Mar 5, 2011

~Pressure~


Kehidupan final year yang penuh dengan dugaan ,cabaran,kegilaan,dan kemerengan.Sekarang aku pun hampir jadi mereng kerananya.Tu lah.Dulu time kecik kecik,nak sangat jadi budak final year,sekarang rasakan.Haha

Tadi baru selesai test pertama aku selepas 10bulan.Human Resource Management.Boleh jawab,tapi betul salah yang tak tau tu.Rasanya feel nak jawab test tu,masih belum pulang lagi.Tak seexcited dulu lagi da.Dan minggu depan ada lagi dua test,Industrial Automation & Control System and Malaysian Studies(Isnin dan Selasa).Tu tak termasuk dengan assignment,dan juga lab report.Tidak lupa juga,FYDP.Huh.


Memang sebelum test HRM tu,rasa berat sangat kepala fikirkan semua dugaan dugaan ini.Masing masing ada hak yang perlu ditunaikan.Orang ramai kata,weekend kan ada.Pulun je.Tapi tulah.Aku ada komitmen yang lain.Banyak perkara perlu diselesaikan.Bila masuk semua dalam kepala secara serentak,makanya berserabut la atau bahasa mudahnya ,Pressure.


Formula yang biasa di tatap oleh pelajar sains dan engineering terutamannya.Dari formula tertera,boleh la disimpulkan bahawa pressure akan berkadar terus dengan Force yang dikenakan dan berkadar songsang dengan Area.

Dalam situasi aku ini,ingin aku menghubungkan formula ini dalam kehidupan kita.Pressure adalah tekanan yang terjadi dalam diri.Force pula mewakili daya daya atau dugaan luar yang sentiasa menghimpit kita.Sebagai contoh,wanita wanita di luar sana,ujian ujian,kemalangan,hiburan,keseronokan dunia.test,assignment dan projek.Dan akhir sekali,Area boleh didefinasikan sebagai Iman kita.

Area yang kecil

Bagaimana pressure boleh meningkat?Pertama ,bila Force bermagnitud besar.Bila pandangan mata tidak terjaga,bila hati dicemari,bila rasa seronok melihat kemaksiatan,bila datang ujian ujian dari Allah,test test,assingment assignment,maka ini yang menyebabkan force ini akan meningkat.

Force yang besar ini,akan menjadi lebih besar sekiranya,area nya lebih kecil.Iman ada disebutkan Rasulullah boleh meningkat dan juga menurun.Tatkala iman menurun,itulah masanya Area itu menjadi kecil.Iman mengecil bila Quran dilupakan.Subuh berjemaah dilewakan,apatah lagi Tahajud yang diabaikan.Kesannya,Pressure itu menjadi sangat besar.Dan kadang kadang,boleh menyebabkan sesorang itu hingga menjadi futur ataupun lemah

Area lebih besar

Ini berbeza pula sekiranya kita mempunyai area yang besar,Tidak kira sebesar mana pun Force dikenakan,area yang besar dapat menampung daya itu untuk mengekalkan pressure di tahap yang stabil.Bagaimana untuk mendapatkan area yang besar itu?

Bertaqarub kepada Allah.Antara caranya:


Jaga Tahajud
Jaga Subuh berjemaah
Amal Al Mathurat
Dhuha
Ibadah Sunnah
Al Quran
Zikrulllah
Tadabbur Alam


Yakinlah.

"orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah,dengan hanya mengingati Allah,hati menjadi tenteram"[13:28]

"Maka ingatlah kepadaKu,Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah padaKu janganlah kamu ingkar kepada Ku"[2:152]


Astagfirullah..Konklusinya,tidak apa halangan mendatang,tidak kira apa cabaran melintangi,jangan jadikan itu alasan untuk kita tidak berbuat amal.Sentiasa mengingati Allah tidak kira senang atau susah.Insyaallah.Allah sentiasa bersama kita.

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"

6 comments:

MF said...

Jzkk akh ats pkongsian..

P=F/A.. Nice one!

ps: smoga bjaya test2 tkehadapan. ana pn ada 2 test mggu dpn. isnin dn slasa gak. tp, lps tu, 2 test tu, ana dh abes.. xde test lg utk buat first half ni. hehe

mohamad said...

SubhanAllah..

Tulisan yang sangat baik akhi.

Aplikasi teori akademik kepada kehidupan harian.

Brilliant!

Amin Baek said...

hariz:

insyaallah..moga kita sama sama berjaya..amin~

Amin Baek said...

hazeri:

mudahan dapat mengaitkan teori dalam kehidupan kepada ALLAH..

juga untuk bermuhasabah diri

jzkk singgh ke blog ni..hehe

Teratai Biru said...

Nice! i like okeh.

moga istiqomah.

Amin Baek said...

teratai biru:

thanx for reading..

amin~

mudah mudahan,.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails