Feb 6, 2011

~Raya Cina~



  • Hari ini,ahad,6Februari hari terakhir bagi cuti panjang sempena Chinese New Year.Huhu.Kejap je cuti ni berlalu.Lepas ni,kene fokus kembali pada urusan akademik dan urusan masyarakat tentunya.
  • Alhamdulillah,cuti ini dipenuhi aktiviti di luar UTP.Taklah bosan sangat terperap dalam UTP je.Pertamanya,mukhayyam di Sungkai,Perak.Memang best apatah lagi menggabungkan tenaga senior dan junior.Seronok bila dapat peluang bergaul dengan para ustaz,pakcik pakcik yang mempunyai lebih banyak pengalaman.Habis program selepas 3hari,4hb
  • Kemudian,keesokkan harinya ,bergerak pula ke Permatang Pauh,untuk walimah sahabat,Saudara Umair Zulkefli dengan zaujahnya,Saudari Atifah Yusuf.
[Tunggangan ke Permatang Pauh.Terima kasih Saudara Firdaus.=)]

[Ahli rombongan]


[Turun turun kereta,terus nampak pasangan ini]

[Pic khas tuk GG CJ7]



[Beransur pulang]

  • Tahniah Umair.Moga berbahagia bersama zaujah tercinta hingga ke syurga.Pasni novel novel cinta ko leh a pas kat aku pulak.Hehe.
"Dan di antara tanda tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang.Sungguh pada yang demikian itu benar benar  terdapat tanda tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir"[30:21]

  •  Makin besar tanggungjawab yang diletakkan atas bahu kita bila melangkah ke tahap yang baru ini.Jadi,persiapkanlah kekuatan mental,fizikal,aspek ruhani dan sebagainya.Moga dengan ibadah ini,akan mendekatkan lagi kita kepada Allah dan sentiasa merealise yang inilah salah satu tanda kebesaran buat kita.Sesuai dengan firman Allah dalam ayat di atas.
  • Doa yang baik untuk diamalkan.
"Ya Tuhan kamu,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami) dan jadikanlah kami pemimpin orang orang yang bertakwa"[Al Furqan:74]

  • Akhir kata,untuk Umair yang dikasihi,moga tuhan memberkati kamu berdua dan mengurniakan rahmat buat kamu semua.Doakan kami yang lain juga.Haha.



5 comments:

Hazwan said...

ko plak bile nak kawen min??mcm ade potensi nak kawen tahun dpn haha

Amin Baek said...

beliau:

hahaa..tu xtau g..umair kawen on birthday dia..5 feb..ak check2,birtday ak on hari sabtu,masa 2013...ada peluang..hahaha

Anonymous said...

Betul2.. enta bile lak nak ikut jejak umair ??
huhu..

Tak sangka kereta ana ade kat blog enta.. terasa bangga plak.. hahaha..

Moge pengalaman cuti dapat menjadikan kita lebih baik & matang di masa kemudian..
insyaAllah.. =)

Amin Baek said...

firdaus:

hahaha..masanya akan tiba jua..insyaallah..

pasni,makin salu a NCL masuk blog ni..keh3..

mudah mudahan..moga menjadikan diri kita makin dekat padaNya dan makin kuat berhadapan dgn dugaan dan cabaran..

zubair ghazali said...

bismillahirrahmanirrahim

oh, ade jugak wajah saye di dalam ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails