Mar 30, 2010

~Anak Anak Tersayang~

Bismillahirahmanirahim

Segala pujian dirafakkan kepada Allah Tuhan Sekalian Alam.,atas segala kurniaanMu ,atas kesempatan yang diberikan untuk ku terus bernafas.Alhamdulillah

Akhir akhir ini terlampau banyak cerita berkenaan bayi dibuang di tempat tempat awam.Antaranya bayi dibuang di masjid,di sungai,di tepi jalan dan ada yang di buang di tempat sampah lalu dibakar.Yang paling baru ialah bayi yang dibuang ditemui tanpa bahagian bahagian tertentu kerana telah dimakan anjing.Berita ini diketahui apabila diberitahu oleh seorang sahabat semasa program.Nauzubillah.Apa sudah jadi dengan masyarakat kita?


Masih ingatkah kita pada sirah sirah nabi yang kita belajar sewaktu sekolah rendah dahulu?Pada zaman jahiliyah dulu kala,amalan membunuh bayi/menanam bayi hidup hidup ini adalah satu tradisi.Bayi yang biasanya menjadi mangsa adalah bayi perempuan.Ini kerana bayi perempuan dikatakan membawa sial dan tidak mempunyai manfaat.Lalu datanglah Islam,diutuskan Allah menerusi utusan agung,Nabi Muhammad s.a.w.Alhamdulillah sinar baru yang membawa pencerahan pada jazeera Arab ketika itu.Subhanaallah.Tradisi yang semakin dtinggalkan dan dilupakan kerana sangat bertentangan dengan agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad.



Islam masih lagi wujud,masih lagi survive malah diiktiraf sebagai agama yang paling pantas berkembang.Paling banyak pengikut.Dan aku pasti,inilah agama yang benar dengan bukti bukti yang terhidang di depan mata.

tetapi..


Setelah beribu tahun zaman itu berlalu,kini tradisi itu muncul kembali,dengan cara yang lebih dahsyat.Bayi dibunuh dibuang tanpa mengira jantina.Dibiarkan tanpa belas kasihan dan akhirnya sampai menjadi santapan anjing.Ya Allah..kemana hilang sifat kemanusiaan??Sedangkan kucing yang aku bela,akan mencari dengan bersungguh sungguh apabila aku bermain main dengan anaknya.Itu kucing kawan kawan.Ini kita manusia.Betullah apa yang sering diperkatakan,apabila hilang sifat kemanusiaan itu,maka lahirlah sifat kebinatangan.Nauzubillah.

"Dan sungguh akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kebesaran Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengarkan ayat ayat Allah.Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang orang yang lengah"[7:179]


Aku pasti masalah ini berlaku seiringan dengan masalah sosial yang kini sangat mengancam masyarakat kita.Kalau dulu masalah ini hanya dikalangan remaja belia,kini tidak lagi.Sungguh ,budak sekolah kini bahkan budak sekolah rendah lebih berani dari remaja remaja yang lain.Masyaallah..Ke manakah arah tuju negara apabila remaja remaja yang dijadikan tunggak negara masing masing hanyut dalam keseronokan hidup.

Dan ada cadangan untuk mengatasi masalah ini dengan menubuhkan Bank Bayi.Aku sempat berbincang dengan saudara ku,Akh Umair,dan apa yang aku percaya,cadangan itu langsung tidak akan merubah keadaan sekarang.Bahkan akan pasti masalah ini bertambah tambah dan bercambah dengan suburnya.Sapa tak suka,dapat anak luar nikah,takyah malu malu da,terus hantar ke rumah perlindungan ini..huhu..

Dan pada aku,solution yang baik,ialah back to basic(yeke term ni..haha)..Di mana pengislahan berlaku di dalam masyarakat kita yang semakin membusuk.Jadikan baitul muslim sebagai teras masyarakat,dan sudah pastinya tidak ada apa akan dicapai melainkan dengan usaha.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kamu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"[13:11]

Setiap ibubapa perlu lebih alert dengan tingkah laku anak anak.Janganlah apabila sudah perut anak membulat,baru lah tindakan hendak dibuat.,Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Jadi kata kunci yang hendak aku sampaikan mari sama sama memperbaiki diri,mendekatkan diri kepada Maha Pencipta,lapangkan sedikit masa untuk majlis ilmu.Semoga usaha yang dilakukan mendapat keberkatan lantas mempebahrui keadaan masayarakat kita.

"Wahai orang orang yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu,berilah kelapangan di dalam majelis majelis,maka lapangkanlah".."[58:11]

Apatah sangat 4 5 jam yang dispend berbanding beratus jam yang lain seminggu untuk aktiviti keduniaan..Jadi insyaallah..

"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"

"Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata,"mereka kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab dengan azab yang sangat berat??Mereka menjawab"agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab)kepada tuhanmu dan agar mereka bertakwa"[7:164]

sekadar menyampaikan.insyaallah peringatan untuk diri sendri jugak
alhamdulillah sempurna sudah.

wallahuallam

"Dan tetaplah memberi peringtan karena sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

4 comments:

Anonymous said...

bru isnin lepas,my lecturer,dia seorg cina b'agama kristian,cte psl buang bayi.katanye,kes buang bayi dlm malaysia plg byk dr org melayu b'agama islam.yg xbestnye,dia cuba menyalahkan agama islam,katanya agama islam terlalu ketat undg2nya.bila ada wanita islam hamil ank lua nikah,mrk dihina,dihukum,disisih dr msyrkt,dibuang kluarga n sbgnya.akhrnya,menyebbkn kes buang bayi meningkat..mcm tue rupenye pndgn agama lain kt islam...

rozanna said...

org di ats adelah sy.teranonymous plk.hehe.

Amin Baek said...

cet...ingt sapa td..

maaf..kalau boleh diperjelas kan pada lecturer tsbot,dipandang hina,disish masayrakt,tu takde dlm ajaran islam pn..islam sbaliknya mengajar cara berhemah bagi sesapa yg pernah tlanjur,pernah membuat silap..pernah tgk antara garisan bukn??watak zaibo dalam kes tu cukup berhemah..

dan kita juga perlu mengakui,memg benar fakta itu,memg ramai org islam yg tlibat dgn gejala ini..ini berpunca (1)ghuzwul fikr yang sgt berjaya dari msuh islam..rasa pernah didiskus di blog aku ni.. (2)jauhnya kita dari agama islam (3)betapa kita tidak masuk islam secara menyeluruh..sesungguhnya syaitan musuh yg nyata bg kita..2:208

kalau benar ini sume silap islam,cuba kembali ke zaman rasulullah,bagaimana pergaulan bgitu dijaga,masyarakt bgitu aman..ada kah masalah sbgini blaku??tidak bukan??jadi tnyata ini sume adalah silap kita bukan islam tu sndri..huhuh..wallahuallam skadar pendapat..

deyla fadhilah said...

sedihnye... T_T
akhi amin, semalam pun ade terbaca dlm kosmo "Mayat janin daalam balang gula-gula"............
sedih2.. nauzubillahimin zalik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails