Oct 27, 2011

~Rehlah Perdana~

Syukur setinggi tinggi syukur aku rafakkan kepada Allah.Alhamdulillah,akhirnya tercapai juga impian aku untuk berehlah bersama dengan halaqah aku.Meskipun dek hambatan tugasan masing masing,syukur kerana semua masih lagi sudi menginfakkan masa untuk bersama sama berprogram.

Antara asbab utama program ini untuk mengeratkan hubungan sesama kami.Status selaku pelajar tahun akhir juga memotivasikan aku untuk berjalan bersama(pasni takde peluang nak macam ni lagi).

Untuk memenuhi tiga perkara untuk mengeratkan hubungan,yakni:
1)Mabit bersama
2)Makan bersama
3)Bermusafir bersama

Justeru aktiviti pertama bermula dengan usrah dan diteruskan dengan mabit bersama.Indahnya rasa pabila melihat rakan rakan semua bangkit untuk qiam bersama.Perasaan yang hanya diketahui oleh Allah.Terlampau bahagia.



 Menyusul kemudian,aktiviti memanjat bukit kledang dan bersarapan di atas bukit menghadap sinaran matahari pagi.Subhanallah.Alam membentangkan dirinya buat kita mentadabbur,mendekatkan diri pada Allah.Dan di sini,...aku sangat penat~.Haha.


Setiba di KoTaRaJa,kami dihidangkan satu kuliah dhuha oleh Ustaz Munawir yang merupakan antara pengisi di Perak.fm.Best penyampaiannya.Kalau diberi kesempatan lagi,insyaallah nak try follow kuliah kuliah Ustaz ni.Mantap.Kuliah berakhir lebih kurang jam 11 lebih pagi dan disusuli dengan aktiviti yang aku sangat berat hati nak tolak.Makan free~Haha



Aktiviti yang ditunggu tunggu yakni BBQ dan bermandi manda.Punya lambat api nak hidup.Risau je kot kot tak sempat nak setel sume.Haha.Tapi akhirnya hidup juga api dengan izin Allah.Program berakhir dalam jam 3.30 petang.Sampai ke UTP,longlai terus.Haha



Apa apa pun,jazakumullahukhairankathira diucapkan buat semua rakan rakan.Hilang terus rasa cuak FYP takde progress lagi ni.Huhu.Moga terus beristiqamah,umpama air sungai yang terus mengalir dan bermanfaat buat manusia yang lain.

2 comments:

AhMiEzZ said...

salam..wah..tu ikhwah2 sehalaqah dgn atum ke? alhamdulillah.. pastu krim salam kat tengku.. lama gile xdgr khabar.. idup lagi...hhehe..kalo dia balik kelantan, suh dia ctc ana.. ana guna no lama.. =)

Amin Baek said...

ahmiez:

ni hlqh ke bwh ana..alhmdulillah diberi kesempatan bwk btch sndri..

hahah..orait2..insyaallah..nant ana sampaikan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails