Apr 6, 2010

~Life as student~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji dan kesyukuran ku rafakkan kepada Tuhan Yang Maha Esa,Maha Berkuasa,yang mengaturkan kehidupanku dan makhluk makhluknya.Terima kasih atas segala nikmat kurniaan yang dikurniakan kepada ku ,tanpa putus putus,tanpa ada cacat celanya.Subhanallah

Sebenar tak tahu nak tulis apa sebenarnya.Saja nak update memandangkan agak lama blog picisan ini keseorangan.

Jadi seiring dengan tajuk entry ini,Life as Student,just nak menceritakan kehidupan aku sebagai seorang student.


Rasa rasa yang bukak blog ni mestilah seorang student kan.Pernah tak anda merasa bosan menjalani kehidupan ini?Maksudnya life as student..Yes I did.Dan perasaan ini bermula seawal ketika aku di Sekolah Sains Muzaffar Syah Melaka..Tidak tahu mengapa perasaan ini wujud.Mungkin dek kerana hambatan assignment(baca:kerja rumah) yang tidak putus putus,dan rutin yang sama sahaja.Contoh:Bangun pagi,mandi,solat,p sarapan,check dorm,ke kelas,rehat,ke kelas,makan lunch,prep,bola..arghhh..Dull!!Rutin sama yang dilakukan untuk 5 tahun..Cuma form5 perasaan ini beransur hilang kerana tahu masa yang semakin hampir untuk meninggalkan sekolah.Akhirnya bebas dari uniform sekolah!!

Tapi rupa rupanya hujan yang disangka hingga ke petang,rupa rupanya hujan di tengah hari.Apabila melanjutkan pelajaran ke tertiary education,pada awalnya sangatlah excited.Setiap tugasan dibuat dengan bersungguh sungguh.Setiap test menjadi sasaran awal untuk mencapai kejayaan.Dan kemudiannya,semakin aku lama di sini,semakin sibuk dan sibuk,dan akhirnya wujud lagi perasaan bosan itu.Arggh...Dan kini aku sudah 3rd Year 1st Semester Chemical Engineering(yang sering digelar nerd)Kami tidak nerd,kami terpaksa jadi nerd!!!.Hehe..Kerja yang diberi bertalu talu,seakan akan kami ni tidak ada kerja yang lain untuk dibuat.Seperti kami ni hanya duduk di bilik untuk menyelesaikan masalah masalah akademik yang diberi.Bosan~


Kenapa agaknya situasi seperti ini berlaku?Adakah kerana sistem pendidikan kita yang terlalu exam oriented??Tapi bila difikir fikir balik,if tiada exam jangan haraplah kita kita ni nak stadi.Sila jujur dengan diri anda..Betol kn??Begitu juga saya..Sepatutnya ini bukanlah sebab mengapa kita berasa bosan.Jadi apa sebabnya??Faktor sekeliling?Kawan?Game?

Entah.........

Bila diimbau pada zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu,terutamanya semasa pentadbiran kerajaan Abbasiyyah,di mana Cordova itu telah menjadi sebuah hub ilmu.Semua orang berkunjung ke sana untuk mendalami ilmu sains,mantik,hisab astronomi dan macam macam lagi.Ada Al Khawarizmi,ada Ibn Sina,ada Jabir Hayyan.Subhanaallah.Kecintaan mereka terhadap ilmu itu sangat dikagumi.Sehingga pusat terjemahan turut dibuka untuk memudahkan pembelajaran.Hasil perkembangan ilmu inilah yang menyebabkan Eropah keluar dari kepompong zaman gelap mereka.Dan berkenaan Imam Mazhab kita,Imam Muhammad atau popularnya dengan gelaran Syafie'.Semangat beliau untuk mempelajari sangat hebat.Di mana dia dengar ada tokoh ilmu,pasti dia akan berada di stu.Antara gurunya yang terkenal ialah Imam Malik dan Muslim Al Zanji

Tetapi sekarang,??
Kelas pun malas nak pergi..haha.Dalam kelas tidur.Macam mana agaknya kita so called Muslim ini untuk kembali mewarisi budaya ilmu di kalangan masyarakat ketika suatu dahulu.Mungkin kerana perasaan bosan itu meliputi menyelaputi diri kita.


Dan bagi pendapat saya,bagaimana yang saya cuba amalkan untuk mengatasi kebosanan ini,ialah dengan (1)Berniatkan belajar kerana Allah.Sebelum ke kelas tu,ayuh kita sama sama membiasakan hati kita berniatkan kerana Allah.Mungkin pada mulut,ya.Tapi hati??(2)Mendekatkan diri kepada majlis majlis ilmu,halaqah dan sebagainya.Dari sini lah akan timbul perasaan cintakan ilmu itu.Even bukan ilmu akademik,tapi ia pasti akan merangsang kita untuk mencari lebih banyak ilmu.Insyaallah.Jadi jom halaqah.Hoho

Hanya secebis perkongsian dari insan yang akan menghadapi test pada lusa hari.Dikala kebosanan menunggu panggilan dari grumate,untuk membuat projek Icon di Blok5..Arrgghh sekali lagi.ETP ada problem,macam macam ada hal..hehe

Dan tidak lupa,ingatlah.Akademik bukan segala galanya.Yang penting,kita kene sedar pelbagai komitmen lain yang kita ada dalam kita tidak sedar."Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin".Sesungguhnya solatku,ibadatku,hayatku,dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan sekalian alam.Sumpah kita terhadap Allah.5kali sehari.Dan siapa baca surah Al An'am akan baca 6kali la sehari.Jadi renung renungkan sejauh mana kita sudah berbuat.

Entry ini untuk kawan kawan yang masih seorang student dan sudah pastinya untuk diri saya sendri.Moga memperoleh something dari entry ini.Insyaallah.

Alhamdulillah akhirnya sempurna.

wallahuallam

"Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

3 comments:

EDiG~ said...

aku igt aseng yg tdo tu..
hak3..

idop MOZAC!!!

rozanna said...

smgt2..xlama je lg nk abes degree dah.hehe.

Amin Baek said...

adi:haha...bahaya letak gmbr2 cmtu di blog..

IDOP!!haha..

rozanna:memg a smgt..tp bila keje blmbak2,ilang trus kot smgt..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails