Oct 17, 2010

~Duhai Hati~


Pernahkah kita merasakan begitu sukar untuk bangun bertahajud,bermunajat kepadaNya?
Pernahkah kita merasakan begitu berat untuk menyelak lembaran suci Al Quran?
Pernahkah kita merasakan solat kita hanyalah mendatangkan penat semata?

Jika YA,maka hati kita sedang menghadapi penyakit.



Penyakit hati 

"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang disebut nama Allah,maka gementar hatinya dan apabila dbacakan ayat ayat Nya kepada mereka ,maka bertambah kuat imannya,dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"[8:2]

Jika secara fizikal dilihatkan,jantung sebagai organ utama dalam menentukan kehidupan sesorang manusia.Jantung berhenti,riwayat hidup kita juga berhenti.Akan tetapi ayat di atas menekankan mengenai Qalbu iaitu hati.Maka bertepatanlah dengan hadis Rasulullah,

"Ketahuilah bahawa dalam jasad seseorang itu ada segumpal daging,bila ia baik,maka baiklah seluruh jasad,dan bila ia rusak,maka rusaklah seluruh jasad,ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati"[HR Bukhari wa Muslim]

Begitulah peranan daging yang bernama hati itu.Antara kondisi hati yang digariskan adalah hati yang hidup,hati yang mati dan juga hati yang berpenyakit.

Dalam kesempatan ini,insyaallah saya lebih menumpukan kepada hati yang berpenyakit ini.Kita dilahirkan dalam keadaan bersih ,hati yang suci.Pabila menginjak dewasa,mula mengenali dunia yang fana ini,maka hati kita semakin tidak sihat,Ada sahaja penyakit yang dihadapinya.Dan antara sebab sebab utama penyakit hati ini adalah maksiat maksiat yang dilakukan telah menimbulkan titik hitam dan kelak akan menyelaputi hati yang bersih itu.Dan ketahuilah,maksiat itu bukanlah seperti apa yang difikirkan oleh masyarakat.Maksiat=perbuatan related to sex sahaja.Maksiat ini lebih luas skopnya.Mata kita boleh bermaksiat,tangan kita juga boleh bermaksiat dan macam macam lagi.

Kesan hati berpenyakit




Pertama sekali dan point penting saya nak sebut ialah hati berpenyakit ini pasti akan menjejaskan hubungan kita dengan Allah.Line terpenting yan paling utama perlu dijaga.Bila hubungan dengan Allah terjaga,maka pasti kesemua urusan juga terjaga.Ianya adalah mustahil bagi seseorang untuk melakukan ketaatan dan kemungkaran dalam masa yang sama.Dan kemaksiatan itu pasti akan menghakis dan menghilangkan terus sisa sisa ketaatan dalam diri kita.

"Tidak berzina seseorang penzina sedangkan dia dalam beriman"[Muttafaqun Allaih]

Maka maksudnya di sini,maksiat itu akan mengusir terus nilai nilai ketaatan dalam diri kita.

Keduanya,hilanglah ilmu di dada.Pasti kita pernah merasa keadaan di mana info info atau ilmu ilmu yang dipelajari tiba tiba hilang dari ingatan.Bagi yang menghafaz Al Quran,tiba tiba lupa dan menjadi was was dengan bacaannya.Ini mungkin akibat dari maksiat yang kita lakukan.Iman Syafie dipuji akan kehebatan dan kepandaian dalam bidang ilmu.Maka gurunya berkata"Allah menyiratkan cahaya(ilmu) ke dalam dadamu,maka janganlah kamu padamkan ia dengan maksiat"

Dan ketiganya,apakah kita masih mahu bermaksiat,menggunakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?Kaki,tangan,mata,telinga,lidah dan juga nikmat nikmat lain.Allah telah memberi amaran/peringatan dalam surah Ar Rahman dimana ayat "Fabiiayyilaaairabbikuma tukazziban" telah diulang sebanyak 31 sekali.Ayat yang membawa maksud,"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan" ditujukan kepada kita yang sering menyalahgunakan nikmat yang diberikan.Ingatlah bahawa setiap anggota akan bertanggungjawab dan menjadi saksi buat kita di akhirat kelak.

Cara membersihkan hati


Perbaiki hati kita yang mungkin telah rompong dan rosak akibat dihentam maksiat maksiat saban hari.Kasihanilah hati kita yang terpaksa dilitupi dari cahaya yang menjadi idaman oleh setiap hati.Banyak cara dan hadis hadis berkenaan cara pembersihan hati.Antaranya

"Hati boleh berkarat sebagaimana besi berkarat"Sahabat bertanya,"bagaimanakah mahu menyucikannya ya Rasulullah?"Baginda menjawab"Dengan membaca Quran dan mengingati mati"


Dalam buku Jangan Biarkan Hati Mati Berkali Kali tulisan Muhammad Al Bani telah menggariskan beberapa cara untuk membersihkan hati.Antaranya:


1)Bacalah Al Quran
2)Beristigfar
3)Berdoa
4)Selawat
5)Solat malam

Hadirlah secara kerap ke majlis majlis ilmu ataupun halaqah.Ianya penting dalam merefreshkan kembali iman kita dan sekaligus memberi peringatan buat kita yang mungkin terlalai dibuai keseronokan dunia.

"Tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Dan akhir sekali,sentiasalah bertaubat.Kita mungkin melakukan maksiat dalam keadaan sedar tidak sedar.Jadi bertaubatlah setiap masa.Segerakan bertaubat

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan dapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa"[3:133]

Jangan pernah kita berputus asa dari Allah.Allah akan membuka tanganNya pagi dan malam untuk menerima taubat hambaNya dan Allah amat menyukai orang orang yang bertaubat.


Penutup


Iman itu naik dan turun.Tiada siapa yang dapat nafikan.Tetapi yang penting,bagaimana cara kita untuk atasi penurunan itu

"kecuali orang orang yang memperbaiki diri dan berpegang teguh pada agama Allah dan tulus ikhlas menjalankan agama kerana Allah....[4:146]

"Wahai orang  orang beriman.Bertaqwalah dan carilah wasilah untuk dekatkan diri kepadaNya.."[4:35]

Mari berusaha kawan kawan.Di saat hati berpenyakit,iman pula menurun mendadak,ianya adalah sebuah saat saat yang begitu sukar untuk dilalui.Hati gundah gulana.Dan pada doktor doktor ummah ataupun daie',saat inilah paling mencabar.Mereka bertanggungjawab merefresh iman anak halaqah tetapi iman diri sendiri juga belum stabil.Dan sebab itulah kita tidak boleh menunggu iman kita menaik semula,tetapi kita yang perlu cari jalan untuk menaikkan kembali iman.Pohonlah doa agar Allah beri kekuatan untuk menghadapi dugaan yang begitu mencabar di kala ini.Insyaallah.Bantuan Allah pasti tiba.Dan apa yang penting ? redha Allah.!!


note::Tulisan dikala kepenatan selepas mukhayyam.Huhu

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

MF said...

Salam akh.

Jzkk. Nice one.
Sdang mengalami mslh hati juga.. erm

Smoga Allah terus menerus mmberi kita ptunjkNya, biarpun di saat kita kjatuhn, dn smakin mnjauh kpdNya =(

Amin Baek said...

SOA:

salam akh..
itulah..moga dapat memberi kekuatan pada diri..

"Wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati,tetapkan hati kami dalam agamaMu"

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut.

norashikin rahmat said...

jzkk kerana berkongsi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails