Bismillahirahmanirahim
Segala puji untuk Allah yang sentiasa menaungi makhluk makhlukNya dengan penuh kasih sayang dengan tidak putus putus mengurniakan nikmat yang tidak mungkin sama sekali diperoleh tanpa keizinanNya..Alhamdulillah
Jadi,masuk hari ni,hari Ahad,31hb Januari 2010(besday bekas mentee aku,Adibah),sudah genap seminggu aku di UTP.Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar dan keadaan terkawal.
Aku jenis orang yang suka membaca suratkhbar,Maksudnya suratkhabar betul betul la..Jarang baca secara online di rumah.Dalam negara,Luar negara,Palestin,Sukan,dan yang menarik perhatian aku berkenaan masalah masalah sosial yang berlaku di Malaysia ini..
So entry kali ini ingin menceritakan sedikit sebanyak berita yang dibaca.Di Harian Metro,di muka depan,terpampang cerita mengenai bagaimana 3 orang wanita mendedahkan bagaimana mereka tertipu dengan pujukan kawan lelaki yang dikenali dari Laman Sosial, Friendster,MySpace dan Facebook dan akhirnya menyerahkan tubuh mereka kepada lelaki berkenaan.Kadang kadang pelik juga,bagaimana kejadian ini berlaku dengan begitu mudah.Dan paling mengejutkan dan sangat menyedihkan,salah seorang mangsa adalah seorang pelajar dalam jurusan pengajian Syariah.Nauzubillahiminzalik..Dan kata wanita itu,lelaki yang dikenali itu datangnya dari keluarga yang warak..Ingatlah kawan kawan iman itu bukanlah untuk
diwarisi.Semua mesti pernah dengar lagu Raihan "Iman Mutiara" kan..Jadi renung renung kan
Pautan untuk berita dari Harian Metro--Terkulai Cinta Internet
Gambar ini diambil di dalam suratkhabr Metro juga.Apa sudah jadi dengan generasi muda kita??Hanya setakat ini sahaja kah moral pemuda pemudi kita??Menyedihkan.Sayu bila membayangkan apa akan jadi pada negara ini jika gejala seperti ini terus berleluasa."Kekuatan sebuah negara dapat dilihat pada pemuda nya"..Habislah macam ni.
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahunaNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya?Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)?Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?[QS 45:23]
"Dan sungguh akan Kami isi neraka Jahanam banayk dari kalangan jin dan manusia .Mereka memiliki hati ,tetapi tidak dipergunakn memahami (ayat ayat Allah) dan memilik mata tetapi tidak mempergunakannya untuk melihat (tanda tanda kekuasaan Allah)dan mereka mempunyai pendengaran tetapi tidak dipergunakan mendengar(ayat ayat Allah).Mereka seperti hewan ternak,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lengah"[QS 7:179]
Allah....Sudah jelas lagi terbukti dengan ayat Al Quran ini.,kitab panduan hidup kita.Apakah kita yang sebaik baik makhluk dicipta kn ini,meletakkan diri ke tahap sama seperti hewan ternak,bahkan lebih sesat dari itu.Nauzubillah ..minta dijauhkan dari kita semua.Jadi ambillah inisiatif..Sama sama kita memperbaiki diri.
Maka kata kata Nabi Muhammad sudah lama terbukti benar.Di akhir zaman kelak,macam macam perkara yang tidak berlaku dahulu berlaku.Perempuan menjadi seperti lelaki dan sebaliknya.Orang berlumba membina bangunan tinggi.Yang terbaru Burj Khalifa yang ketinggiannya hampir 2kali ganda Menara Bekembar Petronas.Dan terdengar juga ura ura bahawa ada hartawan yang ingin membina bangunan lebih tinggi dari Burj Khalifa pada masa hadapan.wallahuallam..Zina berlaku merata merata tempat.Wanita berpakaian tetapi telanjang.Maksiat dilakukan tanpa perasaan malu,tetapi orang yang membuat kebaikan spt baca quran dkhalayak ramai pula yang malu.Ini adalah antara tanda tanda kecil hari kiamat.Kebetulan aku sedang membaca kembali buku bertajuk Tanda Tanda Hari Kiamat.
Sebenarnya tanda tanda kecil ini telah wujud di waktu zaman Rasulullah lagi..iaitu dengan kelahiran Rasulullah..Cuba bayangkan berapa dekat kita sekarang dengan hari kiamat.Walau begitu,diharapkan kawan kawan tidak mudah percaya dengan emel2 berantai yang mengatakan 2012 ini adalah hari kiamat walaupun turut diselitkan dengan fakta fakta saintifik.Ini kerana Rasulullah sendiri pernah berkata bahawa baginda sendiri tidak tahu bila berlakunya hari kiamat,apatah lagi kita.Jangan lah difikirkan bila hari kiamat itu,tetapi fikirkanlah bagaimana dengan persiapan kita menghadapi hari itu..
wallahuallam
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]
5 comments:
salam~
teringat burj khalifa..huhu
hurm..takut je ble bc benda2 mcm nie kn.rs mcm ia jauh dr kte tp act byk da blaku kt skliling kte....
pe2 pn,diri kte sendiri kne slalu berigt2,jgn skali2 rs diri ini suda bgus sbb jika terlalai ia jg mgkin bole jd kt kita n pd sapa2 je.nauzubillah.xmola2.huhu..
izzati:salam..yup2..aku edit skit n masukkn burj khalifa..td da tlintas,tp tak tertulis lak..thanx
rozanna:hurm..memg takot tapi itulah kenyataanya..kenyataan yg harus dterima dan dhadapi ..rasulullah pernah bersabda,lebih kurg bgini..."di akhir zaman aku dapt melihat atap2 rumah hancur kerana ditimpa fitnah yang banyak..".Jadi beringat ingatlah..fitnah bukn saja boleh datang dari sumting yg kelihatan buruk,tp juga bisa datang dari sumting yang kita ingtkan baek..
cubalah hafalkan 10 ayat pertama surah al kahfi insyaallah sbgai plindung menghadapi fitnah2 yang dahsyat..
salam.. smoga kita dikuatkan iman, agar teguh memperthnkan maruah diri n agama.. =).... what about now....??
applurvp:salam..insyallah..amin..
Post a Comment