sejati.
Mengajak manusia mengenal Ilahi.
Tanpa mengira asal, agama, mahupun parti.
Kerana kita adalah generasi Rabbani..

Amin Baek said...

umair:
kenapa sokong UMNO bmakna kurg kefahamn thadap Islam??
salahkah menyokong UMNO..(klu ada yg skong a)
adakah bmaksud org menyokong UMNO tidak boleh masuk syurga??
(xtrim gle tnye..hahaha..ni nk wt statement menarik skit)

pastu bagaimana dgn mengundi PAS??
tidakkah undi itu bermakna mengundi DAP juga??
yang terang terangan menolak Islam?
apa pndapat ko?

Bg aku,wpon UMNO bukn spt PAS,
tp masih mengamalkn Islam..
compare to DAP..
ni sbnar main point aku..dap-pas..

pndapat2...

umairzulkefli said...

Main point on my prev comment is...
Be a truthful da'i..
Jadilah da'i sejati.
Parti Islam yang sebenarnya adalah parti yang berdakwah, parti yang memperjuangkan Islam itu sendiri, bukan parti yang memperjuangkan keberadaan partinya itu.

Bekerjasama dengan kuffar bukan bererti kita bersetuju dengan kekufurannya. Ruang-ruang bekerjasama itu pasti wujud, kerana kita bekerja dengan manusia yang fitrahnya inginkan kebaikan. Tetapi sebagai muslim, toleransi perlu ada batasnya. Prinsip perlu ditegaskan. Andaikata demi mencapai matlamat prinsip terpaksa digadai, lebih baik gagalkan sahaja kerjasama itu. Matlamat terakhir kita adalah redha Allah.

Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Jika kita berpolitik, kita hanya menguasai tindakan masyarakat.
Jika kita berdakwah, kita akan menguasai fikiran masyarakat, kerana kita yang membentuk corak pemikiran mereka.

Marilah kutangkan menghukum, tingkatkan usaha memahamkan...

Amin Baek said...

umair:
Ruang-ruang bekerjasama itu pasti wujud, kerana kita bekerja dengan manusia yang fitrahnya inginkan kebaikan. Tetapi sebagai muslim, toleransi perlu ada batasnya. Prinsip perlu ditegaskan. Andaikata demi mencapai matlamat prinsip terpaksa digadai, lebih baik gagalkan sahaja kerjasama itu. Matlamat terakhir kita adalah redha Allah.

hurm..stuju2..tp aku still x dpt a,,npe org islam dikapiaqkn oleh org islam len?sbb kerjasama ngan kapiaq?zaman awl umno-mic-mca..apa hukum cenggitu lak umair??pe yg aku tahu,ngan ilmu aku yg cipot ni,xleh..(cm sesi soal jawb a plak..haha)

bukan apa aku post mende ni,kadang,jadi ragu2 ble,pakatan pas-dap tu..let say undian kita tok menegakkan islam,at the same time,dap xmo kn islam..mcm mana pjuangan itu akan bjaya??adakah undian tu membawa kepada kbangkitan islam atau kebangkitan sekular by dap..tp tgk senario poltik negara skrg cm....

thats why aku menginginkn pas bdri sendri..tanpa pakatan..
lagi tulus,..
lagi lancar..

tu la mksd post aku ni..

Hazwan said...

aku fhm point ko amin..
n aku setuju...
tp aku x reti nk komen pnjang2 mcm orng kat atas tu
hehe

Abu Huzaifah said...

setuju dengan amin,aku sebagai penyokong PAS merayu agar PAS jangan bekerjasama dengan DAP,

Amin Baek said...

sbg info--pada aku harakahdaily tak telus..huhu..aku sbg pmbaca stia agak kcewa..sapa ada baca pasl org kene tetak tu,yg ada gmbr tempampang.ramai yg mempersoalkn kesahihan berita tu..seorg doktor,menyatakan keadaan itu dlm bhs prubatan,sgt musykil ngan kjadian tu..leh tgk novandri.blogspot..dan2 aku tgk ptg ni,post tu telah ddelete..huhu..etika kewartawanan apa ni??klu gini,lg a org was2..lg btmbh keliru..mst ramai org btmbh yakin itu adalah satu pembohongan..
hurm..demi politk~

Hamzah Bin Nawawi said...

bila kita membaca tentang suatu fatwa yang dikeluarkan, jangan ambil secara juz'iyah semata-mata...ambil secara keseluruhan...cuba cari keseluruhan fatwa yang dikeluarkan oleh PAS pada waktu itu...

Amin Baek said...

hamzah:mitk kasikan fatwa tersebut ye..sbb saya dapt ni pn dari bahan bacaan saya..jd mayb ada yg tsilap or tak perasan..mitk leh dperjelas..sini la kita leh beri pendapat.tp tak silap,memang mende ni yg dcanang2kan..UMNO kapiaq..keje ngan mic mca..dlu2 a..skang da tak sbot sgt,sbb pas pn da ngan dap...ayuh2..pendapat2..

Amin Baek said...

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh semalam menafikan dakwaan kononnya parti itu tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

"Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain di fikiran PAS, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.

"PAS tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," menurutnya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS sudah menjelaskan isu berkenaan kepada DAP sebelum ini dan tahu bahawa parti itu tiada sebarang masalah dengan perlaksanaan hukum hudud dan qisas.

Sementara itu berhubung gesaan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya DAP menjelaskan pendiriannya berhubung hasrat PAS melaksanakan hudud, Karpal berkata ia 'bukan isu'.

"DAP membantah pengubalan dan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS sebaik sahaja hasratnya itu diumumkan kepada orang ramai," katanya.

Anonymous said...

Bro... kalo dah xtahu fakta yg sahih, bhy buat kenyataan sebegini.. ni bukan soal furuq bro... rujuk tafsir surah as-saff

Pro-Jihad

Hamzah Bin Nawawi said...

amin, mana aku tau fatwa mane yg ko petik...aku xnk keluarkan ape2 statement pasal fatwa yang ko petik ni...ko cari balik, fatwa yang ko tulis kat blog ko ni, n ko clarify balik kat semua org yang baca blog ko ni, n khususnya, org yang baca post ko kali ini...itu tanggungjawab ko, sebab ko yang menulis blog ni...

"Dalam kempen 1964-1998,Parti PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa orang2 UMNO terutamanya telah menjadi kafir kerana telah bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam mentadbir.."

cari balik, n clarify..buktikan ape yang ko cakap ni betul...kalau betul, berikan segala bukti yang sahih, dari sumber yang sahih dan penulis yang dipercayai...kalau kau x dapat buktikan, aku risau ini lebih kepada satu fitnah...dan ko sbg org yg faham agama, tau ape hukumnya fitnah....

Amin Baek said...
This comment has been removed by the author.
Amin Baek said...

anony 4:16:boleh nyatakan hal apa yang tak sahih tu tak??nant aku tru nyatakan balik atau try to xplain tok megelakkan kekeliruan..thanx 4 the recommendation

hamzah:owh..haha..xde..ingt ko ckp dlm ferst comment tu,ingt ko nak btolkan ayat2 aku..upe nk suro aku xplain balik..insyaallah..aku try cari balik..since mende ni da bkurun,agak lmbt a..rasanya orang pas pn lebih faham agama..tp mengapa masih....

tp basically dlm post aku,menyatakan pakatan DAP-PAS..apa pndgn ko hamzah??

Anonymous said...

byk bro... ni contohnya

"Dalam kempen 1964-1998,Parti PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa orang2 UMNO terutamanya telah menjadi kafir kerana telah bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam mentadbir"

"Dan kessokkan hariny lagi,Hussam lak kuar tv,"Undang2 Islam hanya akan dilaksanakan dengan persetujuan pakatan"

"Kejadian di kedah.Pas sebagai peneraju negeri..Mengeluarkan arahan supaya tmpt penyembelihan babi di runtuhkan..DAP(minoriti..satu seat je pn),begitu lantas mengumumkan keluar dari pakatan tersebut..mcm tu je??betapa DAP mahu menunjukkan pengaruhnya"

"Selangor,macam2 isu da..dari isu arak(hassan Ali dan Ronnie Liu),isu kuil,isu SELCAT..semuanya menampakkan DAP dan parti lain overshdow PAS"

bro, x sume org PAS tu melalui tarbiyah Islam sebagaimana yg sume org pk... ada juga golongan penagih dadah malah perasuah... sbb itulah berlaku sedikit kepincangan dlm gerakkerja mereka.. namun x boleh salahkan mereka.. cari mana org yg dpt tarbiyah tp lari dari perjuangan.. cari org yg hny tahu mengkritik tp tidak menyumbang dlm gerakkerja Islam..

nk mengkritik x salah... itu pun sudah jelas budaya org PAS yg boleh berbeza pendapat.. namun ADAB juga perlu.. boleh lihat contoh dlm muktamar PAS baru-baru ini.. bukankah hangat pimpinan PAS dkritik tntg soal kerajaan perpaduan.. tp akhirnya? adakah mereka berpecah?.. tidak bukan? malah lebih kuat bekerja (bukan bercakap shj)...

bro, sbg muslim yg berfikrah Islam, pasti tahu adab dlm berhujah.. hujah berasaskan dalil dan dibalas dalil.. apatah lg dalam soal sebesar ini yg mana ulama' haraki telah menyatakan secara jelas fatwa mereka.. tak boleh dgn senang-lenang kita kata "Pada pendapat saya...." sdg kita masih lg di tahap taqlid mujtahid (atau lebih rendah).. kita boleh keluarkan 'ijtihad' kita dalam bidang kepakaran kita seperti engineering, medic dan sebagainya tapi tidak dalam soal akidah atau syariah.. sedangkan dalam krisis antara Ali dan Muawiyah RA pun kita tak boleh berijtihad siapa di pihak yg benar.. inikan pula soal Jihad..


Wallahua'lam

Pro-jihad

Amin Baek said...

hamzah:klu takpun,ko biasa bukak blog2 pro umno x??cuba try cari situ..afwan..aku tak kata aku pro umno or anti pas..dlm post pn aku da nyatakan..mayb ada yang baca stu bahan je..thats why cm ada certain info yg tak smpi..takkn satu pihak nk cerita kesalahn dorg kn..so,try a baca 2 2..aku cube menganalisis politk berpandukan 2 2 bahan..blogger pro umno,pejuang bangsa,selamatkn melayu,minda intelek melayu..pro pembangkang,albanjari,harakah,topeng perak,perisik rakyat,malaysiakini aku baca gak..so,mayb leh dpt bahan yg lebih dan ko nilai la berita2 tu..

anony:klu hang bukak blog ni lg,klu bukak a,plis nyatakan sgt2 apa yg tak sahih tu eh..aku xbniat publish mende2 tak sahih pn..myb ada kekeliruan..n dharap,jgn a kasi komen tak bernama,,susah nk jelaskn,n plis jgn kasi komen tgantung..jd cm hamzah a..clear trus..so aku phm pe dia mksdkn..mende2 gini,wt aku serba salah lak.."apa yg tak sahih..cmne if org baca mende yg ta sahih ni"..so mitk dperjelas..thanx

Amin Baek said...

anony:laju lak hang reply..hehe..gud2..

afwan akh..

mende2 tu sume aku nyatakan bdasarkan politik skang..apa yg ta sahih nye..

yg fatwa tu,anda leh refer comment aku di atas..nant try cari balik insyaallah..yg pasl hussam,takkn nta tak tau??hurm..myb terlepas pndg..aku tgk sendri video klip ni d televisyen,dan bgimana dibalas org DAP dan bgimana hussam membalas semula..isu babi di kedah,dan isu di selangor isu yg br lg akh..slaku org yg pro jihad,nta kene tau la mende2 ni..jd matlamat pejuangan anda lebih berfokus..klu isu2 sampingan gini tida dpedulikan...susah a..utk makluman..itu sume isu sahih..

syukran for the reminder..mayb cara aku tak kene..that why da ckp awl2,ini hanyalah pendpt peribadi,hanya utk dfikirkan bersama..jadi boleh nta sarankan bagaimana orang cm aku ni,yg lemah,ilmu pn ada takde je,untuk memberi pendapat secara baik,insyaallah akan dicuba pada post2 sterusnya.insyaallah pembaikan diadakan.hujah dibalas dgn dalil..btol2..afwan,aku silap dari etika penulisan..tp mende ni isu nasional,i mean the berita la..jd pada sangkaan aku,orang yg minat pasl isu politik ni mst tau..that why tak letak paper mana,sumber apa..afwan skali lg.

.tp post ini menyatakan bagaimana pakatan DAP-PAS..DAP yg terang2 menolak Islam..bagaimana pendapt anda??--

ps:letak a nama sekali..kot2 memb2 ke??

Anonymous said...

Anda pernah dgr tahalluf siyasi? cari sendiri hukum2 yang berkaitan.

By the way, sumber yg anda nyatakan adalah sumber2 picisan tak kiralah mereka pro-UMNO mahupun pro-Pakatan. Justeru, untuk mendapatkan maklumat yg lebih berkredibiliti, saya cadangkan anda merujuk kpd blog pimpinan parti sendiri.. banyak bukan? barulah anda mampu faham keadaan sebenar sdg anda bukan berada di 'dalam'.


dan saya bukanlah org yg anda kenali bahkan bukan sebaya. tak perlulah anda tahu siapa saya kerana tiada sebarang maklumat pun yg anda dapat tahu sekiranya tahu nama saya.. saya tiada blog, tiada website. Syukran

Pro-jihad

Amin Baek said...

pro jihad:lipa nk bg tahu..sy juga pengikut setia blog tuk guru dan episode sebuah pjuangan..

owh..ye eh/..thanx kerana seinggah..

tanak komen pasl main point post aku ni ke??

DAP-PAS??

Amin Baek said...

pro jihad:owh..malaysiakini dan harakahdaily juga tak boleh dpecaya..patot a cm ta telus sgt..thanx for the sugestion..

terry bogart said...

1st baca..ingt xnak komen..then nipi kata isu ni jadi hot..k la..komen sikit..

yg isu Pas pada tahun 1964-1998, kalau boleh bgtau nama pemimpin yg mngeluarkan dalil kafir tu n u most yakin yg pemimpin tu memang ada cakap, bukn menterjemahkan apa yg pemimpin tu cakap (ini 2 perkara yg bbeza, coz kalau salah, ia satu fitnah ..)

lastly...abah pernah cakap..dalam maan2 Parti @ perjuangan Islam...memang ada segolongan dalam kelompok tu yg niatnya utk kuasa...golongan ni xramai..tapi mnyebabkan fitnah kepada satu parti..cth dalam Umno, ada je yg ikhlas, tapi sebab ada segolongan yg problem, ia menimbulkan fitnah kpada yg lain..

anyway.. perjuangan masih panjang, n ummi pulak pesan, taqwa itu umpama melalui satu lorong yg berduri yg kita berhati-hati dari tercucuk juri....

Amin Baek said...

luqman:tima kasih komen..btol tu..aku nmpk je pjuangan dorg..memg sume nk berislam.sapa yg ta sokong klu nk wt negara islam..nk membawa msyrkt pada islam..itula kerja kita.tp sjauh mana pakatan dap-pas mampu membawa pada kebangkitan Islam..dengan byk isu yg berlaku,sume nye didominasi DAP..tu yg aku persoalkan kt sini..any comment luqman??

berulangkali aku tnye soklan ni..huhuh

terry bogart said...

dari sudut tu..aku no komen..coz tidak berada dalam barisan tu.. ++lpas aku baca novel "the taiping rebellion" , banyak je pekara yg unexpected yg terpaksa dilalui n xsemua bnda direct boleh faham..

Amin Baek said...

luqman:huhu..ala..asal no komen lak..sbb ni main point aku act..aku dok pk2 mende ni..sbb terang2 dap tolak islam..tp ntah la..tu a..if sesapa leh bg komen,mayb leh merungkai persoalan dlm kepala aku ni..

Amin Baek said...

tok hamzah dan anony:

anda leh refer ke hukum dewan ulamak PAS kelantan,Ogos 1963..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails