Feb 26, 2010

~Uswah Hasanah~

Bismilahirahmanirahim

Segala puji kepada Tuhan yang mentadbir sekalian alam,atas kurnian nikmat yang melimpah ruah,nikmat yang diberikan percuma tanpa sebarang bayaran,nikmat yang diberi tanpa perlu diminta minta.Subhanaallah.

Dan tujuan posting hari ini sudah semestinya berkenaan Uswah dan Qudwah Hasanah kita,Ibn Abdullah.,Nabi Muhammad s.a.w.Tokoh dan Suri teladan kita ini dilahirkan pada 12Rabiulawal 570M dan pada hari ini genap 1378 tahun Baginda meninggalkan kita.

"Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatanga hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"[33:21]

Hari ini ialah ulang tahun kelahiran Nabi kita,Rasul Allah yang terakhir.Mungkin ada antara kita yang turut berarak,memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,ada yang tidak berkesempatan,dan ada juga mengatakan tiada fadilat memperingati hari kehiran Nabi Muhammad s.a.w.Wallahuallam..

Kelahiran Baginda adalah satu rahmat pada sekalian makhluk..Sudah terang lagi bersuluh apabila Allah berfirman:

"Dan Kami tidak mengutus kau(Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam"[21:107]

Subhanallah.Bukan sahaja untuk manusia malahan untuk seluruh alam.Pelbagai kejadian yang berlaku semasa Baginda masih kecil,yang menunjukkan Baginda adalah rahmat yang dikurniakan kepada umat manusia dan makhluk makhlukNya..

Antaranya:
1)Ketika didukung oleh Halimatussaadiah(HS),tiba tiba air susu mengalir dari tubuh HS walaupun sebelum itu tidak
2) Keldai kepunyaan HS tiba tiba bertenaga apabila ditunggangi bersama Baginda,walaupun sebelum itu,keldai itu yang sering membuatkan HS dan suami lewat
3)Kampung HS yang menajadi subur setelah kedatangan Baginda(sebelum itu dilanda kemarau)
4)Biri biri HS yang menjadi gemuk gemuk berbandigan biri biri orang lain

dan banyak lagi..Ini adalah antara yang berlaku semasa dijaga HS..Subhanaallah..

Sudah lama Baginda meninggalkan kita,tetapi syukur juga kerana hasil titik peluh dan pengorbanan Baginda,masih kita perolehi hari ini..Kalimah "Lailahaillallah" masih lagi tertegak di Bumi ini..Tapi.......masih adakah rasa rindu kita terhadap Nabi junjungan besar kita ini??adakah kita hanya mengingati Baginda semasa maulud nabi??


Bagaimanakah kita mampu melupakan Baginda,walhal kita lah yang disebut sebut semasa penghujung hayat Baginda..Baginda masih sempat memohon kepada Allah untuk mengurangkan kesakitan sakaratulmaut untuk umatnya..Dan Baginda juga amat merindui orang orang yang sering merindui Baginda walaupun tidak melihat wajahnya..

Ya Allah
Semoga Kau terus memalitkan rasa kerinduan terhadap kekasihMu,Muhammad bin Abdullah ke dalam hati hati kami .

Cara cara untuk terus dipalit rasa kerinduan terhadap baginda adalah tidak lain tidak bukan dengan mengamalkan sunnah Baginda..dan sebaik baik dan sebesar besar sunnah adalah dakwah kepada manusia..


"Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri ,yang membacakan kepada mereka ayat ayatNya ,meyucikan jiwa mnereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah meskipun sebelumnya mereka benar benar dalam kesesatan yang nyata"[62:2]

Allahumma Shali Ala Muhammad Wa Ali Muhammad..Salawat

Alhamdulillah..Akhirnya sempurna~

Wallahuallam~

"Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatn itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51;55]

1 comment:

armiza aris said...

semoga semangat maulidurrasul sentiasa tersemat di hati setiap umat Islam, bukanlah hanya pada tanggal 12 rabiulawal.

Nabi Muhammad berada di tempat pertam di dalam buku the 100:A Ranking of the Most Influential Persons in History yang ditulis oleh H.Hart(penulis berbangsa Yahudi).

Kekasih Allah ini sesungguhnya amatlah istimewa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails