Apr 16, 2010

~Lelaki~

Bismillahirahmanirahim

Ku rafakkan setinggi kesyukuran untukMu ,yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang atas kasihMu,atas cintaMu kepada kami,makhluk dan hambaMu yang lemah.Alhamdulillah..

"Sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik baiknya"[95:5]

Jadi insyaallah syukurlah kita dengan sebenar benar syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita.Tertulis di dalam dusturuna,Al Quran bahawa kita lah sebaik baik kejadian.Sungguh elok ciptaannya.Alhamdulillah..




Sekadar coretan di petang hari.....

Pasti semua antara pembaca pembaca blog ini akan bersetuju dengan statement aku,bahawa ramai gadis gadis cantik berkeliaran/terdapat dipersekitaran kita.Ada yang cantik,ada yang cun,ada yang comel.Dan ditambah lagi dengan pakaian pakaian yang cantik,bergaya,mahal,dan juga 'seksi'.(Sila jangan bayangkan ye..haha).Silap silap boleh buat lelaki rasa 2 biji mata tu tak cukup kan untuk tengok semua gadis gadis berkenaan.huhu.

Mungkin sebelum ni,aku ada post berkenaan wanita dan pakaian.Dan itu adalah tanggungjawab wanita.Kita hanya mampu mungkin memberi nasihat dan mungkin melalui tulisan.Perlaksanaannya hanya bergantung kepada tuan empunya badan.

Tapi hari ini,aku da mengulas dari aspek lelaki pula.Since tuan empunya blog pun lelaki kan,boleh lah cerita banyak menerusi pengalaman.hehe.Di universiti tempat aku menangguk ilmu ni,syukur pada Allah,kerana bilangan wanita nya lebih sedikit dibandingkan dengan IPT IPT lain diluar sana.Mungkin kerana basic course di sini ialah engineering.Tetapi itu bukanlah satu statement yang akan memudahkan kehidupan kita.Masih punya cabaran yang perlu ditempuh,perlu dihadapi.

Allah berfirman:

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa wanita,anak anak,harta benda.........Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik"[3:14]

Terasa indah dan bahagia kan apabila dikelilingi wanita wanita yang indah paras rupa,yang baik tingkah laku.Tapi AWAS!!!Ingatlah itu merupakan senjata syaitan terhadap kaum lelaki.(Aku tak kata wanita syaitan ye).Berhati hatilah kawan kawan.

Dahulu,mata kita ini dihiasi ghadhul bashar dari sesuatu yang ditegah agama,tapi kini,pabila dunia semakin maju,pembangunan teknologi yang semakin pesat ,wanita wanita di sekeliling kita,iklan iklan,sukan sukan, dan macam macam lagi menjadi santapan utama mata kita.Akibatnya,ghadhul bashar ini telah hilang melayang dari diri kita dan mata kita sentiasa dengan tatapan maksiat yang liar.Kita menjadi terbuai dengan nafsu.Sehinggakan menjadikan nafsu sebagai tuhan.

Pada yang mempunyai pasangan,kadang kadang rindu nya membuak buak.Malah sebelum tidur,sering diingatkan wajah fizikal si pasangan.Di dalam tidur,malah di dalam solat juga turut mengingati si pasangan.Jadi,bilakah waktu untuk kita mengingati Allah??Perkara sebeginilah yang akan membawa kepada kematian hati tanpa kita sedar.Semoga dijauhkan..


Maka kawan kawan ku,tujuan entry ini hanyalah sekadar peringatan bersama.Sesungguhnya syaitan takkan pernah berhenti menguji mengusik kita.

"(Iblis)menjawab,"Karena Engkau telah menyesatkan aku,pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus" Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka,dari kanan,dan dari kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur"[7:16-17]

Jadi,marilah kita menundukkan pandangan,jauhi panahan racun dari iblis kerana pasti itu akan menyesatkan.Aku faham naluri seorang lelaki kerna aku juga seorang lelaki.Jadi fahami lah hadith di bawah ini.

"Pandangan itu adalah panah beracun dari panah panah iblis.Barangsiapa memalingkan pandanganya dari kecantikan seorang wanita dengan ikhlas karena Allah,maka Allah akan memberikan hatinya kelazatan sampai pada hari kiamat"[HR Ahmad]
[Lelaki acuan al Quran]

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.

Mari memperbaiki diri..


wallhuallam

"Dan tetaplah memberi peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

6 comments:

terry bogart said...

he3.. amin.baca bg hint ko nak dirikn baitul muslim je? (@ aku yg salah fham??..)


ntah la..kadang2 bila nampak kawan baik couple..xtau nak watpe..

kadang2 mampu terkelu je..dengan harapn mnggunung di hati --> "semoga lelaki tu xtipu ko" + "semoga ko kawin cepat"

KD said...

jazakallah... ana akan sentiasa menjadi pembaca setia blog aminbaek...

teruskan perjuangan..

Amin Baek said...

luqman:hahah...xde kaitan tu sume..ni skadar memberi peringatn dan meperingtakn dri sendri..

iman:insyaallah..syukran jazilan..

zubair ghazali said...

salam..

iman:taknak jadi pembaca setia TBM ke?sob3

amin:betul ke nak bina baitul du'at?hu2

limauais said...

aku dulu pernah buat silap.
pastu ak terpikir,adakah lebih indah jika hubungan yg dibina atas ikatan yg halal..hehe.
skrang sedang memperbaiki diri,untuk menjadi yg lebih baik.
aminn..

Amin Baek said...

limauais:alhamdulillah..nice2..smoga dipermudahkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails