Dec 29, 2009

~Penodaan yang tidak pernah berhenti~

Bismillahirahmanirahim

Sudah setahun serangan Yahudi ke atas bumi Palestin atau lebih tepatnya Gaza.Tapi pada hakikatnya,serangan itu sudah bermula sejak 1948 lagi.Serangan fizikal dan serangan emosi berterusan terhadap penduduk penduduk Palestin dari Yahudi.

Apa lah yang terjadi pada negara negara besar Islam.??Adakah patut pintu sempadan tidak dibuka untuk tujuan bantuan kemanusiaan.Mesir selaku negara Islam seharusnya lebih bertoleransi kepada rombongan kemanusiaan itu(antaranya Viva Palestina) instead of menjaga hati jiran negara nya itu.

Kejadian yang serupa turut berlaku ketika awal awal serangan terhadap Palestin tahun lepas.Husni Mubarak begitu tegas ntuk tidak membuka pintu sempadan untuk membenarkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.Kecewa sedikit dengan pemimpin Mesir ini.

Di sebalik kekejaman yang berlaku,aku masih bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat kebangkitan kebangkitan pemimpin pemimpin yang lantang mengkritik Israel.Antaranya ialah Ghaddafi yang mengemparkan dunia dengan kehadirannya di psidangan PBB,Hugo Chavez yang terus sahaja mengusir Duta Israel dari negaranya,dan tidak lupa pemimpin Iran,Mahmoud Ahmadinejad yang digelar Singa Baru Dunia Islam.Harap harap lebih ramai pemimpin sebegini mucul dalam mengecam keganasan oleh Zionis itu.

Semoga perjuangan dalam membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi akan dicapai.pasti..insyaallah..Dan jangan lupa memainkan peranan kita sebagai umat Islam dan saudara kepada penduduk Palestin.Insyaallah

3 comments:

Izz Amri said...

semoga dunia akan terbuka matanya dengan isu ini.. semoga doa2 kita menambahkan lagi kekuatan mereka yang sedang berjuang mempertahankan bumi mereka di sana.. media sepatutnya meng"highlightkan" isu ini tanpa henti agar semua umat Islam khususnya akan sedar akan isu ini.

Amin Baek said...

baca baca berita,ada mengatakan lintasan sempadan akan dbuka 3hari..
smpi 3jan..alhamdulillah

Abu Huzaifah said...

amin......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails