Nov 30, 2010

~Betul...ke macam betul?~



Al Quran ialah sebuah mukjizat agung yang dikurniakan kepada Muhammad s.a.w.Mukjizat yang berusia lebih kurang 1400 tahun dijanjikan oleh Allah,akan terpelihara isinya dari sebarang penambahburukkan.Sesuai dengan firmannya dalam surah Al Hijr,ayat ke 9

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran dan pasti Kami(pula) yang memeliharanya”[15:9]


Selain dijamin terpeliharanya isi kandungan Al Quran,malah Allah juga mencabar barangsiapa hendak membuat kitab semisal Al Quran,datangkan sekali dengan penolongnya,pasti mereka tidak akan mampu.Malahan Allah mencabar,buatlah satu surah sahaja daripad 114 surah di dalam Al Quran.

Dan jika kamu meragukan Al Quran yang kami turunkan kepada hamba Kami(Muhammad),maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong penolongmu selain Allah,jika kamu orang orang yang benar”[2:23]

Apakah pantas mereka mengatakan dia(Muhammad) yang telah membuat buatnya?Katakanlah,buatlah sebuah surah yang semisal dengan surah(Al Quran) dan ajaklah sesiapa saja di antara kamu orang yang mampu(membuatnya) selain Allah,jika kamu orang orang yang benar”[10:38]

Begitulah kesucian dan keagungan Al Quran.

Dan baru baru ini,pelbagai kejadian yang menyebut berkenaan non muslim menggunakan ayat ayat Al Quran ,terutama di pentas politik.Di antaranya ,Ngar Kor Ming.Lalu pelbagai pendapatdan fatwa dikeluarkan di dada akhbar,di dalam blog dan macam macam lagi.Dan tidak kurang juga,yang tidak mengambil tahu langsung.

Apa pendapat anda?

Bagi aku,tiada masalah jika mereka benar benar ingin belajar dan mencari keindahan Islam itu dari Al Quran.Sedangkan sejarah telah menceritakan,bagaimana pahlawan terbilang,Al Farouq,iaitu Saidina Umar Al Khattab,khalifah kedua,telah terpaut hatinya pabila membaca surah Thoha.Dan kita lihat pula para ahli sains dan pengkaji agama,bagaimana pabila mereka mengkaji Al Quran,dan  mereka temui pelbagai kebenaran yang tercatat di dalamnya,maka mereka juga memeluk Islam.

Tetapi,aku agak kecewa jika ini dilakukan semata mata kepentingan peribadi,untuk meraih sokongan dan menjadi strategi memikat orang.Seolah olah ayat Quran dan Islam itu dijaja untuk kepentingan pihak tertentu

Dan kali ini,heboh pula isu Subramaniam dengan terjemahan surah Al Imran 190-191.Jika dia benar benar ingin belajar dan menjadikan ayat itu satu panduan,syukur.Walaubagaimanapun,kesilapan yang begitu jelas dilakukan dengan terjemahan Al Quran itu telah dibacakan dengan maksud yang telah berbeza dari ayat yang sebenar



Subramaniam said:

"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."[Dikatakan Al Imran:Tak pasti ayat berapa]

Quoted from Al Quran:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.Iaitu orang orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan ini sia sia;Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka”[Al Imran:190-191]

Selepas ini,mungkin ada pihak yang menyokong beliau dengan mengatakan beliau bukan Islam dan sebagainya.Jika da tahu begitu,mengapa tidak mencatatkan terjemahan tersebut ataupun,gunakan saja software terjemahan Quran mobile yang berlambak di pasaran sekarang.

Jika tidak silap aku,ada juga ahli ABIM(atau bekas) di dalam PKR itu,di antaranya Mustafa Kamil Ayub dan Anwar Ibrahim sendiri.Sepatutnya,Subramaniam perlu dibetulkan ketika itu juga.Sayang sekali antara ahli PKR yang jelas fikrahnya,yang aku kagumi telah menjadi bekas ahli PKR,Zulkifli Nordin,yang aku ikuti blognya sebelum dan selepas dia keluar dari PKR.

Mungkin selepas ini,Subramaniam boleh menyertai kelas tafsir Al Quran yang dicadangkan oleh PAS melalui Nasaruddin Tantawi.Aku mengharapkan dia benar benar berminat dengan Islam & Al Quran dan sertai kelas ini.

Moga hidayah Allah akan kunjung tiba buatmu dan mungkin kamu boleh jadi Ustaz Farid Ravi kedua.Owh.lama tak dengar suara Ustaz Farid Ravi rupanya.

Note:Kit Siang da confirm jadi TPM ,bila Anwar jadi PM..Mana Hj Hadi?Jangan jadikan dia Biro Agama je sudahlah.huhu

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

3 comments:

Jamal Rafaie said...

Sedih dengan PAS yang sanggup bersekongkol dengan parti yang tolak Islam secara jelas semata-mata nak berkuasa..

Last2 bila dah berkuasa, hanya jadi bab istiadat melayu dan agama Islam jer.. Adoyai..

Anonymous said...

Maaf ya sekadar mencelah krn ana Allah mentakdirkan ana berkunjung di blog ini..

Cuma persoalan ana, selama ini dimana letaknya Islam semasa kerajaan 50 thn kita sudah memerintah? Adakah Islam itu dilihat lebih baik dr masa ke masa?

Ana menghormati cadangan Amenbaek.. Dan mungkin ana melihat ia petanda baik kpd org bukan islam dan mungkin org islam juga utk lebih mengakaji isi Al-Quran yg sebenar..

Allahu'alam..

::Nur Saedah Khalifah::

Amin Baek said...

anon:

pertama,sy tidak mengaitkan ini dgn politik sempit di negara kita.PAS UMNO kafir islam bla3...

bia sy jelaskan dari entry ini dahulu ye..walau apapun,hendak baca terjemahan pun,ia sepatutnya betul.bukan ayat yang diolah mengikut kepala sendiri.apatah lagi sudah dinyatakan dengan jelas " di dalam surah Al Imran....".mungkin saudari boleh membaca link yg saya sertakan di situ,tulisan Nasruddin Tantawi,ketua DPPP.Beliau juga menyatakan perlunya terjemahan yg betul..rasa isu ni da clear kn??papepun,mari doakan agar beliau dan kita mendapat hidayah.

kemudian,50tahun memerintah..ok.mungkin anda tak menyedari ataupun buat2 tak sedar.Tabung Haji,UIAM,dan kini perbankan Islam yang tiada unsur riba.Saya juga pasti anda antara pengguna/student UIAM/sudah mendaftar dengan Tabung Haji.banyak lg sbenarnya..ini dari secara amnya..

mungkin anda nk menyatakan,pemimpin yg kurang "islamikknya" bukn??itulah yg menjadi kegusaran bt saya..marilah kita doakan mereka,dlm masa sama menganggap mereka sbg madu' kita,bukan musuh yg perlu dihina atau dikafirkan..

pndgn peribadi sy,alim ulama sy hormati ilmu nye yg kompem2 lg tinggi ilmunya,tp ilmu tinggi dlm agama xsemestinya bijak berpolitik..dan pemimpin perlu mempunyai ilmu agama.pham ke??hahah

sekian..terima kasih berkunjung ke sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails