Bismilahirahmanirahim
Alhamdulillah..aku masih menghembuskan CO2 dan menhirup O2 kurniaan Allah ini..Pagi tadi dapat la bangun Subuh dan seterusnya beriadah bersama sama ikhwah UTM..Syukur..
Emosi??Emosi itu adalah normal.Apa yang aku faham,emosi adalah ekspresi perasaan.Tetapi,amnya ramai yang menggunakan perkataan emosi untuk merujuk kepada perasaan marah mungkin..Sebagai contoh: "Kau ni emo a"..."Peh emo siot budak ni"..Kenapa jadi begini,jangan ditanya kepada aku..Aku bukan orang Dewan Bahasa Pustaka.Sila rujuk pada orang yang lebih arif..
Benar,emosi atau perasaan marah ini,amat amatlah tidak digemari.Kalau ibu kita marah,kita pun tidak suka..Perasaan ini lebih dibenci lagi apabila diluahkan kepada kita tanpa kita melakukan sebarang kesalahan.
Dari Abu Hurairah ada seorang laki laki berkata kepada Nabi s.a.w,"Berilah aku" wasiat".Rasulullah s.a.w bersabda "Janagan marah"Beliau mengulang ulang beberapa kali ucapan "Jangan marah!""(HR Bukhari)
Perasaan marah ini adalah permainan syaitan.Benar!!Kadang kadang dengan perasaan ini lahperhubungan silaturahim boleh terputus,sahabat baik boleh bergaduh.,seorang anak boleh menderhaka kepada ibubapanya..semoga djauhkan..Untuk marah pada tempat,masa,asbab yang sesuai adalah sangat sukar.Sebab itu kadang kadang kita lihat,orang marah tak tentu pasal.
Cara untuk mengatasi perasaan ini,disebabkan perkara ini datangnya dari syaitan yang dibuat dari api,maka kita lawan dia dengan air wuduk,untuk memadamkan api kemarahan.Sangat sangat benar!Aku pernah mengalami kejadian ini,semasa di sekolah,hampir bergaduh dengan seorang rakan.Cuma dia bernasib baik tangan aku tidak sempat terlepas ke mukanya.Lalu apabila disyorkan kawan,aku berwuduk,dan subhanAllah.Perasaan jadi tenang setenang tenangnya..Naik saja ke kelas,terus aku berjumpa dengan kawan tersebut,dan meminta maaf.Subhanallah..
Bagi aku emosi ini ada baik ada buruknya.Buruk seperti yang da disebut di atas la.Baiknya,penyampaian message yang hendak kita sampaikan lebih cepat sampai berbanding kata kata berfakta.Tapi kaedah ini sungguh berisiko kerana mudah disalahtafsir oleh seseorang yang belum kenal diri kita dengan sebaiknya.Fakta+ Emosi=Faksi.Faksi sangant mudah difahami dan cepat didigest oleh otak.
Tapi apa apa pun,itu adalah characteristic seorang manusia.Ada yang sentiasa tenang,Ada yang cepat emosi.Ada yang hanya beremosi pada sesetengah isu sahaja..Bukan kah itulah variasi manusia??Manakan menarik jika semua orang berpewatakan sama..Jadi mungkin bergantung pada individu tersebut untuk mengubah,atau terpulang pada pendengar untuk menyesuaikan diri dengan emosi orang yang bercakap..
Tetapi apa apa pun,cuba la kita untuk berubah.Menjadi lagi baik.Tidak ada manusia yang sempurna selain Ibn Abdullah,yang akhlaknya sangat terpuji,hingga diakui oleh musuh.Subhanaallah..
Selama aku kat UTP ni,da ramai melabelkan aku emosi..Benar atau tidak mereka sahaja yg berhak menentukan.Apa yang aku kira,da 6 orang da..hahha..Semuanya wanita.Mengapa ye??Mungkin hati mereka lembut,bgitu mudah terguris..Adakah ktraumaan aku thadap golongan ini sudah kembali???And blah laki plak,belum ada yang cakap aku emo.tak tau a dorg takmo gitau ke apa..Tapi bila tanya roomate aku selama 3sem and da berkawan rapat selama 5sem,dia kata aku tak emo lak.Padahal aku ngan laki lagi a dasat.Gurau gile2..
Apa apa pun,maaf dipohon.Mungkin semua berlaku tanpa disedari.Aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.Insyaallah perubahan yang aku tagih dari diri aku sendri.
Ada mata,kita lihat,
Ada telinga ,kita dengar
Ada otak,kita pikir..(nk tru nabil nye..tp lupa lak..haha)
akhirnya sempurna~
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin[51:55]
3 comments:
Salam..
Setiap orang ada emosi, cuma bilangan emosi sahaja yg membezakan..
Lelaki ada 1 emosi 9 rasional, pompuan 1 rasional 9 emosi..
Senang cite emosi adalah perasaan dan rasional adalah pemikiran..
Marah juga berkaitan dgn tekanan, nabi ajar (ketika marah) utk duduk jika berdiri, baring jika duduk.. Satu persoalan, bukankah nasihat itu menjurus ke arah membesarkan luas badan kita menyentuh bumi? Adakah teori P = F/A berkaitan dengan cara meredakan marah?
Emm...
secara lumrahnya memang wanita itu lebih beremosi berbanding lelaki..lebih sensitif.sudah ditentukan olehNYA ciptaan wanita itu begitu.sebab itu juga didalam islam kuasa talak dalam hubungan suami isteri diberi kepada suami yg mempunyai fikiran yg lebih rasional.yg penting setiap ciptaan dan ketentuanNYA itu pst ada hikmah diesbaliknya..wallahualm.
Post a Comment