Mar 6, 2010

~Sekadar penulisan~

Bismilahirahmanirahim..

Segala puji bagi Allah kerana memberikan nikmat yang sentiasa digunakan untuk aku terus hidup di dunia ni walaupun kadang kadang sering sahaja menyalahgunakan nikmat tersebut..Ampunkan aku Ya Allah

Actually tidak ada apa apa pun hendak dicoretkan hari ni.Saja menaip.Alhamdulillah baru menyelesaikan slide presentation PCS(Professional Communication Skill).Minggu depan nak kena present.huhu..Semoga diberi kekuatan.

Semalam ada majlis penyampaian sijil Dean's List Award untuk budak budak Chemi.Aku diberi kesempatan oleh Allah untuk turut bersama dalam majlis itu.Ada persembahan,ada makanan,ada minuman,ada juga sesi gambar bergambar,Haha




Sekarang sudah 3rd Year da..Makin sibuk.huhu.."Masa yang ada tidak pernah cukup dengan tanggungjawab yang ada"Haa..sapa yang cakap??hehe..ETP nye lagi..huhu..Semoga terus tabah hadapi menda alah ni..Minggu ni sahaja sudah ada 6 mende yang kena dibuat..Aduh..K K..tutup cerita pasal kesibukan.Cerita yang takkan habis kalau nak dceritakan..

Aku saja nak share ayat ni.Ayat ditemui semasa aku diberi tugasan untuk tokoh kita,Fathi Yakan..


"Pemuda ialah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam.Tetapi orang lain telah menggunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.Sesungguhnya manusia hari ini sesak dengan pemuda pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong hanyut dan terbiar"

Sapakah pemuda pemudi itu??Kita lah..Sama sama lah kita pilih sama ada mahu menjadi pemuda untuk membangunkan dan memakmurkan alam atau pemuda yang digunakan untuk meruntuhkan umat manusia.

Jadi sama sama kita bermuhasabah.Apa yang telah kita sumbangkan selama hidup berpuluh puluh tahun.Masih tidak ternampak Sama sama la kita berusaha untuk menjadi lebih baik.Mungkin tidak sampai ke khaira ummah yang dimaksudkan dalam Al Quran itu,tetapi at least kita mencuba..Insyaallah..Allah akan sentiasa membantu orang yang menolong agamaNya.

akhirnya sempurna~

"Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]


1 comment:

zubair ghazali said...

walaupun post ni dah lama dalam blog ni,

tapi nak komen sket,kenapa
amin nampak macam kecik je
dalam gambar..hu2

just my 2 cents

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails