Jun 13, 2010

~Minggu pertama internship~


Alhamdulillah sudah seminggu aku sudah menjalani kehidupan yang berbeza dengan sebelum ini.Sudah seminggu berpraktikal di Possehl Electronics(Malaysia).Segalanya berjalan lancer.Supervisor aku adalah seorang specialist di sana,Ms SC Seah.

Hari pertama datang dengan seribu satu persepsi di dalam fikiran.Bagaimana keadaan tempat bekerja,adakah orang orang di sana dapat menerima trainee seperti aku masuk ke kalangan mereka,apakah kerja kerja yang akan diberikan kepada aku.Ah..macam macam yang difikirkan semasa perjalanan menuju ke Possehl yang tidak sampai 15minit dari rumah aku itu.

Sampai di sana,seperti biasa la,tunggu kawan kawan yang lain.cuak kot.Tidak lama selepas aku sampai,Syuhaidah dan Shafiq pun sampai.Lepak lepak ngan Pak Gad,tak lama pastu,baru urusan kami bermula.Berkenalan dengan officer Human Resource nya,Miss Umi Farziah,memang tak kering gusi.Asyik gelak je dengan keletahnya.Dapat uniform,dapat tag dan kad magnetic untuk punch,kemudian aku dibawa ke tempat aku akan berpraktikal selama 8bulan,di Plant 1,Possehl Electronics,Plating 1,Engineering Department.
Rupanya masih ada orang Melayu dalam department ni.Masa kat pejabat HR,semua orang Cina,so hipotesis aku,semua pekerjanya adalah Chinese.Tapi jangkaan aku meleset sama sekali.Ada Chinese,ada malay,ada Indian.Fuh,1Malaysia sungguh.huhu.

Setelah menunggu beberapa minit,akhirnya aku bertemu dengan Supervisor aku.Bermula dengan taaruf ringkas..chewah..(Muka dia tegas gila kot..huhu).Sperti biasa,aku mengharapkan briefing yang standard la kan dari SV.Aku mengharapkan dia berkata begini.

“U akan kerja di department ini dengan kerja kerja......Masa berkerja dari 8-5.15pm.Lunch hour..bla3..”

Rupanya,dia mula dengan,

“U praktikal 8minggu kan?”

“Eh,takde la miss.8bulan..”

“Waa..lamanya..klu cmtu,I kena bagi u banyak projek la.U pernah dengar AVS?”

“oOit..agak agak a.Ni first day aku kot”Kata aku dalam hati.

“Tak pernah pun..whats that?”

“OK.AVS.....bla3..Nant tengah hari ada vendor nak datang,I bawak U jumpa dia skali”

First day aku bermula dengan pemberian projek dan report report tebal berkenaan AVS.Tapi mujurlah,vendor tu tak jadi datang,dan projek tu ditangguh ke minggu kedua.hehe


[Report AVS..dengan lagi satu manual..xpaham apa dalam tu..uuhu]

Ku sangkakan hujan hingga ke petang,rupanya sampai ke tengah hari(btol ke ni?),Kesokkan harinya,ambik!!Projek mengenai strip value produk company tu.Aku dikehendaki melakukan experiment untuk mengetahui strip value bagi precious metal,Palladium dan Gold.Kerja nya agak leceh,sebab ada prosedur yang perlu diikut.Aku banyak kat lab je minggu first ni tuk menyiapkan projek tersebut.Ada dalam 4produk yang aku wat.TOSA,SOP28L,LQF,dan lagi satu,xingat.haha.Report semua kena buat.huu



[Ini adalah AA Spectrometer..leceh gila pakai mende ni]


[Solution yang dihasilkan dari frame.Ada emas woo dalam ni]

Akhirnya sampai la ke hari jumaat.Dan pada hari itu,aku telah diberikan training schedule aku spanjang 8bulan di sini.Owh2..banyak gila projek.huhu.Dan rasanya aku akan banyak berada di lab la kot.Tercapai hajat zaman zaman kecik aku nak wat kerja dalam lab.Alhamdulillah.

Esok minggu baru akan bermula,semoga segalanya berjalan lancar.Mudah mudahan.Saja nak coret kan di blog ni.Nant bila da besar besar,leh jadi kenangan ni.hehe.All the best sume!!All the best brazil in world cup..hahah

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Possehl Electronics(Malaysia) Sdn Bhd

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

7 comments:

beliamuda said...

hoho. itu sudah bagus. hari pertama dah advance sampai cmtu.. :D

penaberkala said...

fulamak, cam best je pengalaman ko min
best ah dapat duk rumah

Syafiq said...

tahniah min..patot la ko menghilangkan diri time cuti ni..x dapat ak jumpa ko sahabat baik...moga bahagia ko dengan intern ko 2..(psst:gaji 2 kongsi dgn ak hehe)

Amin Baek said...

beliamuda:hahha..masalahnya dia tlampau advance..arghh..

Amin Baek said...

penaberkala:leh than a best.hehe..tu a syok..dok umah je la..haha

Amin Baek said...

syafiq:hahah..tu a pasl..xdapat nk men futsal skali..wt a futsal ujung minggu..xpn malam2 ke..leh join..hahaha..kongsi skit leh a..kongsi 2 susah skit..hek4

hetty said...

kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari lah abg min. marah cikgu rosnah kalau tau ni. hahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails