Oct 28, 2010

~ETP~


Engineering Team Project(ETP?)

aHhHh.Tak berminat untuk mengulas mengenai subjek yang telah aku lalui pada semester ke 7 aku itu.Projek yang memecahkan kepala,dan menyemakkan isi otak aku selama satu semester.

Tapi ingin mengulas serba sedikit mengenai Economic Transformation Programme(ETP).Program ini dilancarkan atas dasar mahu meningkatkan lagi pendapatan negara dalam usaha mencapai status negara maju.Dan baru baru ini,satu majlis diadakan bagi mengulas dengan lebih lanjut berkenaan ETP ini.Sempat aku membeli senaskah suratkhabar bagi mengetahui isi ETP dengan lebih lanjut.


Sampai dirumah selepas penat bekerja,bukak internet,nah.Ini yang tersebar.Laporan dari Malaysiakini mengatakan lebih banyak spa dan kelab malam diwujudkan demi mencapai kriteria dalam ETP tersebut.Tercengang aku sebentar.Pemimpin yang beragama Islam yang bentangkan?Biar betul.Aku cuba mengambil langkah selamat untuk bertabayyun,lagipun berita itu juga agak meragukan aku kerana ianya berita yang diulas,bukan dari dialog Najib sendiri,lantas aku belek surat khabar itu dari muka depan ke muka belakang untuk mencari detail bekenaan ETP atau spesifiknya berkenaan kelab malam dan spa itu.Mungkin kerana excited dan kepenatan,tak terjumpa pun point berkenaan,kecuali point besar mengenai Tourism.

Dan akhirnya aku ketemu sesuatu yang agak meyakinkan,dari website PEMANDU .


Kecewa

Mungkin sesetengah berpendapat,ini bukanlah diwujudkan untuk orang Islam dan sebagainya,tapi ia sudah pastilah menganjurkan budaya Hedonisme.Bagi spa pula,walaupun ada sahaja spa yang benar benar spa,spt dalam cerita SPA Q,tetapi lebih banyak cerita negatif yang didengar dari kewujudan spa ini.Antaranya di Selangor.

Sensitiviti.Term yang amat kerap disebut kebelakangan ini.Tidakkah pemimpin berkenaan memikirkan akan sensitiviti kami sebagai umat Islam,apatah lagi langsung tiada penjelasan yang dikeluarkan.Dalam banyak usaha untuk mengurangkan masalah ini,tapi muncul pula idea yang ingin mengembangkannya.Ades

Bagaimana?

Kan best Najib ni dekat dekat sini je.Leh cakap direct je.Sound terus.Takkan la tak dapat fikir apatah lagi,kes Rosmah dan IFF nya baru sahaja tersebar.Tak habis habis.Dari blog Saiful Islam,ada komentator mengatakan,idea ini dibuat oleh menteri bukan beragama Islam,dan lantas dipersetujui terus tanpa menyemak isinya.Hurm.Entah.Tapi tetap salah gak.Napa tak nak semak balik.

Ulama muda ulama tua(cam kasar sangat bunyiknya..huhu),sila mainkan peranan.Aku menghormati kalian sebagai orang yang punyai banyak ilmu.Anda punyai kuasa publisiti,mempunyai media,maka suarakan(nasihat) pandangan anda.Tapi janganlah sampai memaki hamun,menfitnah dan memburuk burukkan.Agama itu kan nasihat.

Dan antara penyelesaian yang paling banyak disebut ialah Tukar Kerajaan.Gulingkan BN.Jika ini yang terbaik,aku juga sanggup.Aku da punya kuasa mengundi.Hahaha.Akan tetapi harus difikirkan,adakah parti alternatif yang mampu mentadbir negara ini?Banyak parti ada dalam negara ini.Masing masing ada kelebihan dan kekurangan.Tapi untuk dipimpin sebuah parti yang berdemokrasi,eh,berdemokerusi,aku masih tidak yakin.Tapi jika PAS sahaja,insyaallah,walaupun perlu banyak lagi pembaikan terutama penyokong mereka di alam cyber.Dan juga beberapa orang.

Best solution

Kata bekas mursyidul am Ikhwan,Hassan Hudhaibi,

"Tegakkan lah Islam dalam dirimu,maka pasti Islam tertegak di daulah(negara) mu"

Cuba kita bayangkan,jika semua sudah berislam secara keseluruhan,buatlah apa majlis atau program maksiat sekalipun,pasti tiada sambutan.Pada zaman ini,terlampau banyak program hiburan diadakan kerana salah satu faktornya,adalah kerana adanya sambutan.Jika tiada sambutan,maka tiadalah program hiburan.

Kita rakyat marhaen mungkin tidak punya kuasa untuk menentang atau mengubah sebarang keputusan oleh orang orang di atas,tapi kita mampu mengubah diri kita.

Jadi,keypoint yang nak disampaikan di sini,

JOM BERUBAH!!

Ingin berubah,tapi masih blur dan tiada tempat mengadu?
Masih tidak tahu cara bermula?

Mari sertai kami
PEMBINA
Persatuan Belia Islam Nasional

Antara link link berkaitan:

Note:Pelik betul la.Sungguh pelik dengan karenahnya

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

6 comments:

Mel said...

salam, amin.
Berubahlah ke jalan yang lebih baek seperti Amin Baek. :D


*Amin memang baek, ok.

Amin Baek said...

melissa:

salam..huhu..nak aku belanja ke??
keh3..air suam satu!!!

Abu Huzaifah said...

min,cte psal etp je ke? ni sal menara warisan xnk komen?

http://www.facebook.com/NoMegaTower?ref=mf

Kalo ko x ske dan nak buat banthan sal hub hiburan pergi like facebook page ni
http://www.facebook.com/profile.php?id=1346941894&v=info#!/pages/Kami-Bantah-Hub-Hiburan-Malam-1Malaysia/119775771416438

Amin Baek said...

abu huzaifah:

im focusing on the idea which can cause moral problem on youth actually..espcially on muslim..

Menara warisan-pada awalnya tidak setuju,now waiting for more info to be revealed..since klu nk ikotkan,twin tower dlu pn org bangkang,membzir...dlu litar sepang +klia,membazir..

hahaha..aku da bosan a bu ngan group2 ni..timbul isu,mcm2 grup timbul,..tp apa bezanya..org bkaitan baca ke eh..cm x je..huhu..bila terry jone kuarkan isu bakar quran,fuh..grup muncul cepat je..ramai like..tp yg lg penting,kita da baca lom Quran??

just my 2 cent opinion

pESAwah said...

pemimpin sekarang ni amat lah pelik. sedangkan pemimpin la perlu menentukan hala pemikiran, sahsiah rakyat die. aiyakkk..sedih

Amin Baek said...

pesawah:

xsilap aku,ada kata2 sahabt or hadis,eh rasa Ali kot..ketika ditanya kenapa cara pemerintahan nya berbeza dgn yg lain..dan Ali jwb sbb yg aku pimpin,adalah kamu...

yg cuba disampaikan,pemimpin akan mengikut acuan rakyat je..jika rakyat nya baik2 belaka,mst pemimpin dr yg baik2...tp msyrakt kita??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails