Mar 18, 2011

~Muhasabah~



"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan maka sungguh  dia akan menjalani kehidupan yang sempit dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta"[20:124]

Benar firman Allah.Jika berpaling dari peringatanNya,maka pasti kita akan mengalami kesusahan atau pun kesempitan.

Dalam kehidupan ini,terdiri dari dua benda sahaja.Kebaikan dan keburukan.

Kebaikan dianjurkan oleh Islam.Jika kita berbuat kebaikan,hati menjadi tenang,malahan merasakan kehidupan menjadi lapang.Orang sekitar kita berbahagia,kita pun bahagia.

Jika keburukan pula yang dipilih,di mana yang bercanggah dengan saranan Islam,makanya,hati menjadi gelisah.Sentiasa merasa tidak tenteram.Rasa seolah diperhatikan.Orang sekitar merasa tidak selesa.Maka,bertambah sempitlah kehidupan kita.


Mana satu yang kita suka?Tenang ataupun Gelisah?

Jadi mengapa harus bermaksiat?

Pertanyaan buat kita dan kepada diri ini terutamanya.Astagfirullah.


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

2 comments:

Bijen M. said...

Tolong ingatkan aku sentiasa ya.
Ha ha.

arekymz said...

lame dah xmasuk ke sini.
betul gak kan.
kebaikan & keburukan je sesuatu perkare tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails