Dec 29, 2010

~Harimau Malaya~


Alhamdulillah.Akhirnya Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama atau nama lamanya ialah Piala Tiger.Pasukan Kebangsaan Malaysia ini juga telah mencipta sejarah sebelum ini dengan memenangi pingat emas di Sukan Sea Laos 2009.

Perlawanan akhir sebentar tadi menyaksikan Malaysia ditewaskan 2 -1 tetapi menang dengan agregat 4-2 ditambah lagi dengan gol di tempat lawan yang cantik dari Safee Sali.Secara keseluruhan,permainan tadi menarik tetapi kurang menarik jika dibandingkan dengan permainan di Malaysia Dan tahniah juga kepada pemain dan penyokong Indonesia yang bersikap profesional.Tiada kejadian buruk semasa perlawanan berbeza dengan situasi sebelum perlawanan.Harap harapnya tiada apa apa berlaku selepas perlawanan. Apa apa pun,well done Malaysia!!


Rumusan sepanjang kejohanan:

Malaysia memulakan 20minit kejohanan dengan baik.Menjaringkan gol menentang Indonesia oleh Norshahrul Idlan,tetapi menghabiskan 90minit dengan kesedihan pabila tewas 5-1 di Sadium Gelora Bung Karno.

Perlawanan:
Malaysia vs Indonesia : 1 - 5
Malaysia vs Thailand   : 0 - 0
Malaysia vs Laos        : 5 - 1

Malaysia vs Vietnam   : 2 - 0
Malaysia vs Vietnam   : 0 - 0

Malaysia vs Indonesia : 3 - 0
Malaysia vs Indonesia : 1 - 2

Pemain pemain:

Khairul Fahmi: Penjaga gol terbaik di Malaysia pada season ini.Hanya mula mendapat kepercayaan Rajagobal dalam perlawanan menentang Thailand.Seorang  yang konsisten dan menpunyai tangkapan yang kemas.Menjadi salah satu faktor pertahanan Malaysia yang mantap.Memberi keyakinan apabila menyelamatkan penalti dalam 2nd leg final.Rating 9

Mahalli Jasuli : Pemain muda yang kental bertahan di samping mempunyai stamina yang mantap.Bijak mencari ruang dan berani untuk melakukan serangan.Dapat dilihat semasa perlawanan menentang  Indonesia first leg.Rating 8

Muslim dan Fadhli: Gandingan pemain Harimau Muda A.Menguasai bola tinggi dan konsisten dalam bertahan.Muslim mengekalkan prestasinya ketika bergandingan dengan Aidil di Sukan Sea yang lepas.Fadhli ,pemain yang baru berusia 19tahun.Mempunyai masa depan yang sangat cerah.Rating 9

Asraruddin : Pemain muda selangor.Mempunyai kawalan dan gaya yang baik.Permainan di awal kejohanan agak teruk dan menjadi salah satu faktor kekalahan Malaysia.dan kemudian bangkit dan menyajikan pertahanan yang baik di sebelah kiri.(Mungkin sebab da potong rambut.hehe).Rating 8

Amirulhadi/Kunalan : Pemain sayap yang lincah terutamanya Kunalan yang mempunyai kekuatan larian yang mengagumkan.Sering membawa bola ke dalam dan mengucar ngacirkan pertahanan lawan.Rating 8 (Kunalan) 7 (Amirulhadi)

Safiq Rahim/Amar : Kombinasi yang diuji ketika perlawanan menentang Thailand dan terbukti berkesan di dalam formasi bertahan dan menyerang.Kedua dua pemain ini memberi keseimbangan dalam gerakan mencari gol dan mempertahankan gol.Tetapi Amar mempunyai shooting yang agak menyedihkan.Huhu.Tapi dapat dilihat peningkatannya menetang Indonesia 2nd leg.Quite influential.Rating 8

Safee/Norshahrul : Gandingan yang baik di barisan hadapan.Norshahrul begitu lincah dan Safee seorang yang tenang dan laju dalam membuat gerakan.Safee menemui sentuhan pemusnahnya hanya di dalam peringkat separuh akhir menentang Vietnam,juara bertahan dan akhirnya menamatkan saingan dengan gelaran penjaring terbanyak dengan 5gol.Norshahrul antara pemain Malaysia yang paling menyerlah.Rating 9

Substitute(yang main je):

Sharbinee : Mempunyai permainan yang baik di Sukan Sea,tetapi agak merosot permainan di Piala Suzuki ini.Kelihatan tidak yakin semasa perlawanan pertama.Tapi punya potensi yang besar;Rating 7

Sabree Mat Abu :Kental dan sering bertukar tukar dengan Mahalli.Mempunyai kekuatan fizikal dan berani ke depan.Juga seorang yang versatile.Rating 8

Razman: Bermula perlawanan pertama dan mempunyai permainan yang agak teruk.Kemudian digantikan dengan Mahalli.Dia juga bermain sebagai substitute dalam 2nd leg menentang Indonesia.Ada melakukan kesilapan sehingga membawa pada gol dan kelihatan tidak agresif.Papepun ada pace yang mantap.Rating 7

Ashari : Pemain yang agak skillfull bagi aku.Sentuhannya sering mengucar ngacirkan lawan.Assist dilakukan untuk Safee juga mengagumkan.Cumanya tampak kekurangan stamina.A very good player.Rating 8

Amri Yahyah: Pemain berpengalaman dan paling tua dalam skuad ini.Hantaran yang baik ,positioning juga baik.Akan tetapi dilihat seakan akan malas untuk berlari dan sering hilang bola.Rating 7

Dan beberapa yang lain seperti Faizal,Khyrill .

Award :

Top Scorer :Safee Sali (5gol)(Malaysia)
Most Valuable Player : Firman Utinna (Indonesia)--> rasa Khairul Fahmi or Norshahrul juga layak

Thanx pada team Malaysia kerana telah mengembalikan kegemilangan bola sepak negara,Kini Malaysia menjadi juara Asean selepas kejayaan di Sukan Sea dan Piala Suzuki.Kejayaan ini juga membuktikan kejayaan di Sukan Sea lepas bukan nasib semata(sebab gol sendiri)

note:Kagum lak tengok bila orang berbicara pasal Team Malaysia instead of EPL
note:Terkejut bila orang yang tak minat bola langsung tiba tiba menghadap TV,hadir ke stadium.erk??
note:Tergelak memikirkan karenah media Indonesia
note: Lawak laser(ultraman,but Tlaser,laser untuk kasi tumbuh rambut Markus dll)
note:Moga bola sepak Malaysia kembali gemilang dan konsisten
note:xsabar nak tunggu ranking dunia pasni
note:ada cleaner Indon kt tmpat keje aku kata "kalau saya di jakarta,sudah lama saya pukul itu penyokong Malaysia"..Perlu ke aku pukul dia pasni??hahah

6 comments:

Anonymous said...

i like shahrul...
p/s:pkol jer..buat last kngan kat sana..huhu

shahniz89

Amin Baek said...

hahha..skali lg,bukn shahrul core meng..shahrul idlan k..hahah

nice gak wt kenangan..hahha

izzat said...

perghh!!!! ulasan yg mantap..intern ajar bnda ni ke???hehe..
huh! shahrul x abih2..
yg ptg izzaq kembar kpd izzat dpt main gak last2 minit bg menenangkn pemain yg lain..ngee~~~

Amin Baek said...

izzat:

excited daaa smlm..ceh..sume nk perasan susah gak..keh3

Hazwan Arif said...

ko patut brbiara pasal bola msia dgn aku min..aku folow dr kecik lg kekeke

Jamal Rafaie said...

Memang mantap pasukan Malaysia ni.. Tapi harap2 jangan la asyik tukar2 pemain je, nanti tak de chemistry.. Last2, kegemilangan Malaysia hanya bermusim je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails