Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Oct 29, 2011

~Debat Umum~

Hujan mencurah curah jatuh ke bumi.Angin menderu menyapa bilik dingin ini.Selimut ditarik menutupi badan.Tiba tiba kedengaran laungan azan dari telefon pintarnya.


Hati: Zamri,sudah masuk waktu solat.Jom bangkit.Kita solat berjemaah di surau.

Nafsu: Tunggulah dulu.Lagipun kan tengah hujan,Takpe pun kalau solat sendiri kat bilik.Lagi mudah.Kau pun boleh sambung tidur.Sejuk betul sekarang ni.Bukan selalu hujan camni.

Iman: Bangkitlah wahai anak Adam.Ini bukanlah cara untuk kau bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan.Bangkit ,solatlah berjemaah di surau

"Alhamdulillah.Dapat pun qailullah".(Bangkit ke tandas mengambil wuduk)

Nafsu: $%**+%$#@

Mereka sentiasa berdebat.Kita mahu ikut yang mana?Iman @Nafsu?

Tepuk dada,Tanya Iman

Oct 12, 2011

~Mana lebih baik?~

Pabila kita diberi pilihan oleh penaja masing masing.

Contoh terdekat untuk kami di sini ialah PETRONAS.Tiba tiba sahaja PETRONAS membuat suatu pengumuman kepada semua pemegang biasiswanya

"Disebabkan perniagaan PETRONAS semakin baik hari ke hari,kami berminat untuk menaikkan elaun anda.Anda boleh memilih sama ada kekal dengan RM 500 ataupun skim baru berjumlah RM 700 sebulan"

Jadi,apa pilihan anda?
Keliru?

Ceh.Sedangkan tiada sebarang pemberitahuan pun ,kita semua mengharapkan elaun dinaikkan,ni apatah lagi jika kita ditawarkan.Ala ala "orang mengantuk disorong bantal".Hehe.Itulah jawapan aku akan berikan.RM700!!Dan aku pasti jawapan yang sama diperoleh dari rakan rakan yang lain.

Mengapa RM700?Mudah jawapannya.RM700 lebih tinggi nilainya


27: 1

Itu adalah sifir yang mudah.Kita akan suka sesuatu yang memberi lebih manfaat pada kita.RM700 itu lebih banyak jumlahnya dan lebih manfaat yang boleh diperoleh darinya.

Tetapi mengapa respon yang berbeza bila kita berbicara perihal Solat Berjemaah?Bukankah Nabi telah bersabda mengenai kelebihannya

"Solat Jemaah adalah lebih utama dari solat fadz(yakni bersendirian) dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat"[Muttafaq'alaih]

27 kali ganda pahala/darjat yang diberikan sekiranya kita bersolat jemaah.Semua sudah maklum berkenaan hadith ini bahkan mungkin sahaja ramai yang sudah menghafal hadith ini.Tetapi sejauh mana praktikalnya di dalam masyarakat kita.Majoriti yang memenuhi surau/masjid adalah kelompok kelompok warga emas.Ke mana anak muda kita?

Jika dibuat grafik dengan statistik kehadiran jemaah ke surau atas masjid,pasti ia boleh menghasilkan trend "seasonal"(term dari Operation Management) dalam sehari itu.Maghrib mencatatkan yang paling tinggi,dan Subuh akan menjadi kawasan paling bawah sekali.



Perlukah ganjaran?

Ganjaran ditawarkan sebagai sumber penambah untuk kita lebih berusaha.Ganjaran menjadi motivasi tambahan.Tetapi jika ganjaran sahaja yang menjadi matlamat,maka di penghujung jalan,kita akan berasa lelah.

Seperti mana kita bekerja,jika mengharapkan gaji,harapkan gaji,harapkan gaji semata mata,pasti kita akhirnya hilang semangat seperti mana di awalnya dahulu.Jadi,haruskah kita mengharapkan ganjaran semata mata pabila beribadah?

Sebab itulah apa yang penting sebenarnya dalam berbuat ibadah adalah rasa kemanisan itu.Rasa seronok bila solat berjemaah.Rasa seronok bila membaca al Quran.Bila timbul perasaan begitu,itulah yang dinamakan motivasi iman.Motivasi yang didorong iman untuk terus melakukan kebaikan dan insyaallah mendorong juga untuk kekal beristiqamah.Motivasi yang akan menciptakan perasaan gelisah bila tidak berbuat kebaikan.


Konklusi

Di saat saat kita muda inilah,gunakan sepenuh kudrat yang kita ada untuk memenuhi saf saf di masjid.Ayuh penuhkan masjid masjid indah di Malaysia ini.Biarlah berbaloi masjid masjid itu dibina.Bukan sekadar menjadi tempat pertemuan mingguan di hari Jumaat atau sekadar menjadi tempat lawatan pelancong.

“Apabila kamu lihat seorang lelaki yang sentiasa berulang-alik ke masjid, maka hendaklah kamu bersaksi dengan keimanannya”. (Hadith riwayat Tirmidzi)





Sep 29, 2011

~Bersama-samalah kita~

Aku buka entry ini dengan sebuah ayat yang begitu mendalam maksudnya.

"Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan  perhiasan kehidupan dunia;dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami,serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas"[18:28]

Sepotong ayat muhkamat yang jelas isi kandungan dan mesejnya.Ayat yang sempat dikongsikan dengan halaqah baru baru ini.Antara mesej yang disampaikan

*Bersabarlah kita dengan orang yang mengajak kepada kebaikan(kepada Allah)
*Janganlah menjauhi mereka kerana mengharapkan dunia(keseronokan dunia dan sebagainya)
*Janganlah kita mengikuti/menuruti orang yang telah dilalaikan /mengajak kita kepada kelalaian seperti mereka.

Bila diajak kepada kebaikan,ayuh,ringan ringankanlah.Bila diajak kepada keburukan.kemaksiatan,ayuh tangguh tangguhkan dan tinggalkanlah.

Moga diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab berat yang diberikan,dan kekuatan untuk memperbaiki diri.

Sep 1, 2011

~Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Jadi 2011~

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

Setinggi tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah,dengan limpahan kurnia rahmat dan keizinannya,aku masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas,menghirup udara percuma yang Allah berikan ini,di dalam bulan Syawal ,bulan kemenangan ini.

Setelah sebulan kita sama sama bermujahadah,menentang hawa nafsu yang meliar,hawa nafsu yang bijak menggoda,dan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri,dan kini tibalah hari kemenangan dan sering dikatakan sebagai hari untuk bergembira.


Benarkah hari raya Aidilfitri untuk bergembira?

Mengikut sebuah hadith Rasulullah,memang tidak salah untuk kita bergembira di hari perayaan ini.Bahkan dizinkan kita untuk berhibur(mengikut syariat Islam) di hari perayaan.Hiburan kita yakni umat Islam,adalah dengan mengeratkan silaturahim,mengukuhkan ukhwah,saling berziarah dan macam macam lagi.

Tetapi ,mengapa kita bergembira?Cuba tanya diri kita balik.

Jika kita gembira,tapi tiada asbab nya,kita adalah gila.

Dalam masa sama,kita bergembira menyambut kemerdekaan.Bila ditanya mengapa gembira.Maka jawapannya,kerana kita telah bebas,terlepas dari cengkaman penjajah British,Jepun ,Belanda dan lain lain.Ya!Itulah alasan yang konkrit untuk kita bergembira.

Begitu juga dengan Syawal.Kita sepatutnya gembira selepas kita merdeka dari dua perkara.Perkara pertama ialah merdeka dari syaitan.Maksud merdeka dari syaitan ini bukan bermaksud tidak digoda syaitan lagi,tetapi merdeka dari pengaruh dan godaan syaitan.Selama sebulan Allah merantaikan syaitan syaitan berdasarkan dari sebuah hadith(ada khilaf mengenai syaitan drantai)

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Tempoh madrasah Ramadhan ini sepatutnya sudah mampu untuk membebaskan diri gangguan dan godaan syaitan.Jadi,mari kita lihat diri kita kembali.Sudahkah kita merdeka?

Perkara keduanya pula ialah nafsu.Ya ,nafsu dalam diri.Sejauh mana kita telah berjaya merantai,mengawal nafsu kita dari menguasai kita.Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk nafsu menguasai kita kerana dalam firman Allah dalam surah Al Jatsiyah,ayat ke 23

" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "

Harus kita ketahui bahawa nafsu ini bukanlah hanya pada nafsu syahwat semata.Pelbagai nafsu lain seperti nafsu makan,nafsu berbelanja,nafsu itu,dan nafsu ini.Jadi,sekali lagi,mari kita lihat diri kita.Sudahkan kita merdeka.?Cara mudah nak check,lihatlah bagaimana sambutan raya kita.Adakah kita menuruti nafsu dalam membeli persiapan raya,berbelanja,makan?

Jika kita merdeka dari kedua dua perkara ini,maka layaklah kita untuk bergembira.Kita sudah alasan konkrit untuk bergembira.Bila merdeka dari 2 perkara ini,insyaallah taqwa itu akan datang dengan sendiri.

Aku ada menerima sebuah mesej aidilfitri yang betul betul membuatkan aku takut dan tersentap .Mesejnya berbunyi lebih kurang begini.

"Jika kamu beristiqamah dengan perbuatan baik,tanda ibadah kamu diterima Allah,dan jika kamu kembali melakukan kemaksiatan yang kamu tinggalkan semasa Ramadhan,penghinaan dan penolakan ibadah kamu oleh Allah"

Astagfirullah.Allah,berikan aku kekuatan untuk beristiqamah walaupun aku sedar,istiqamah itu sesuatu yang berat.Moga kita semua dapat beristiqamah.Subuh berjemaah,qiamullail,tilawah al Quran.Sekarang baru raya ketiga,dan aku tengok jemaah di surau ketika subuh pun,sudah kembali ke muka muka lama,yakni pakcik pakcik.Ayuh anak anak muda.!!Jika Ramadhan kita boleh,pasti Syawal dan bulan yang lain juga kita boleh.


Hari ini sudah masuk bulan baru,1 September dan menandakan umur aku juga berganjak bertambah lagi 1 nombor menjadi 22.Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang masuk ke FB dan juga handphone.Sangat sangat aku hargai.Dan moga doa dari kalian makbul(terutama tang nikah.hahaha).

Akan tetapi,dalam kegembiraan kita,kenalah selitkan sedikit rasa gusar.Kerana apa?Umur itu hanyalah angka semata.Tetapi apa yang pasti,usia kita semakin pendek.Rasa gusar pula bila mengenangkan cabaran di masa depan dan ajal yang semakin hampir.Dengan amal yang tidak seberapa,pasti aku belum bersedia.Apa pun syukur pada Allah kerana memanjangkan umur sehingga ke angka 22.Angka di mana Al Fateh berada di kemuncak pentadbirannya.

Ya Muqalibbal Qulub,Tsabit qulubbana ala thoa'tik

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari Amin dan bakal isteri(hahahhaa) serta keluarga

Mar 30, 2011

~Sedikit peringatan~


Di saat duduk melayan perasaan,tiba tiba teringat diri aku di masa kanak kanak.Biasalah lumrah.Nama pun kanak kanak.Nakal,ligat,degil dan macam macam lagi boleh digambarkan untuk aku semasa kecilnya.Hatta perkara perkara yang tidak sepatutnya pun juga dibuat.Masa kecil,apa je la yang kita fikirkan selain enjoy dan bergembira bersama kawan kawan.Main banjir,curi ikan dalam akuarium orang,panjat sana sini,dan macam macam lagi.Memang terlampau banyak.

Dan akibat keaktifan dan keligatan aku semasa kecil,ayah dan mak aku bertindak lebih proaktif.Ayahnya dengan rotan sepanjang lebih kurang setengah depan.Sentiasa terletak di tempat tinggi.Pernah juga aku cuba mengambil dan menyembunyikannya(supaya tidak di"belai" dengan rotan itu lagi),tetapi usaha aku gagal.Mak aku pula lebih simple.Hanger jeeerrr..


Rutin yang berlaku,bila aku buat macam macam,benda pelik pelik,biasanya akan timbullah "love bite" di kaki,di belakang badan juga di tangan.Sebagai seorang yang macho,aku cuma menangis sikit jek.Hehe.Tetapi efeknya sangat mendalam.Sebagai contoh,lepas main banjir dulu,aku di"belai" hebat oleh mak aku.Dan kesan selepas itu,memang tak main banjir da.Insaf!!Taubat Nasuha terus.Yela sangat~.

Tapi hakikatnya,manusia ini memang mudah lupa.Bila tidak diberikan sesuatu ataupun peringatan,maka kita akan kembali melakukan benda yang sama.Lepas seminggu 2minggu,naik hantu semula.Buat itu buat ini.Dan akibatnya,sekali lagi belaian hebat dari ayah dan mak.Ini adalah antara sebab time tu,aku tak suka dengan zaman kanak kanak.(Sekarang sangat suka)

Rupanya rupanya,bila da besar ni,baru sedar,itulah peranan mak ayah.Kalau dulu mereka tak ajar aku sebegitu,mungkin aku bukan seperti yang sekarang.Barulah tahu,apa tujuan dan rasionalnya tujuan itu.Begitulah fitrah manusia yang sentiasa perlu di beri peringatan demi peringatan.

Firman Allah dalam Az Zariyat(QS 51:55)

"Wazakkir faiinna zikraa tanfau'u mukmin"
"Dan berilah peringatan,kerana sesungguh peringatan itu bermanfaat buat orang mukmin"[51:55]

Begitulah pentingnya peringatan ini sehingga Allah berfirman supaya umat manusia tetap memberi peringatan agar orang mukmin sentiasa sedar dan diperingatkan dengan perkara sepatutnya.Bila kata tentang bermanfaat,pastilah sesuatu yang baik ataupun berguna buat kita.Jadi,sudah jelas yang kita mendambakan peringatan ini.

Mungkin sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai umat Islam di Palestin.Di dada dada akhbar pula lebih banyak menceritakan tentang krisis Mesir,Bahrain,Yemen,Libya dan yang terbaru,Syria.Dan tidak lupa juga isu natural disaster yang mendatangkan kerugian yang besar buat negara yang terbabit.Di Jepun,di Myanmar.Sementara akhbar harian dan online Malaysia pula sibuk bercerita mengenai Video Seks,PilihanRaya Negeri 2011,dan juga Pilihan Raya Umum -13.Bukan menidakkan kepentingan berita berita di atas,tetapi sekadar ingin menghighlightkan kembali isu Palestin yang kian lesu dibawa masa.

Mungkin di Mesir gah dengan berita revolusi rakyatnya.Menyaksikan beribu rakyatnya terbunuh.Kalau di Libya,juga begitu,revolusi rakyat kemudian pembunuhan rakyat oleh tentera yang mana membuka pintu masuk kepada US untuk campur tangan.


Tapi di Palestine?Belum berevolusi(tahun tahun terdekat.tidak termasuk intifadah),sudah berapa ramai yang terbunuh?Begitulah nasib orang orang di Palestine.Jika di Libya,US begitu "prihatin" dengan nasib rakyat Libya,lantas sekali dengan Tentera  Bersekutu menyerang Ghadaffi "sahaja",dan dengan gahnya mengishtiharkan diri mereka sebagai Polis Dunia,tanpa ragu ragu lagi.Tapi bila pembunuhan demi pembunuhan di Palestin,mengapa tiada langsung kedengaran suara suara "Polis Dunia " ini?Jangan kata suara,bunyi bisikan pun langsung tidak kedengaran.


Itulah hakikat yang berlaku,negara yang dari dahulu hingga sekarang,masih terus menerus ditindas.Walaupun begitu,aku masih bersyukur masih ada orang yang ingin berfikir,mengingati saudara saudara kita di sana.Aqsa Syarif yang aktif berprogram sana sini untuk menanam pemikiran dan menyedarkan masyarakat,Aman Palestin dengan program pengisian dan ceramah juga untuk menyedarkan masyarakat kita kini.Dan pelbagai lagi NGO NGO dan pihak pihak yang tidak dapat nak disebutkan kesemuanya.



Ingatlah hadis nabi s.a.w


"La yukminu ahadukum hatta yuhibba liakhi ma yuhibbu linafsihi"
"Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"[Rawahu Bukhari wa Muslim]

Bagaimana seharusnya kita melampiaskan cinta kita kepada mereka?Pelbagai cara.Mungkin sering sahaja kita mendengar point point ini.Dan sebab itulah aku ulangi point ini sebagai satu peringatan buat kita bersama.

Ingatlah mereka di dalam doa kita.Kenanglah mereka,hayatilah perjuangan mereka.Dan kepada mereka yang di UTP.Jika tidak silap,10-11April ini,TTS(Tronoh Theathre Shop) dengan kerjasama Aqsa Syarif akan menganjurkan satu persembahan bertajuk Jilid1:JERIT yang akan bertemakan Palestin.Harga tiket cuma RM5 dan akan disumbangkan untuk dana Palestin.Ayuh!(Aku bukan promosi atas nama Aqsa Syarif ataupun TTS..)

Dan sedikit lagi yang aku ingin highlight kan iaitu Boikot!!.Teringat lagi di waktu semangat sedang membara,heboh sana sini boikot,dalam suratkhabar mengajak boikot,di blog blog,jom boikot!!.Tapi lumrah manusia,peringatan mesti selalu diberikan.Semangat mula mengendur.Mula kelihatan suara suara yang lantang satu ketika dahulu,mula menjadi perlahan,yang dulu ragu ragu untuk ke McD,semakin yakin bila diajak ke McD,sampai ada yang bersarapan,berlunch,berdinner di McD.


"Satu dollar di belanjakan untuk produk Zionis bersamaan dengan sebutir peluru menembusi dada orang Palestin"

Inilah kata kata tokoh Islam,Yusuf Qhardawi.Mengapa kita tidak memegang ni sebagai pegangan kita?


Ayuh sahabat.Kenangkan kembali.Cuba bayangkan penderitaan anak anak kecil di sana.Cuba bayangkan peluru yang menembusi kepala anak anak Palestin itu,rupa rupanya,hasil sumbangan kita.Itulah duit kita,hasil titik peluh kita,harta kita,yang mana akhirnya menyebabkan satu persatu tubuh tersembam ke bumi.

Moga moga entry ini memberi manfaat dan dapat memberi sedikit peringatan kepada kita.Mungkin benda ini dipandang enteng.Tapi sebenarnya besar maknanya.

Apapun,niatkan kerana Allah.Mungkin usaha ini dianggap kecil oleh sesetengah pihak."Hek elah.Boikot.Bukan efek pun.Merugikan orang kita jek""Bajet bagus je nak boikot2 ni".Biarkan mulut mulut bersuara.Kita ada Allah yang menilai usaha bukannya akibatnya.

[McD di UTP??Mengapa perlu McD?Jom RFC]

Allahuallam..

Demimu Palestina
Agar terus subur perjuanganmu di sana.
Dengan mengalirnya darah darah mujahid di bumi Al Quds
Dan terus mengencarkan lagi semangat semangat mujahideen yang lain.
Amin~


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails