Ku rafakkan setinggi kesyukuran kepada Allah atas nikmat kurniaNya kepada ku,dan terutamanya nikmat Iman dan Islam itu sendiri.Alhamdulillah
Seperti mana yang kita ketahui,baru baru ini seorang American telah mempromosikan "Everybody draw Muhammad's Day" melalui medium yang paling popular sekarang iaitu Facebook.Idea nya boleh dikatakan mendapat sambutan selepas berpuluh ribu orang menyertai group itu sebagai tanda sokongan.Pelbagai gambar telah dimuatnaik.Ada yang gambar cawan,dan macam macam yang pelik lagi.Sedih bila uswah hasanah kita diperlakukan sebegitu.
Kesan daripada tindakan itu,negara seperti Pakistan dan China telah memprotes dan memboikot Facebook .China sendri telah menghentikan terus access ke Facebook selama lamanya sementara Pakistan membenarkan Facebook kembali selepas gambar gambar itu ditarik semula oleh tuannya semula.
Dan alhamdulillah,hasil inisiatif dan kesungguhan Pakistan dalam mencari alternatif,akhirnya wujudlah MillatFacebook.Satu laman sosial yang sangat menyerupai Facebook dan apa yang membuatkan aku kagum,ini adalah hasil usaha orang Islam.Berita selanjutnya boleh dibaca di sini .
Apa tindakan seterusnya,anda mampu fikirkan.Jom kita support hasil usaha saudara kita.Memang sistem ini masih tidak stabil,tetapi yang pastinya ia sedang diperbaiki.Facebook pada awal awal kemunculannya juga begitu.Hanyalah sebuah laman web sosial di dalam tempat belajar,dan akhirnya mampu berkembang di seluruh dunia.Dan pasti anda tahu,bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai pengguna aktif yang teramai.Hurm.Even pekerja pun boleh online masa bekerja =).
Jom join http://www.millatfacebook.com/ dan yang paling penting,jangan lupa add http://www.millatfacebook.com/Muhammad_Aminuddin/ .Hehe.
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Universiti Teknologi PETRONAS
"Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
No comments:
Post a Comment