Apr 13, 2010

~Kembara Ukhuwah~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji ku rafakkan kepada Allah atas nikmat yang sentiasa dikurniakan dan ujian yang diselitkan yang pasti ada hikmah dan ibrah di sebaliknya

Alhamdulillah Kembara Ukhuwah(KU) telah berjaya dilangsungkan pada weekend yang lepas.Sebelum aku bertolak ke Lenggong masa tu,ada sorang sahabat(housemate)

"Min ko nak gi mana ni?Setiap weekend ko keluar.rindu a kt ko..haha"

Tetapi aku hanya mampu menjawab

"Ada hal la kat luar..Yela tu rindu..haha"

Dan aku mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan tersebut..Aku keluar untuk mengorbankan sedikit masa aku yang pada kiranya nikmat yang sangat berharga untuk semua student.Nikmat masa itu.Tapi hanya inilah yang mampu ku korbankan bila nak dibandingkan Abdul Rahman b Auf mengorbankan hartanya,Musa'b Umair ,ke Madinah untuk mengembangkan Islam,dan para pejuang lain yang hingga mengorbankan diri sendiri.Nampak sungguh perbedaannya

Jadi alhamdulillah program berlangsung dengan lancar,bermula perjalanan ke Lenggong,pertama kalinya aku memandu sebuah VAN..waaa..excited gila kot.Tapi tak sampai Lenggong pun.Samapi sungai Perak,pastu tukar driver,penat sangat ..Akhirnya kami sampai lebih kurang1200 malam waktu malaysia.

Secara overall nya program ini lebih kepada outdoor activity,tapi kurang skit dari mukhayyam kot.Hari sabtu dimulai dengan pengisian ustaz Sharuzzaman,tenaga pengajar di Akademi Ikatan Muslim(AIM) Gopeng dan juga orang kuat Aman Palestin.Pegisian yang sangat menarik.Best!.Dan aktivit utama program ini ialah Kembara mendaki bukit apa tah namanya.Peh curam gile kot.Pancit nak naek.huhu..Aktiviti yang diadakan sangat menarik dan mencabar,Kena daki bukit turun bukit untuk menyelesaikan tugasan,ada yang kupas kelapa guna alam sekitar dan macam macam lagi.Insyaallah banyak ibrahnya.Dan aktiviti kemuncak nya ialah duduk di tepi air terjun dan masak makanan tengah hari.Ini yang terbaik a.hoho..Kemudian kami beramai ramai solat di atas batu air terjun.Ya Allah.sungguh berbeda rasanya apabila solat di persekitaran begitu,Ketika alam semuanya bertasbih mengingati Allah.Sangat tenang dan mendamaikan.Subhanaallah..

"Apa yang ada dilangit dan di bumi bertasibh kepada Allah.Dialah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana"[57:1]


Kemudiannya,aktiviti yang menjadi faveret.Sudah tentulah mandi manda.hehe..

Pada malamnya,surau tempat kami menginap mengadakan kelas pengajian dan sedikit kenduri.Terasa seronok bergaul dengan orang orang kampung,suasana yang sukar nak ditemui di UTP.Kami berbual mesra,saling tolong menolong.Dan menunya ayam belanda woo..haha..Lebih kurang 11 malam begitu,program dteruskan dengan MAKSI.Jadi seperti biasa a,group aku perform2..hahha..dan diakhiri dengan slot muhasabah oleh akh Iman

Kesokkan harinya,rutin biasa,bangun menghadap Allah ,dan sambung dengan sedikit tazkirah oleh Akh Zubair.Selepas itu kami berjalan jalan menikmati panorama pagi di kampung tersebut dan lepak di tepi sungai.Subhanaallah..



Lebih kurang jam 10lebih,setelah mengemas surau dan barang barang logistik,kami pun beransur pulang.Dan kali ini aku menunggang motosikal MBK4865 yang terbaek..haha.Dan destinasi nya pula,Lubuk Merbau.Jom mandi mandi lagi.

Alhamdulillah selamat sampai kecuali Akh Iman dan Akh Hazim yang tidak selamt sampai di Lubuk Merbau,kerana mereka terus menghala ke UTP yang bosan tu.hahah.Jadi kami bermandi manda sambil mengeratkan ukhuwah antara kami2..Sungguh menarik tempat nye.

Setelah puas bermandi manda,kami pun terus bergerak pulang,setelah 30minit perjalan menghala pulang,ces,aku raba raba mata aku..haaaa..spek aku tertinggal.Terpaksa la aku berpatah balik untuk mencari balik spek aku.Terasa kehilangan nikmat yang besar ketika itu.huhu

Alhamdulillah segalanya kembali lancar dan sampai ke UTP lebih kurang pukol4petang.Sangat sangat penat woo..Sempat lak tidor time bawak moto(sekali lagi..huuh).Sampai bilik terus tidur,untuk kembali menghimpun daya.Malamnya nak kene p lab ICON setelkan assignment..huhu

Program program program.Macam macam dilakukan.Insyaallah semuanya ada objektif tertentu.Semoga objektif objektif itu membantu dalam medidik diri kita sendri insyaallah

Alhamdulillah..akhirnya sempurna.
Gambar dari Iman.Tak bwk fon masa beraktiviti..huhu

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin[52:55]

6 comments:

SaFwaN said...

ok....
da tau da ape ko wat tiap2 minggu nih...
terubat rindu...acyeh..lolz

Amin Baek said...

hahah...
ferst time siot komen kt blog aku..
haa..da tau da..gud2..hehe
aku memg letak ubat pn kt blog aku..
tu leh trubat..hehe

ImanCo said...

bez la plak rasanya ad org share pasal pgram ni...

slek ad lab mantech je.. lau x dah sampai awal... :)

contoh yg baek amin baek!

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. " (3:133-134)

jazakallah atas perkonsian..:)

rozanna said...

program ni utk muslimin je ye?

Amin Baek said...

iman:tu la pasl..apa barang ada lab hari sabtu..ahaha...rugi a lpas pengisian ust sharuzaman tu..rasa cm best jek

rozanna:huhuh..yup2..kami memg semua lelaki..shahih..

ibnu ghazali said...

iman:tu le iman,antm pn satu,g tdo lame benor apesal.kan dah terlepas.naseb baek sempat makan ayam belanda tu.hu2.tu pun sebab ikhwah baik hati bagi antm rase.

amin:herm..lepas ni dah g intern.smoga selamat pergi dan balik daripada intern.aminn~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails