Jan 14, 2010

~Gempa Bumi di Haiti~

Bismillahirahmanirahim


SEORANG wanita terselamat daripada runtuhan akibat gempa.

Kemusnahan teruk di Haiti akibat gempa selain Republik Dominica, Cuba

PORT-AU-PRINCE: Gempa bumi kuat melanda Haiti kelmarin turut dirasai di kepulauan Hispaniola, Republik Dominica dan sesetengah penduduk yang panik di ibu kota Santo Domingo segera keluar dari rumah yang bergegar.

Gegaran juga dirasai di timur Cuba apabila kediaman penduduk bergera. Tetapi, tiada kerosakan besar dilaporkan berlaku di Republik Dominica dan Cuba.

"Kami merasa ia amat kuat dan saya mengatakan ia agak lama. Kami tiada masa untuk berpindah," kata Dionisio Garcia, ketua paderi Santiago.

Pakar geofizik Kajian Geologi Amerika (USGS), Kristin Marano menyifatkan gempa terbaru Haiti sebagai yang paling kuat sejak 1770.

Pada 1946, satu gempa 8.1 skala Richter menggegarkan Republik Dominica yang turut menggegarkan Haiti menghasilkan tsunami yang mengorbankan 1,790 penduduk.

sumber:Berita Harian Online


-------------------------------

Takziah pada keluarga mangsa.Lagi bencana menimpa bumi ini.Apa yang aku baca,pusat gegaran yang hanya 10kn dari permukaan bumi yang menyebabkan impak yang begitu hebat.Tanda tanda yang semakin jelas,yang bumi ini semakin nazak,semakin berumur.Pelbagai bencana menimpa.Aku bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia.Boleh dikatakan Malaysia hampir terkecuali dari bencana bencana besar.Indonesia(Gempa Bumi),Filipina sudah,China sudah..Alhamdulillah Ya Allah..

Diberitakan esok akan berlaku gerhana Matahari pada esok hari.Dijangka berlaku dalam pukul 3 petang.(Dekat je berlaku nya gerhana bulan dan matahari..hurm..).

Dan diberitakan lagi,result bagi penduduk penduduk kampung di Tronoh,akan keluar esok,15hb Januari,dalam pukul 9 gitu..aish..awat kuar esok..cuak~


wallahuallam


4 comments:

Nur Izzati said...

Allah sedang berbicara lagi dan lagi~

Dan masa semakin singkat dan kian mendekati..

Results esok versus results "final" semakin menghampiri~

zanaishi said...

pensyarah sy pena ckp..sbnrnya bkn gempa bumi yg menyebabkn kebanyakan nyawa n harta benda manusia terkorban,tp bangunan2 n ciptaan2 manusia tue seniri yg mengorbankan nyawa mereka.ramai ant mrk terkorban cz tetimbus dlm runtuhan2 bangunan.tp pe2 pon semua tue belaku ats kehendakNYA...huhu.nway,gud lux for utipians sok.da dpt result cpt2 la blik utp yek.org laen sume da naek sem baru.u all je xnaek2 lg.haish.jeles2.haha.

rozanna said...

pensyarah sy pena ckp..sbnrnya bkn gempa bumi yg menyebabkn kebanyakan nyawa n harta benda manusia terkorban,tp bangunan2 n ciptaan2 manusia tue seniri yg mengorbankan nyawa mereka.ramai ant mrk terkorban cz tetimbus dlm runtuhan2 bangunan.tp pe2 pon semua tue belaku ats kehendakNYA...huhu.nway,gud lux for utipians sok.da dpt result cpt2 la blik utp yek.org laen sume da naek sem baru.u all je xnaek2 lg.haish.jeles2.haha.

Amin Baek said...

izzati:ye..pelbagai tanda dan amaran,tp manusia tetap manusia..masih lalai dan leka..btw,all the best result sok

rozanna:komen skali da a..aish..ahaha..ye..tangan2 manusia inilah punca masalahnya..tp papepn sumenye da tertulis dan dikehendaki Allah..thanx..doa2kn la kami dak utp ..cuak~..cet..jeles lak..bia a org nk cuti lelama pn..uhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails