Apr 15, 2010

~Bukan untuk orang malas~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji kepada Allah atas segala kurniaan yang diberikan dan perasaan syukur juga atas segala ujian yang diberikan kerana itu lah tanda Allah masih lagi melihat kita,masih menyayangi kita insyaallah.

Baru je sampai bilik ni.Sekarang menunjukkan 3.18am.Siang tadi dok busy busy dengan ETP.So cane?Entahlah.Aku hanya mampu cakap wallahuallam.Hanya bertawakal,mudah mudahan diberikan yang terbaik.[3:159]

[AminBaek,Haziq,Long,Hafifi]

[Syafiqah,Rufaidah..melantak air..haha]

Tuk entry di kala pagi yang sejuk dan bilik yang panas ni,aku ingin mensharekan sedikit isi yang sangat baik pada kiraan aku dan dicilok dari sini

Hayatilah~

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Renung renungkanlah~

alhamdulillah.Akhirnya sempurna

Wallahuallam

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

7 comments:

Izz Amri said...

sangat......

nice sharing..

duranian said...

ptt la min
ko kena tnye byk
muka ko berpengetahuan luas
haha

Zanaishi said...

tlg kimsalam kt aminperasanbaek tue ea...haha;p

Amin Baek said...

izzati:sekadar renungan..

duranian:haha...evaluator aku kejam a..hhuuh

zanaishi:aminperasanbaek??xde kt sini..aminbaek ada..haha

KD said...

"the greatest job is the hardest job... and it's only can be done by the greatest one among us" (IMAN)

inspired by QS 3:110

post yg menarik.. jazakallah..

MF said...

Nice.. Jzkk ats peringatan.. =)

Amin Baek said...

hehe..salam akh hariz..hoho

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails