Sep 27, 2010

~Hari ini hari Isnin~


Hari Isnin selalunya menjadi hari yang membosankan bagi semua orang.

Bagi pelajar,Isnin ialah hari permulaan bagi minggu yang baru.Perlu bangun awal,mandi awal dan ke kelas.(Selain di negeri Terengganu,Kedah,Kelantan)

Bagi pekerja pula,hari yang membosankan di mana rutin yang sama perlu diulangi bagi 5hari yang berikutnya.

Oleh sebab itu,hari Isnin hari ini,aku mengambil unpaid leave untuk bersenang lenang di rumah.Haha.Sebenarnya aku menyelesaikan beberapa urusan.


Pada awal pagi,urusan pertama aku ialah di Post Office Melaka.Aku begitu bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai orang yang "cukup umur" dan "matang" untuk mendaftarkan diri aku,sebagai pengundi yang mempunyai hak.Alhamdulillah urusan berlangsung dengan lancar


Berikut ialah laman web Suruhanjaya Pilihan Raya.Aku cuba menyemak pendaftaran aku,tetapi masih tiada rekod.Mungkin masih belum terupdate.Jadi,kepada warganegara Malaysia yang sudah layak mengundi,sila jalankan tanggungjawab anda.Statistik yang dikeluarkan berhubung bilangan yang sudah layak tetapi masih belum mendaftar sangat sangatlah tinggi.Jangan biarkan diri anda tergolong dalam golongan itu.Hoho

Kemudian bergerak ke Pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Ali.Beberapa urusan antaranya menyimpan duit bagi pihak ibuku,menukar IC ibu dari buku akaunku dan seterusnya mendaftar bagi urusan Haji.Syukur selesai juga urusan walaupun terpaksa keluar sebentar kerana ada dokumen yang tidak lengkap.

Usai keluar dari Pejabat Tabung Haji,sempat menikmati keindahan alam di tebing Sungai Melaka yang kini lebih cantik dari keadaannya suatu ketika dahulu.Jika dahulu,nak tengok pun da tak menarik,tapi kini,subhanallah,boleh menjadi lokasi pelancongan pula.Keadaan Melaka semakin lama semakin baik,syukur atas pembaikannya.Insyaallah dalam bulan Oktober ini,iaitu pada 20 Oktober 2010,pada jam 20.10,pada tahun 2010,Melaka akan diisytiharkan sebagai Negeri Maju bersesuaian dengan slogan yang di bawa kerajaan Melaka sekarang,Melaka Maju 2010.







Dalam usaha kerajaan menaiktaraf dan mencantikkan bandar,aku masih kecewa dengan mentaliti kelas ketiga segelintir dari pengguna/pengunjung/penduduk di sini.Sebabnya ada di antara mereka yang selambanya membuka cermin tingkap,dan mencampakkan tisu/puntung rokok/sampah gula merata rata.Apa salahnya simpan dahulu sampah berkenaan dan membuangnya ke tong sampah.Malah tambah mengecewakan lagi,kebanyakan pelakunya adalah beragama Islam di mana,Islam adalah agama yang begitu menganjurkan kebersihan.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)


Hari esok pula,sudah hari Selasa.Arghh..Esok sudah kerja.


Jadi,malam ini kena kumpul mood,untuk dibawa ke tempat kerja esok.Wahaha.Esok dapat gaji!!(semangat2)


Ini adalah entry di kala kebosanan.Sambil mencari idea tuk entry seterusnya.Huhu.


Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya





11 comments:

shahniz said...

lepas nie akh, leh buat plak cerita hari selasa, rabu, khamis..sampai hari ahad balek..hak..hak..

Amin Baek said...

shahniz:

kah3..tp xsyok a..pasni rutin sama je..keje keje keje..bosan..hahah

Amin Baek said...
This comment has been removed by the author.
Faris said...

try hang bukak paper lps..

ada announcement from spr kata sape yg dftr taun ni xdpt mengundi lg kalo prk taun dpn.. adeii

Luqman Al- Hakim Bin Foaad said...

assalam.
tp rase2 nye semua hari pon macam malas je.
mcm mne tuh?
huhuhu.
selamat mengundi.
:)

.sYaFiQ. said...

akh..ana x tahu nape cerita-cerita ntum yg awal td ana x kisah sangat(baca sbb dh layak mengundi n dok melaka..hehe..astaghfirullah)..
tapi bila smpai ayat gaji dpt esk 2..ana teruja..bahagia rasanya ada ikhwah senegeri ngan antum..leh la belanja ana..hehe

Amin Baek said...

faris:

yeke faris..tak tbaca a pulak..dalam paper apa ye??leh try carik balik..

kejam gle..da la ramai xngundi lagi,klu cmni,lg la ramai xmngundi..

Amin Baek said...

akim:

hahaha..tu la pasal..rasa malas je stiap hari..ish3..kita kene la ubah skit rutin kita,agar tak terasa bosan..hehe

terima kasih2

Amin Baek said...

syafiq:

kah3..waisey..da tkantoi lak dapat gaji..ahaha

كتكوت said...

duit raye ak mane????hehehehe

Jamal Rafaie said...

Saya dah boleh mengundi, cukup 21 tahun je terus daftar mengundi..

SPR update nama pengundi setiap 3 bulan sekali, sebab tu lambat sikit keluar nama kita dalam senarai mengundi..

Tahniah sebab ada kesedaran untuk daftar mengundi, sebab ada di antara rakan2 kita yang berbuih mulut cakap pasal politik dalam blog, facebook dan lain2, tapi tak ada kuasa nak mengundi..

Apa la gunanya berbuih mulut kalau tak dapat nak realisasikan apa yang dia cakap tu.. hehe.. Lebih baik kita senyap je, tapi kita yang berkuasa!

Kaum Cina ramai yang dah mendaftar, tapi org Melayu liat sikit nak daftar, mungkin dah senang dengan subsidi yang kita dapat. Jangan sampai bila dah kena tarik keistimewaan tu, baru sedar nak mengundi. Emm.. Sekarang pun ramai org Melayu yg tak nak keistimewaan ni, dipertikai pulak, maklumlah dah senang dengan kuasa yang ada..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails