Aug 13, 2010

~Buanglah lagi~


Wah.!
Aku agak kaget sedikit apabila membaca berita ini di Berita Harian Online.Ok ke tak ye macam ni?

Apa yang aku baca sebenarnya?Ini dia....

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. 

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.




Haa.Apa pendapat korang berkenaan isu ini?

Buang bayi merupakan antara isu masyarakat yang semakin kritikal dewasa ini.Sampaikan bila baca berita tu,tiada berita mengenai penemuan bayi yang dibuang,maka dirasa macam sesuatu yang pelik berlaku.Diringkaskan berita tersebut,hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:

Cubaan membunuh(Bayi belum mati) :20tahun penjara maksimum
Kes bunuh : Hukuman gantung sampai mati

Tindakan ini dilihat makin tegas dalam cubaan mengatasi masalah yang kritikal ini.Isu yang dilihat sama sahaja keadaannya semasa di zaman jahiliah.Bahkan lebih teruk lagi,kerana bukan sahaja anak perempuan ditanam dan dibunuh,bahkan bayi lelaki juga turut menjadi mangsa.Dan lagi teruk,dibuang ke tempat tempat yang menjijikkan,antaranya pembetung air,tong sampah,semak samun,longkang,dan macam macam tempat lain.

Sedih mengenangkan masalah yang menimpa masyarakat kita pada hari ini.Dan pada pendapat penulis,aku berSETUJU dengan tindakan hukuman seperti dinyatakan di atas.Walaupun,pada zahirnya,ianya adalah undang undang semata,bahkan hukuman bagi pengedar dadah juga hukuman gantung,tetapi masih ada kes seperti itu berlaku,tapi aku merasakan at least ada sesuatu yang diusahakan.Boleh dikatakan penyelesaian yang ada kini hanyalah penyelesaian di permukaan masalah sahaja,bukan ke akar umbi.

Penyelesaian akar umbi

Aku hampir 90% percaya bahawa masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terdekat.Dan aku percaya,major factor berlakunya kejadian ini berlaku adalah disebabkan institusi kekeluargaan yang dilihat semakin longgar ikatannya,semakin longlai pengawasannya.Jadi,aku mengesyorkan,BAITUL MUSLIM perlu didedahkan dan diperjelaskan dengan lebih meluas kepada masyarakat,kerana masih ada masyarakat yang masih kurang jelas,masih terkongkong dengan pemikiran "masyarakat" .Insyaallah,dengan terbinanya BAITUL MUSLIM ini,akan wujud keluarga keluarga yang berlandaskan syariat Allah berkumpul lantas membentuk satu masyarakat yang harmoni.Dan perkembangan seterusnya boleh dirujuk pada Maratib Amal




Lagi mengecewakan 

Apa yang mengecewakan?Ceh.Belum sampai 24jam undang undang ini diperbincangkan di kabinet,4 lagi bayi ditemui dibuang.Huhu.Ada dibuang berhampiran kolej,ada dibuat di pembetung air.Nauzubillah.
Sumber dari Berita Harian ini menyatakan 3bayi,tetapi tadi aku sempat menonton Buletin Utama sebelum ke surau,menyatakan 4 orang bayi ditemui.Inalillah.Tindakan keras patut dikenakan.

Daripada usul dinyatakan,ibu bapa bayi yang dibuang juga akan cuba dikesan dengan padanan Deoksiribonukleik Acid(DNA..xpasti eja betul ke tak..haha).Satu cubaan yang baik.Tapi dari pengalaman ayah aku,yang pernah menemukan seorang bayi yang dibuang di sesuatu kawasan di Melaka,usaha mengesan empunya pemilik anak bukan suatu tugas yang mudah.Dan bayi yang dijumpai dahulu masih di Tempat Kebajikan.Jadi,pihak berkuasa perlu menggandakan usaha mereka bagi membanteras masalah ini.Mudah mudahan kalian dipermudahkan urusan.

Cadangan penulis

Cadangan mudah dari aku,apa kata,kalau dapat ditangkap empunya anak yang dibuang tersebut,mukanya disiarkan secara live di kaca kaca televisyen,OASIS,TV3,RIA,ESPN(pun nak jugak..haha).Ini mungkin mengaibkan.Tetapi hakikatnya,manusia lebih malu kepada manusia sendiri dari malu kepada Pemiliknya.

Takziah
Dan sebelum aku terlupa,ingin mengucapkan takziah kepada mangsa mangsa di Jasin,akibat terkena runtuhan akibat ribut di Melaka petang tadi.Memang lebat hujannya.Mujur aku sempat sampai ke rumah sebelum hujan turun.Al Fatihah.Sumber:Berita Harian dan Buletin Utama

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

10 comments:

Nash said...

SETUJU!!!!
Hukuman setimpal patut diberikan pada pembuang bayi.
Tapi kalo btol2 akar umbinya..HUKUM HUDUD patut dilaksanakan....
(^_^)

Hazwan Arif said...

kalo setakat nak ketatkan undang2..
aku rase belum cukup lagi..
yg penting, kita perlu mngubah bnyak bnda dr akar umbi..
pegangan agama masih belom kuat..sbb tu jd mcm ni..
kalo setakat bg pendidikan seks, x cukup rasenye..

Amin Baek said...

Nashunter:benar..HUKUM HUDUD..tp bg aku,undang2 belum lagi ke akar umbi..sama sperti hukuman gantung,even nyawa mereka diambil,mereka masih melakukannya...Dan hukum hudud bukan semudah mengundi dan mengimplement.Tafahum adalah sebuah unsur penting yang mungkin akan terabai.Kalau kita tengok Arab Saudi,mereka menjalankan hukum ini,tetapi ianya tidak menyeluruh.Juga seperti Iran.Pada aku,masalah akar umbi tu pada diri masing2..sperti komen HAZWAN ARIF,berkenaan PEGANGAN AGAMA.Aku rasa itu faktor yang sangat penting.

Amin Baek said...

Hazwan Arif:Itulah yang aku risaukan..Aku tengok usaha2 yang ada skang,kebanyakan penyelesaian dr "permukaan" semata.Sbg contoh,undang undang ni,kemudian berkenaan sekolah budak hamil.Ini penyelesaian kepada "akibatnya" bukan kepada "puncanya".Dan aku pasti,kembali kepada agama,al quran dan sunnah cara yang terbaik.Tetapi bagaimana caranya untuk masyarakat kembali,itu yang perlu difikirkan..

littleantzz said...

mencegah lebih baik daripda mengubat, dengn mengadakn skolh peljr hml buknlh jln yang bijk, bukn juga satu pncegahan.

ini masalah ummah, bukn bleh wt maen2...pokok pangkalnya, kita perlu sedar dari mana kita datang, untuk apa kita hidup dan kemana kita akan kembali...

tidk dinafikan, institusi kekeluargaan semakin goyh,
TAPI ada juga faktor lain, antaranya media. saya bukn nk menyalahkn media 100% tp pihk media perlu berhti2 dn sensitif dengn wadah yg ingin mereka sampaikn.

negara kita negara ISLAM, hormatilah, memg betul, ada juga agama lain, contohilah bagaimana Rasulullah membina sebuah negara Islam di Madinah, ketika itu ada juga penganut agama lain, fikir2knlah, kita dikurniakn akal dn iman...

wallahua'lam...

Amin Baek said...

litleantz:benar..spt saya ada nyatakan di atas,itu penyelesaian "surface",mungkin nampk kononya da "selesai" tapi hakikatnya,semakin membarah..

Yup.Keluarga hnyalah salah satu faktor.banyak lagi faktor yang ada.

Media?Hurm.bagaimana ye sebenarnya?Mungkin anda hendak menyatakan dengan kandungan siaran mereka yang kadang2,agak melampau,"seksi"?Kurang jelas.

Tapi diakui,ya.media mempunyai pengaruh yang besar dalam pemikiran masyarakat..Bila siaran siaran spt "hubungan bebas" terlalu banyak disiarkan,maka,masyarakat akan mengganggap itu sebagai perkara biasa.Dan ramai terpengaruh.Itu pandangan saya la..

pESAwah said...

sekarang ni kes buang bayi dah lali denga dah sampai rase biase. sedih jugak perkara ni berlaku. sekarang barula gov nak highlight isu ni. nasib baik highlight kalau x makin menjadi..

Amin Baek said...

pesawah:tu la..dulu b4 kes buang bayi,kes rogol,zina apa sume..last2 jadi cm biasa lak cte cmni..tgk kt Harian Metro je la..Penuh,stiap hari isu2 moral macam ni..da makin bertambah masa,kes buang bayi lak.hari hari ada berita.Nauzubillah..tapi tula,undang undang belum pasti lagi dapt mengurangkan isu ni..tapi apakah cara yang terbaek boleh dibuat??hurmm...

littleantzz said...

media kini terlalu banyak mempunyai unsur2 yang negatif, contoh: seksi, melampau, dan drama2 terutamanya drama org kita yang terkadang mereka ini seolah-olah Islam hanya pada nama, apabila ditegur, mereka menyatakan, "inilah realiti, kami ingin menyampaikan perkara yang sebenar".astaghfirullahal'azim...
ingatlah, niat tidk menghalalkan cara.

smoga Allah memberikan taufiq dn hidayah kepada mereka.

Amin Baek said...

liltleantz:

stuju!!!..

teringat seorang artis(salunya dijadikan idola) mempunyai perkataan Islam pada namanya,dan artis ini cara pemakaiannya agak seksi..

bila ditanya seksi dengan namanya,"nama tu parents I yang bagi.Bukan I.."

ceh..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails