Oct 25, 2010

~Islamic Fashion Festival~


Baru baru ini,isu yang begitu hangat dimainkan selain Melaka Maju 2010,sudah tentulah isu berkenaan Islamic Fashion Festival yang pastinya menduduki tempat pertama dalam ulasan blog blog di alam maya ini.

Islamic Fashion Festival merupakan sebuah event menampilkan fesyen fesyen pakaian yang terbaru dan bercorak “islamik”.Dari penelitian fakta yang dipamerkan dibeberapa blog,designer designer pakaian berkenaan adalah dari non muslim.Akan tetapi,isu ini menjadi lebih sensasi apabila ada gambar yang menampilkan “Wanita Pertama” Malaysia di majlis berkenaan  dan fesyen yang diperagakan menampilkan khat berupakan tulisan “Muhammad” di dada ataupun lebih kepada perut peragawati berkenaan.


Pokoknya,bagi aku,tidak kira apa alasan sekali pun,aku tidak bersetuju dengan Festival Fesyen ini apatah lagi menampilkan nama agama Islam.Bukan sahaja festival fesyen fesyen sebegini,bahkan sepatutnya event event yang menampilkan wanita sebagai watak utama juga tidak patut diadakan.Gadis Melayu lah,Ratu Cantik lah,dan lain lain lagi.Sepatutnya masyarakat lebih alert dengan event event seperti apatah lagi pemimpin yang beragama Islam.

Alhamdulillah,ada juga yang menegur.Moga moga hati yang berkenaan akan terbuka menerima teguran.Tapi dalam teguran itu,aku pohon untuk tidak diselitkan kata kata “pedas”(makian,cacian),dan lebih penting janganlah menghukum orang lain sebagai “kafir”,”masuk neraka” dan sebgainya.Itu bukan hak kita.Hak kita cuma menegur dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

Islamic Daily Fashion Festival

Itu kes Islamic Fashion Festival.

Bagaimana pula dengan Islamic “Daily” Fashion Festival?(pinjam term ni dari a blog)

Dapat ke apa yang aku maksudkan?

Mari kita lihat masyarakat kita sekeliling kita.

Ada lihat wanita bertudung tapi berpakaian ketat?
Ada lihat wanita berbaju kurung molek,tapi berpakaian jarang malah transparent?
Ada lihat wanita bertudung,rambut bertutup,tapi “center of the body” terbuka?

Dan macam macam lagi..Cuba google je la.Aku da google ingat nak letak kat blog,tapi cam tak sampai hati lak.Huhu.Sian korang terpaksa tutup mata.

Dari jauh,sudah nampak ke”islamik”an tu.Tapi bila dari dekat?Aish

Fashion show ini tidak perlukan hotel dan pentas.Audience nya lebih ramai.Malah lebih banyak mata yang melihat.Mana yang lebih glamour?

Tidakkah kita semua sedar,di mana statistik kes rogol kian meningkat dan cara pemakaian diakui adalah salah satu factor terbesar mengapa statistik itu meningkat.

Kita semua jelas,ini adalah anasir anasir Barat yang sudah hampir sebati dengan jiwa umat Islam.Dan cara yang terbaik sudah tentulah kembali pada Islam.

Kembali mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

"Wahai orang orang yang beriman!Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah langkah setan.Sungguh ia musuh yang nyata buatmu"[2:208]

Allah juga menyertakan guideline ataupun dresscode wanita beriman.

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan(auratnya) kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya...[24:31]

[Salah faham dalam pemakaian pakaian]

Bukankah lebih baik seseorang wanita bertudung labuh menutupi dada.Berpakaian longgar.Menepati syariatullah.Subhanallah

[Kan molek begini..Men sebat je gambar orang..huhu]

Dan pabila sudah ramai berpakaian mengikut syariatullah,pasti orang orang yang berpakaian “pelik pelik” akan segan.Dan mereka juga akan turut serta berpakaian sebegitu.Mereka berani memakai pakaian sperti sekarang kerana sekeliling mereka juga begitu.Dan ia pasti akan berbeda pabila orang disekelililng nya memakai pakaian sepatutnya.

Walau apapun,hidayah itu tetap milik Allah.Usaha sudah,maka bertawakallah.Doa doakan agar kita semua memperoleh hidayahNya.

Note: Wanita Pertama sepatutnya mencontohi Tun Siti Hasmah yang lebih menemani suaminya dari mempunyai agenda sendiri

Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]




8 comments:

.sYaFiQ. said...

ana setuju..daily nya fashion yang semakin menjadi2..pkai baju kurung nampak inner..nanti fashion br inner pon transparent..ape la jadi agaknya..

Abu Huzaifah said...

ko masuk tandas pempuan eh amik gambar 2?

Amin Baek said...

Syafiq:

tu la pasal..makin dasat nampaknya..atas da ok la..tutup,bawah plak tbuka2..huhu

Amin Baek said...

abu:

hahaha..sengal..

Jamal Rafaie said...

Setuju.

Datin Seri Rosmah Mansor hanya perlu menemani suaminya sahaja, nak buat apa nak cari publisiti lagi, tak hilang pun 'title'nya selagi lakinya jadi PM.. Benar juga kata Rasulullah, perempuan ni fitnah..

Amin Baek said...

jamal:

tu la pasal..baek duk umah molek2..takpun just teman laki dia je..ni p sana p sini...pegang2 jwtn lg..haish..

Amin Baek said...

jamal:

tu la pasal..baek duk umah molek2..takpun just teman laki dia je..ni p sana p sini...pegang2 jwtn lg..haish..

littleantzz said...

salam, org laki sptutnya membimbing perempuannya dengn baik, dengan cara Islam, seandainya tidk mampu, bolehlah dirujuk pada orang agama (ustaz/ustazah), maka tercapailah hasrat itu(mendidik perempuannya dengan agama Islam), insyaAllah...

kita orang Islam, x perlu highlightkan fesyen yg kita pakai untuk tatapan umum, TETAPI biarlah ia diHIGHLIGHTkan demi keredhaan Allah, itu lebih baik...

wallahua'lam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails