Apr 29, 2010

~Akhirnya..~

Bismilahirahmanirahim..

Segala puji kepada Allah,Yang Maha Besar,Maha Penyayang dan Mah Pemurah.Terima kasih atas segala kurniaan yang tidak henti henti dariMu.Yang terus mengurniakan oksigen untuk ku hirup,yang terus menerus memberikan nikmat Islam dan Iman insyaallah.

Alhamdulillah ,petang tadi selesai sudah test yang terakhir untuk semester ini dan semester depan(internship).Jadi,syukur walaupun jawapan yang dibuat tidaklah sebaik mana.Huhu.Malam ini aku akan bergerak pulang ke Melaka dengan train.First time ni.Rasa teruja sangat.

[Transport Phenomena=TP=Tekanan Perasaan]

Dan syukur sekali lagi,program yang berlangsung weekend yang baru lepas ini berjalan lancar.Dimulai dengan Fiqh Solat oleh Ustaz Aqib.Dan petangnya beriadah bersama sama di padang.Dan kemuncak aktiviti hari Sabtu ialah menghadirkan diri ke Konsert Kembara Sufi beramai ramai.Alhamdulillah dapat juga ke KS tu.Ada Azhan Atan,ada Rabbani,dan tidak lupa juga,kumpulan faveret ku,Shoutul Harakah.Hohoh..Masyuk2..

[Shoutul Harakh beraksi]

[Inspirasi-UTP]

Konsert habis lebih kurang pukul12malam.Dan selepas itu,kami terus bergerak ke Akademi Ikatan Muslimin untuk mabit di sana.Selepas solat bersama,dan aktiviti utama yang dirancang ialah perlawanan persahabatan bola sepak.hoho.Dengan Ustaz ustaz semua main.Mantap2.Dan lebih kurang pukol9.15pagi,kami gerombolan UTP pun pulang ke kampus semula.

[Bermaib bola sepak dipadang]

[Selepas bermain]

Pabila berkumpul beramai ramai,terasa sangat indah waktu itu.Kehadiran rakan rakan sperjuangan dalam masa sama turut memotivasi diri agar terus kuat.Perasaan sayang wujud,perasaan kasih wujud,semuanya yang indah indah..

[Salah satu cara mengeratkan ukhuwah-makan bersama]

Tapi ia masih tidak bersamaan dengan kehilangan rakan perjuangan.Bila rakan yang dahulu nya sentiasa di sisi.Sentiasa bersama.Tetapi kini hanya kenangan yang masih bersamaku.Perit,sayu ,sedih.Semuanya bermain dalam perasaan aku.Aku rindukan masa yang lampau.Aku rindukan suara yang menaikkan semangat aku suatu ketika dahulu.Masa akan terus berlalu dan terus berlalu tanpa menunggu kita.Kehidupan harus diteruskan.Aku akan sentiasa mengingat mu wahai sahabat

Wahai hati,
hati yang sentiasa berbolak balik,
hati yang sentiasa berubah dan diubah,
tetaplah kau di jalan ini,
Bersihkanlah diri dari kotoran dosa,
yang pasti akan menyelaputi,
Agar bersih suci
Untuk Sang Pencipta.

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.

wallahuallam

"Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

6 comments:

~izzati amri~ said...

touched~~
nice sharing
huhu..

~roslinda~ said...

transport phenomena~paper tu es0k~
huuu

ibnu ghazali said...

huh..
ustaz yang stylo,boleh assist untuk
satu gol.tak dapek nak buek apo.

tapi,betul2 not bad la main padang
besar.masih boleh bertahan walaupun
main sejam lebih.

btw,ada saudara kita kena saman le plak
malam tu.doakan agar dipermudahkan~

limauais said...

KS yg paling best ak penah pegi.huu.

Abu Huzaifah said...

yep, ks paling best, sbb ade komiti die hensem

Amin Baek said...

izzati:thanx

roslinda:owh..ada gak TP eh..haha..all the best

zubair:haha..tu la pasl ..stylo lak crossnye..hehe..pasni riadah men padang a zuber..br tbaek!!haha..comek ke??pengajaran utk kita sume..(jgn bwk kete takde plekat P..ana da abes P..haha)

limauais:yeke??haha..aku br ferst time p..b4 ni tak tbuka mata nk p(tak bekesempatan act..haha) + support memb "maercaestro=abu huzaifah"..haha

abu huzaifah:ensem??aku tau bukn ko a..hahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails