Nov 26, 2009

~Coretan hati~

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah dengan segala kurniaNya,dipermudahkan urusanku untuk mengupdate blog untuk kesekian kali.Selepas tamat sudah peperiksaan akhir semester untuk Sem 2nd Year 2nd Sem aku di UTP.KepadaNya ku bertawakal.

Semasa perjalanan pulang ke rumah,fikiran aku betul betul terganggu dengan pelbagai masalah.Dan sebab itulah aku begitu teringin untuk mengupdate blog pada kali ini.Satu satu permasalahan yang wujud masuk ke fikiranku.Dan isu yang ingin kukupas pada hari ini adalah satu daripadanya.

Seringkali aku terbaca di dada akbar,di dalam majalah,di dalam berita online,dan juga dari rakan baikku sendiri,keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada akhir zaman ini betul betul berada di tahap yang sangat sangat kritikal.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan lagi hal yang pelik dan ganjil,malah ia sudah pun dianggap biasa di kalangan masyarakat kita.Aku sebagai antara pengikut setia majalah Mastika(even ramai yang mempertikaikan kerelevenan majalah ini),seringkali membaca tentang isu keruntuhan akhlak remaja-remajakita.Nauzubillah..Tidak habis isu pergaulan bebas lelaki dan perempuan,ditambah lagi dengan isu Gay,dan juga Lesbian.Adakah kita berada bersama kaum Sadom suatu ketika dahulu yang telah dihukum dengan azab dunia dari Allah dan akhirnya meninggalkan Laut Mati untuk kita ambik sebagai ibrah atau pengajaran.???

Mungkin saja kita selalu mendengar ayat ini,mungkin melalui ceramah ceramah,atau pengisian pengisian di masjid.Ayat yang mengatakan bahawa kita adalah umat terbaik di kalangan umat yang lain.

Kamu(umat Islam ) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia(karena kamu)menyuruh pada yang makruf dan mencegah yang mungkar..”[3:110]

Tapi bila aku fikirkan keadaan umat Islam sekarang,kadang kadang boleh dikatakan jauh panggang dari api yang kita ini adalah umat terbaik di kalangan umat yang lain.Tapi aku yakin dengan janji Allah.Selagi kita menyuruh pada yang makruf dan mencegah yang mungkar,pasti kita akan tergolong dalam umat yang terbaik itu.

Perkara perkara ini berlaku kerana hilangnya perasaan malu di kalangan manusia zaman kita ini,umat akhir zaman.Semua perkara terkutuk kadang kadang dengan ber’gaya’nya dilakukan di khalayak ramai.Nauzubillah..Kehilangan perasaan malu ini ada sebabnya.Biar aku memberi analoginya.Jika kita disuruh berbogel untuk pergi ke Lecture Hall,sudah tentu kita menolak mentah mentah,dengan malu menjadi alasan.Tetapi cuba bayangkan pula jika semua daripada kawan kawan kita melakukan perkara sama untuk ke Lecture Hall,sudah tentu perasaan malu itu hilang serta merta.Begitulah keadaan remaja kita sekarang.Bila ramai yang sudah berdua-duaan di shopping complex,bila ramai gadis gadis membonceng motor lelaki,dan yang menyedihkan bila sudah ramai pasangan yang hidup seperti suami isteri walaupun belum bernikah..Nauzubillah..

Dan janganlah kamu mendekati zina,zina itu sungguh suatu perbuatan yang keji,dan suatu jalan yang buruk”[17:32]

Dalam firman Allah di atas,Allah mengatakan ‘la taqrabu’ iaitu jangan lah kamu dekati bukannya ‘la ta'malu’ iaitu janganlah kamu berbuat..Allah melarang kita mendekati.Jadi segala perbuatan yang mendekatkan diri kita kepada zina adalah dilarang sama sekali.Tetapi banyak antara kita yang memandang enteng hal ini.

Syaitan takkan pernah berhenti mengusik dan mengganggu anak Adam.Itulah yang dijanjikan oleh syaitan ketika direjam ke bumi.Syaitan sanggup untuk meminta daripada Allah untuk hidup sehingga hari kiamat untuk mengganggu anak anak Adam.


Iblis menjawab”Kerana engkau telah menyesatkan aku,pastu aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan yang lurus.Kemudian pasti akan aku mendatangi mereka dari depan dari belakang,dari kanan,dan dari kiri.Dan Engkau tidak mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur”[7:16-17]

Oleh itu berwaspada la dengan syaitan dan hasutannya.Dan jangan dilupakan nafsu kita yang selalu bergejolak untuk melakukan sesuatu yang akan memuaskannya.Dan masalah masalah yang berlaku pada masa kini kebanyakan berpunca kerana lebih ramai manusia yang bertuhankan nafsu dari bertuhankan Tuhan yang Esa iaitu Allah.Nauzubillah..

Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkan nya sesat..”[45:23]

Kita manusia semuanya mempunyai nafsu,dan kita lah yang sepatutnya yang mengawal nafsu itu,bukan hanya menurut kehendak nafsu itu.Sudah berapa lama kita membiarkan nafsu menguasai diri kita,sudah berapa lama kita menurutinya ..Ya Allah ampuni dosa kami.Kami banyak berdosa kepadaMu.


Ayuh remaja remaja sekalian,kita lah tiang bagi Islam,tiang bagi Negara kita.Janganlah kita terus hanyut mengikut nafsu dan terpedaya dengan anasir anasir Barat yang dibawa ke sini.Buka la mata,Buka la minda.Kita umat Islam.Pewaris rantai rantai pejuangan Nabi Muhammad s.a.w.Apa yang telah kita lakukan untuk agama,apa yang kita korbankan untuk agama.Astagfirullah..Diri ini lemah ya Allah,diri ini banyak melupakanMu ..Semoga Allah terus memelihara dan membantu orang yang berjuang di atas jalanNya..amin~

Dan tetaplah member peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”[51:55]

2 comments:

ibnu ghazali said...

akh..nak betulkan sket..
bukan la takmalu..
tapi la ta'malu..

insyaAllah pasti ada orang
yang akan menyahut seruan antum..

Amin Baek said...

hahah..
susah gak merumikan ayat quran..
skali baca cm sama bunyi nye..
syukran zubair

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails