Dec 9, 2009

~Masjid terlampau banyak?~

Bismillahirahmanirahim

Lama tak wat any entry sejak cuti ni..Ni nak post pasal isu terkini.Harap semua maklum

Wednesday, December 9, 2009
KERAJAAN BINA MASJID TERLALU BANYAK! INI TAK ADIL! - NGA KOR MING

Hari ini DAP kafir harbi yang meneruskan lagi agenda mereka menentang Islam dengan pertikai bantuan kerajaan kepada umat Islam . Kali ini Nga Kok Ming , Ahli Parlimen Taiping yang pernah membawa ayat Al Quran dahulu di ceramah politik hari ini mempersoal perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Pemimpin yang diagungkan oleh PAS ini berkata walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,”

Aku bukan nak membincangkan isu ni dalam view politik.Tapi aku sebagai melayu dan islam terutamanya sangat risau mengenai isu ni..Tidak lama selepas isu ketuanan Melayu dibangkitkan oleh Kulasegaran,kali ni Nga Kor Ming membangkitkan pula isu masjid yang dikatakan pembinaannya yang lebih banyak dari rumah ibadat agama lain..

Nampaknya semakin giat kaum kaum lain untuk mengurangkan pengaruh Melayu di tanah Melayu ini sendiri.Aku risau bila pembinaan masjid sudah dipertikaikan,apa lagi pada masa hadapan..Sebelum ini,Islam diletakkan di tempat teratas,Tiada pihak yang mempertikaikan..tapi kini???

Persamaan taraf dari segi agama mula dituntut.Bila masjid dibina,rumah ibadat agama lain juga perlu dibina..

Aku cukup risau,ada terbaca di satu blog non-muslim yang juga mempertikaikan situasi seperti ini.Bagi student UTP,apakah perasaan anda jika tertubuhnya sebuah student body bernama 'Rakan Gereja" sebagai padanan untuk "Rakan Masjid" yang kita ada??Mempunyai event event seperti mana RM menganjurkan event..

Keadaan ini agak merisaukan aku.Tapi tunggu je la apa kesudahannya..Semoga Islam dan perjuangannya terus terpelihara..Di harapkan ahli ahli politik yang beragama Islam turut bangkit berbicara berkenaan isu ini..Mintak pendapat ye kawan kawan..

wallahuallam

10 comments:

umairzulkefli said...

Keadaan semakin kacau-bilau.
Macam mana sekarang?
Kerajaan Islam perlu lebih bijak dan professional menghadapi keadaan ini.

Prinsip perlu diperjuangkan walau apapun. Kemenangan yang dikejar perlu berlandaskan prinsip.

Mereka di PAS perlu berfikir lebih keras. Mereka memilih untuk berdakwah dengan berpolitik. Maka apabila terjun ke arena politik, perbezaan antara berdakwah dan berpolitik perlu jelas.

Adakah yang diperjuangkan adalah parti politik ataupun islam itu sendiri?

Anda jawab sendiri.

Tepuk dada tanya iman.

zubair ghazali said...

bismillahirrahmanirrahim.

rasulullah sendiri cukup tegas dengan agama lain.

apabila fathu mekah,terus dihancurkan semua berhala.

kalau tengok surah al-kafirun
(109:1-6),jelas menunjukkan ketegasan baginda.

ini soal akidah.kita bukan islam liberal..mahupun sekular.

kita adalah islam yang syumul..

wallahua'lam

"lakum dinukum, waliyadin"

Hazwan said...

bila yg islam terlalu brgantung kpd si kafir..
bgini la jd nye..
yg kafir mula naik kepala

Amin Baek said...

syukran pada yang komen..
pendapat sgt diperlukan..
aku keliru dan risau..

ni pautan yg dapt aku jumpa..
act aku nk cari pautan dari harakah gak..
tp harakah takde ulas langsung pasl isu ni..so,jgn la kata aku bias ke apa ye..afwan..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Izz Amri said...

inilah yang terjadi andai melabelkan negara kita sebagai negara Islam, tapi Islam x diamalkan sepenuhnya.. mendoakan yang terbaik~

Amin Baek said...

tapi kan,mana ada negara yg betul2 mengamalkan islam pada masa sekarang ni??

paling hampir pn,arab saudi..

n daerah yg paling hampir pun,acheh..

segalanya bermula daripada diri..
dan bermulanya dengan kefahaman..huhu

Izz Amri said...

that's the point.. bermula dr diri, keluarga, msykt, negara, alam..(maaf if clap, tp seingtnya begitu).. apapun, biasanya org mlht org d atas bgimana..kalau sebasic2 hukum spt (ini CONTOH) menutup aurat pun x berupaya dpenuhi, cmne nak expect org2 bwhn menjadi lebih baik kan? mmglah boleh yg bwh menegur yg di atas, tp dr segi kesukaran, sgt sukar rsnya.. sekadar pendpt..

ielasamat said...

salam semua..

pada pendapat aku isu ni xlbey dari isu politik.. semua kena sedar da 52 tahun kita merdeka n selama ni hidup aman je kita hidup bersama..

jangan smpai sbb cita2 politik, Malaysia akan berpecah belah.. kita semua sedar petualang bangsa ni sanggup buat apa sahaja utk capai mtlamat politik mereka tnpa fikir kesan jgka panjang..

aku sgt setuju dgn approach PM iaitu 1Malaysia.. jika semua hayati maksud disebalik 1Malaysia ni, pasti semua perkara ni xkn timbul..

dgn hayati konsep 1Malaysia ni, semua pasti akan menerima seadanya setiap kaum di msia dan pada masa yg sama menjulang tggi perlembagaan negara yg dah dideclare sejak lama dlu.. Non-bumi xley pertikaikan kedudukan islam dan Melayu di negara kita.. perkara ni da dijelaskan terang2 dlm perlembagaan dan dipersetujui dalam usaha memerdekakan tanah melayu..

Ni excerpt dri sebuah paper:

"Kenyataan Kor Ming dijawab seorang Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bahawa Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 12 (2) dan Perkara 3 sebenarnya memberikan kuasa kepada Kerajaan Pusat untuk tidak menyalurkan satu sen pun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di negara ini."

haa..sah2 kan petualang bangsa ni sggup buat apa saja utk kepentingan politik mereka even dalam perlembagaan da state terang2..xde bnda yg perlu dipertikaikan lagi.. klu seseorg tu mengaku dia rakyat malaysia, maka mereka perlu terima seadanya perlembagaan yg telah dipersetujui semua dan dipraktikkan sejak lama dlu.. tiada benda yg perlu diubah kerana itu adalah asas kepada pembentukan negara kita, Malaysia..

sekadar berkongsi pandangan~
wslm..

Amin Baek said...

thanx tuk comment yg pnjg iela..

dalam pautan yg dnyatakan aku kt atas tu pn,pihak jakim turut menyatakan isi kandungn perlembagaan yg sama,iaitu kerajaan berhak tak beri sesen pn rumah ibadat y len..tp ptot dorg ptot syukur ada gak sumbgn diberikan..

bagai dberi betis nk peha..huhuh..

Anonymous said...

pade pendapat saye..
x salah tok kerajaan peruntukkan bina rumah ibadat bg agama lain..
dlm hal ni..saye x pk kerajaan cukup bodo tok bina rumah ibadat sebyk masjid yg ade..memadai kalau bina tok kemudahan dorang beribadat..

tu tok agama dorang..sedangkan rasulullah x halang pon org yg beragama selain islam tok tinggal di madinah..

kita hidup dalam keadaan byk agama di sekeliling dimane sesame kite perlu saling hormat menghormati..sye pecaye..kalo kite hormat agama lain..dorang dgn sendiri akan respect Islam..

pada saye x keterlaluan utk dorang mintak nk wat rumah ibadah dorang selagi dorang sendiri x keterlaluan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails