Jul 12, 2010

~Piala Dunia~


Akhirnya,berakhirlah Kejohanan Piala Dunia semalam,dengan Piala Dunia kali ini dirangkul oleh Juara Eropah iaitu Sepanyol.Sepanyol yang turun selaku pasukan pilihan menguasai pemainan semalam dengan hantaran hantaran pendek dan pantas menyebabkan pasukan Belanda hampir berkampung di tempat sendiri.Keadaan yang sama berlaku kepada Germany ketika menentang Sepanyol di separuh akhir.Tahniah Sepanyol!!Keputusan berakhir dengan Sepanyol 1 dan Belanda 0,hasil jaringan Andres Iniesta.



Pelbagai ragam dan kejadian menambahkan seri Piala Dunia pada kali ini.

Antaranya:
1)Paul si Sotong=Sotong yang digunakan untuk meramal keputusan perlawanan yang dihadapi pasukan Germany.Paul mencatatkan keputusan 100% termasuk meramal dengan tepat kekalahan Germany dengan Serbia dan kemenangan Spain ke atas Belanda.Bagi umat Islam,ambil tahu boleh,jangan bulat bulat mempercayai keputusan ditentukan si Paul.Membahayakan akidah.Semuanya Allah yang tentukan.Ada pelbagai teori dikeluarkan.Paul in mempunyai IQ seperti manusia berumur 7-8 tahun.Hurm.Maybe.Tetapi yang paling menarik perhatian aku,teori mengatakan Si Paul ini menggemari warna merah.Lihat,Serbia mempunyai lebih banyak warna merah,Sepanyol juga mempunyai banyak warna merah.Ada kemungkinan.hehe




2)Penyingkiran 2 finalis 2006 di peringkat kumpulan=Pasukan Itali dan Perancis bungkus awal dan pulang seawal pusingan pertama.Satu kejadian yang pertama kali berlaku dalam sejarah Piala Dunia apabila dua finalis tersingkir awal.Kem Itali dipenuhi oleh warga 'veteran' dan Perancis pula serabut dengan hubungan dingin pengendali,Raymond Domenech dengan pemain yang menyaksikan Anelka dihantar pulang dan pemain memboikot sesi latihan.




3)Penyingkiran pasukan kegemaran,Brazil dan Germany=Lagi sekali aku kecewa.huhu.Brazil bermain dengan cantik pada separuh masa pertama menentang Belanda,tetapi hancus pada separuh masa kedua.Mungkin kena tunggu World Cup 2014 untuk menyaksikan Brazil menang di bumi sendiri.Dan Germany pula tewas kepada Sepanyol setelah melalui pusingan kedua dan suku akhir dengan bergaya.Menewaskan England 4-1 dan Argentina 4-0.Tetapi tersingkir kepada Sepanyol.




4)Demam bola=Sebelum ini,Demam Bola asyik diperkatakan.Tetapi aku di kalangan pelajar pelajar tidak merasakan sebegitu.Aku hanya merasakan hanya kami kami dan rakan rakan sebaya je gila bola.Bila da perpraktikal,hambik.Dari manager,ke techinician,ke lab nya orang,semua berbicara tentang bola.haha.Sampai ada yang bertengkar mempertahankan pasukan kegemaran masing masing

Anugerah Anugerah yang diberikan:

Bola Emas:Diego Forlan(Uruguay)
Sarung tangan Emas:Iker Casilas(Spain)
Kasut Emas:Thomas Muller(Germany)
Pemain Muda terbaik:Thomas Muller(Germany)
Fair Play:Spain

Akhir kata,Majulah Sukan untuk Negara.haha.Bila Malaysia nak masuk World Cup ni..?

4 comments:

Faris said...

Viva Espana!! berbaloi gak tgk bola taun ni sbb aku sokong spain dari awal! haha..

takziah la amin.. kua3

Amin Baek said...

hahaha...hampeh nya spain..awal2 da kalah..skali leh menang lak.

2014 kt brazil n brazil punya a..dun wori..haha

beliamuda said...

tunggu Malaysia (dan Indonesia) jadi tuan rumah la kot.. :P

Amin Baek said...

keh3...layak tu layak..
tp risau lain plak,
takot dibantai di halaman sendiri..huhu

layak atas tket pusign kelayakan,lg dinanti2 kan..
xmo a tket tuan rumah semata..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails