Jul 10, 2010

~Post ke 200~


Alhamdulillah.Baru ku perasan,bahawasanya bilangan entry di ~Coretan Ku~ ini sudah mencecah ke angka 200.Sungguh aku tidak pernah menjangkakan aku yang selalunya hangat hangat taik ayam ini mampu konsisten menaip mencopy paste segala macam benda ke dalam blog picisan ini.Almaklumlah,aku ni bukanlah seorang yang celik IT.Baru mengenali dunia IT dengan lebih detail sewaktu masuk ke Universiti.Itu pun selepas mengambil course Introduction to Computer Information System(tak pasti betul ke tak.Biasa panggil ICIS)

Mula berblogging?

            Secara jujurnya,aku bukanlah seorang yang mempunyai penguasaan bahasa yang tinggi untuk menulis dan bukanlah seorang yang rajin untuk menulis.Menulis dalam erti kata canggih sikit,mengarang dan menaip la maksudnya.Tapi cetusan idea untuk bermula berblogging,selepas terlihat di status gtalk sahabat iaitu Nasrullah,terpampang di statusnya

updated--> http://nashunter.blogspot.com/  (^_^)
            Seperti yang aku nyatakan tadi,aku seorang yang jahil bab bab teknologi ni.So,curiosity aku melonjak lonjak untuk tahu,apakah itu blog.Jadi aku pun merayau dari blog Nasrullah ke blog blog kawan yang lain dan akhirnya menimbulkan minat untuk berblogging.


Tujuan berblogging?
Pertama tamanya,aku berblogging,hanyalah sekadar ingin mencuba.Address pun "aminbaek.blogspot.com".Memang time tu,tiada idea,dan lantas menggunakan nama yang sengal sengal ni.Dan disebabkan nama ini juga,aku dikutuk oleh sahabat sahabat.Kutuk manja manja gitu.haha.

Dan aku merealise betapa besarnya pengaruh blog dalam kehidupan masyarakat.Kerana masyarakat kini sudah maju.Dilaporkan dalam berita,bahawa kemenangan besar PR(masa tu belum PR lg) dalam PRU12,adalah kerana tumbuhnya blog blog pro PR di alam maya.Lihat.Betapa besarnya pengaruh blog kepada pemikiran masayarakat.Lantas,aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mencoretkan pandangan dan bertujuan untuk menyampaikan.Teringat sabda Nabi Muhammad s.a.w.

"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"
Ini menjadi pendorong kepada aku walaupun hasil tulisan aku tidaklah sebaik mana.Hanya biasa biasa saja.Yang penting,dapat menyampaikan apa yang ingin aku sampai.

Bertukar ke WordPress? 


Hehe.Ada satu ketika dahulu aku mencuba untuk beralih ke WordPress,juga untuk mencuba cuba.Tetapi dalam sebulan menggunakannya,aku tewas.=).Agak complicated a bagi aku yang tak tahu pape sangat pasal WP tu.Jadinya,aku kembali ke blogspot yang lebih ringkas,mudah dan senang.Inilah dia WPress aku   http://aminbaek.wordpress.com/ .Sepatutnya entry aku sudah lebih dari 200 entries,ada di antaranya di WPress itu,tetapi....takpe a..ni kira blogspot punya je.haha.

Tulisan kontroversi?
Sepanjang yang aku ingat,tulisan aku yang agak kontroversi ialah entry berkenaan Demonstrasi oleh Gerakan Mansuh ISA.Disitu aku dihentam agak teruk oleh komenter komenter sehingga komen mencecah hampir ke 80 jika tidak silap.Pertama kali macam tu banyak.punya komen.Hehe.Disebabkan kejadian tu,aku hampir serik untuk menaip pandangan aku yang kebanyakan berbeda dengan pendapat kawan yang lain.Tapi itu sebenarnya banyak mengajar aku etika penulisan.Ada kawan juga menegur cara aku menulis dan pelbagai lagi.

Harapan?
Aku berharap,agar aku mampu beristiqamah dalam apa sahaja yang aku lakukan.Moga dapat menghasilkan tulisan yang dapat memberi makna kepada diri dan juga pembaca pembaca yang lain.Semua tulisan aku hanya untuk saling mengingatkan,mengingatkan diri dan juga para pembaca.Seperti yang selalu tertulis di akhir entry aku,"Wazakkir faiinna zikra tanfa'uu mukminin".Dan peringatkanlah sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55].Dengan wujudnya blog ini,at least aku juga dapat menguatkan diri dikala kedownan.Mudah mudahan sentiasa dipermudahkan.

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

7 comments:

Nasrullah Jaafar said...

Waa...amin.Tahniah.
Eh...terharu aku.xsangka sebab usha blog aku ko terdetik nk berblog.haha...ape sgt la blog aku.hehe (^_^)

btw,aku xpasan lak blog aku pun dah mencecah 200...xlh la nk wat entry nih.keh3....skang dah 206... :P

~ade mase,jom lepak sekali kat mane2 (^_^)

Amin Baek said...

haha..tima kasih2..

time 2008 tu,sapa sgt la ada blog..aku rasa blog ko a antara yg terawal..tu yg menjadi inspirasi tu..hahah

keh3..aku ngah bosan.nk update,tbe2 perasan da 199..tu yg capub skit entry post ke 200..hahaha

ceh..korg kt KL..jauh tu..haha..klu ko blanje,boleh a..haha

Nasrullah Jaafar said...

owh...xpasan lak aku ni awal..haha...
sebab rase cam lmbt je..hehe.sejak ade komputer sendiri..trus rase nk berblog...
jd tmpt nk bercerita..tempat nk sampaikan pape yg patut...

haha...dtg KL dulu...baru bncg...haha...ko kan kaya...at elast lebih kaya dr aku...haha :P

Amin Baek said...

awal kot..
yg ada aku tau awal2 tu,ko irda rufi umair..tp umair n rufi cm xaktif time tu...haha..

da nak hampir 2tahun rupanya berblogging..dlu blog tu apa pn tak tau,..haha..

cet..apa kaya..gaji pun da abes..br sminggu bulan baru..haha..

Nasrullah Jaafar said...

aku dah 3 tahun...hehe...
erm2...
aku gaji pun xmasuk lg..
procedure dia mcm2 la..
nk kene isi borg suma...
before ni xcam ni...start batch kite ade procedure baru..huhu..layan je la...janji dpt even lmbt (^_^)

beliamuda said...

komplikated sangat eh WP? Baru2 ni Nuar mengadu blogspot pun dah makin rumit.. papepun, tahniah sebab dah melepasi 200 entri.

Amin Baek said...

complicated a..
brape lama xplore pn,masih xphm2..
last2,jadi pening..hahah

aik..blogspot rumit??owh..mungkin peng"upgrade"an skit kot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails