Nov 10, 2009

~Salam Imtihan~

Bismillahirahmanirrahim

Segala puji bagi Allah yang terus memberikan nikmat kepada makhluknya.Alhamdulillah

Apabila berkunjung ke blog blog seUTP yang lain,masing2 mempublishkan post mengenai peperiksaan akhir semester yang akan dihadapi pada minggu ni..(aku esok pagi).Jadi aku juga tidak mahu ketinggalan..hehe..Rasanya mungkin aku tida mengikut jejak langkah sesetengah mereka yang akan berhenti terus dari mengupdate blog sepanjang minggu ni.Aku akan terus mengupdate tapi mungkin dengan kadar yang rendah la..Blog la tempat aku meluahkan keluh kesah di hati ini.cewah..haha

Peperiksaan ialah ujian dunia bagi kita,pelajar dan semua orang pasti akan menghadapi ujian dunia ini..Ketika inilah kita dapat lihat bagaimana pelajar2 menjadi "super" rajin..Ada yang menjadikan IRC sebagai rumah pertama nya sepanjang minggu studi..Ada juga yang tidak meninggalkan langsung meja studi..Ada juga yang berstudi grup tak kira masa..Itulah situasi dalam menghadapi exam..

"Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakan"[53:39]

Dalam kesibukan menghadapi ujian dunia ini,janganlah sesekali kita melupakan Allah..Sesungguhnya sekeras mana kita berusaha,semantap mana persediaan kita,jika keredhaan Allah tidak kita perolehi,maka sia-sia la usaha kita selama ini..Oleh itu ,janganlah kita menjadikan study sebagai alasan untuk kita bersolat lambat,untuk meninggalkan bacaan Quran..Semoga kita sama2 menjauhi nya..

Dalam minggu peperiksaan inilah kita akan realise diri kita yang sebenar.Sama ada hati kita sudah bersih,atau pun masih ada karat2 jahiliyah terselit di pores2 hati kita(kan da termasuk bab sepro..haha)..Kadang kita rasa dengki dengan kawan-kawan kita,kadang kita kedekut nak berkongsi bahan kita ada,kadang rasa,tah,rasa macam2 yang tidak sepatutnya ada dalam hati ini..

Dalam buku karangan Muhammad Al Bani,Agar Hati tidak Mati berkali-kali,telah meggariskan 5 cara untuk membersihkan hati iaitu::

1)Bacalah Al Quran
2)Beristigfar
3)Berdoa
4)Selawat
5)Solat malam

Insyaallah.sama2 kita amalkan,sama kita membersihkan hati kerana hati ini la peggerak segala perbuatan kita..Umpama motor bagi segala proses2..
Akhir kata,sesudah berusaha,berdoa,bertawakallah..serahkan semua kepada Allah..dan terimalah seadanya..Kerana Allah itu yang maha mengetahui..[2:216]

All the best kepada semua warga UTP secara umumnya dan Chemi Jan07 khasnya..Semoga Allah sentiasa meredhai usaha kita selamaini,dan semoga ujian dunia ini,akan mendekatkan diri kita kepadaNya..sentiasalah kita mengingatiNya..

"Maka ingatlah kepadaKu Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaKu dan jangalah kamu ingkar kepadaMu"[2:152]

wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan memberi peringatan kerana sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin"[51:55]

6 comments:

beliamuda said...

salam imtihan untuk ko jga..

semoga sukses hendaknya~

along rufaidah said...

yeah~
mari berusaha dan kemudian tawakkal

berusaha sehabis mampu demi mengharapkan takdir terbaik dariNya ;)

Amin Baek said...

nipi:insyaallah..smoga kita semua berjaya buat terbaek

rufaidah:ayuh!!berusaha..haah

zubair ghazali said...

eish..doakanle untuk ikhwah2 sekali..serata malaysia tuh.
moga mendapat berkat..

antara doa yang makbul, doa sahabat kepada sahabatnye tanpa sepengetahuan sahabatnye itu.~

Amin Baek said...

zubair:insyaallah akan sentiasa mendoakn ikhwah2...xlupa..hoho..smoga bjaya ksemuanya..

Wan @ Bani said...

gud luck...semoga dipermudahkan segala urusan. Insya'allah. bwk D.U.I.T. doa,usaha,ikhtiar n tawakal!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails