Jul 16, 2010

~Result dan Dugaan~


"Amin,result kau macam mana?"

"Result aku down gile la dari semester lepas.Ades.Aku dapat 3.** je la."Amin membalas.

Dan reaksi balas kawan kawan??

"Aku tak caya la.Ko cakap la betul betul."Kata Adib(Bukan nama sebenar)

"Min,aku dengar kau kelentong orang result kau.Betulke?"Pertanyaan oleh Kamal(juga bukan nama sebenar)




Dari dialog di atas,sepatutnya pembaca boleh mengagak apakah nilai terselindung di sebalik asterisk(* *) itu.Hari ini,16Julai 2010,Keputusan final exam semester lepas sudah diumumkan.Pelbagai perubahan status di Gtalk,di Facebook dan di Twitter menunjukkan keadaan ini.Ada yang memaparkan kata kata pujian kepada Allah,ada yang melafazkan kegembiraan yang tidak terhingga dan ada juga yang tidak memaparkan sebarang reaksi.

Kepada yang berjaya,terutama kawan kawan disekelililng aku,yang mencapai keputusan yang membanggakan,tahniah aku ucapkan.Itulah hasil titik peluh usaha anda.Bagi yang kurang berjaya,ataupun kata lainnya tidak mencapai target sebelum peperiksaan,jangan putus asa.Ayuh cuba lagi.Jangan mudah putus asa.Jangan rasa lemah.

"Dan janganlah merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman"[3:139]

Setiap kejadian pasti akan ada hikmahnya.Walau pada pandangan zahirnya,ianya adalah suatu kegagalan,ataupun suatu yang menyakitkan.Mungkin segala kejadian yang berlaku ini,adalah kifarah atas perbuatan aku,yang lalai dan atas maksiat maksiat yang dilakukan.Ianya menjadi suatu bentuk peringatan secara tidak langsung dari Allah.Dan ujian ujian perlulah dihadapi dengan tenang.

"DIwajibkan atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu ,padahal itu baik buatmu"[2:216]

"Katakanlah "Wahai hamba hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa semuanya.Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun ,Maha Penyayang"[39:53]




Semoga perkara yang berlaku terhadap aku,tidak menimbulkan fitnah terhadap usaha usaha sahabat dalam usaha pengislahan diri dan masyarakat.Sesungguhnya ini adalah kesilapan diri dan tiada kena mengena dengan komitmen lain yang dibawa.Moga ini boleh dijadikan ibrah dalam masa ke hadapan.

Konklusi
Walau apa result anda sekalipun,sama ada anda seronok atau tidak dengan result tersebut,usahakan untuk kita sama sama bersyukur.Kerana Allah berfirman,akan menambahkan nikmat bagi yang bersyukur.Dan yang penting sekali...

"Dan  Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak megetahui sesuatu pun,dan Dia memberimu pendengaran,penglihatan dan hati nurani,agar kamu bersyukur"[16:78]

Tenangkan diri sebaiknya.Seelok eloknya dengan zikrullah.Pasti hati akan tenteram.Insyaallah.

Bila harga barangan naik sedikit,result aku turun banyak..tak proportional langsung..haha

Kena revise balik la buku ni..hahaha




Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

12 comments:

Nasrullah Jaafar said...

Haha...ces...ko pekena aku...ces3...
hehe....

tahniah la amin.redha je....
kita akan dpt ape yg kita usahakan kan....hihi...
tapi ujian tetap ade...bg menguji kita...
smile (^_^)

Amin Baek said...

haha..mana ada..ko yg xmo caya..

tima kasih..
apa apa pun,result perlu dterima..
ujian mst ada..
tgk bagaimana kita handle ujian tu..
thanx nas..

Anonymous said...

sabar akh..

Amin Baek said...

jzkk akh..

umairzulkefli said...

Alhamdulillah...
Result dah keluar...
Kalau biasa result down, rasa makin nak dekat diri dgn Allah.
Tp bila result dh mula membaik, tiba2 rasa terlebih yakin diri n excited..

takut la pulak...

Ya-Allah, peliharalah hati kami untuk mentaatimu dalam setiap saat dan ketika, ruang masa dan waktu, perasaan sedih mahupun gembira.

Katakanlah amiin...

(aku tak suroh korang sebut nama tuan punya blog ni ye...)

Zanaishi said...

bila hidup diduga, itu tandanya Allah sygkan kita...:)

Amin Baek said...

bila result down,
br trasa nk bermuhasabah..ish3..
pasti disebbkan kelalaian dan maksiat terdahulu..
dan ini isyarat warning yang diberikan..
alhamdulillah..

petanda Allah masih sayangkan kita dengn memberikan ujian2..

Amin Baek said...

rozanna:eh2..asl komen ko cm reply aku td..aish...haha..trimas2..

KD said...

amin cer mer lang...

Amin Baek said...

hahha..iman..
ni skang bukan "cermerlang"..
tp da "hilang"..huhu

hhaha

littleantzz said...

berlapang dada dengan setiap ketentuan dariNya

Amin Baek said...

syukran..insyaallah sentiasa berlapang dada..smakin baek keadaan skang..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails