Bismillahirahmanirahim
Segala pujian kepadaMu ku rafakkan atas segala kurnianMu kepada ku,nikmat akal,nikmat pancaindera yang sempurna,nikmat kasih sayang,dan sudah pastinya nikmat Islam dan Iman itu sendiri.Tanpa segala nikmat nikmat ini,bagaimanakah aku akan terus bernafas di muka bumi Mu ini,Alhamdulillah.
Hari ini aku nak bercerita sedikit tentang politik.Sebenarnya aku sudah bercakap dalam diri,blog ini hanya untuk ku coretkan pengalaman dan juga mungkin luahan dari hati.Aku pernah menulis tentang politik,tapi entah.Aku mengikuti politik,tetapi aku sudah malas untuk mengulas panjang lebar.Jadi harini,aku bukan nak bercerita apa dia Barisan Nasional,Pakatan Rakyat,atau pun PRK Hulu Selangor.Hari ini aku cuma ingin meluahkan perasaan aku berkenaan politik di sekeliling aku.
Aku mula mengenal politik semasa di Darjah 3.Lebih lebih lagi ketika zaman gelombang reformasi yang terhasil akibat pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dari jawatan TPM dan juga dari UMNO.Kemudiannya aku terus terusan mengikut perkembangan politik,tetapi bukan secara mendalam.Hanya sekadar di permukaan.Almaklumlah,Darjah 3,apa sangat yang aku fikirkan.Main baling selipar,main gasing dan sebagainya.Kemudian minat ku terhenti seketika di Mozac,di mana akses terhadap media berkurangan.Hanya bergantung kepada surat khabar,yang kadang kadang ada,kadang takda.Kerna sering direbut untuk dibaca part sportnya.Time itu,dalam diam,aku semakin mendalami politik negara.Dan alhamdulillah setelah berada di UTP ,aksess yang semakin besar menambah minat aku.Dan kemuncak minat aku apabila berlakunya tsunami PRU12 Mac2008.Aku mula meneliti perjuangan parti parti lebih mendalam
.
Dan inilah aku sekarang.Mungkin kawan kawan ada perasan,bila ada post berkenaan politik di Google Group(GG) aku antara yang pertama membalasnya.Tetapi kadang kadang aku menjadi bahan cemuh.Kerana apa??Aku memaki hamun?Aku mengkafirkan Muslim yang lain?Owh.tidak tidak.Jauhkan la perkara itu berlaku.Ini kerana pendapat aku sering berbeda dengan sahabat sahabt yang lain.Entah mengapa hari ini aku rasa sedih sangat.Mengenangkan apa yang dah berlaku.
Aku tidak nafikan dan kawan kawan juga pasti mengiakan apabila aku katakan pendapat aku lebih kepada pro kerajaan.Seriously itu tidak lah bermaksud aku menyokong kerajaan sepenuhnya atau ahli parti komponen kerajaan.Aku seorang pemerhati politik tegar.Dalam post terdahulu,aku telah buat sedikit kritikan terhadap parti PAS(xde la kritik mana pun.cuma pendapat).Ini kerana,perbedaan berlaku setelah tsunami politik 2008.Sebelum ini,PAS merupakan parti yang selalu mendapat perhatian aku.Aku respek akan keteguhan pendirian parti tersebut terutama semasa bawah pimpinan Allahyarham Hi Fadzil Noor.Pelbagai komen dan kritikan terhadap kerajaan dilakukan.Dan kini,apa yang menjadi masalah kepada aku,apabila segala teguran dan kritikan yang dilemparkan ke kerajaan dahulu kala,ada sesetengah yang mula dipraktikkan dalam perti pembangkang.
Allah berfirman,
"Wahai orang orang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan.Itu sangatlah dibeni Allah jika kamu mengatakn apa apa yang tidak kamu kerjakan"[61:2-3]
Cuba bayangkan,apabila hari ini,aku menegur kamu "Jangan couple.Haram!!".Dan seminggu selepas itu,kamu mendapat tahu aku pula yang bercouple.(Smoga djauhkan).Bagaimana perasaaan anda?Ini sedikit pendapat aku.
Tetapi yang lebih menyedihkan aku,seperti aku katakan tadi,stand aku yang berbeda,sepatutnya lebih bersifatkan check and balance disalahertikan lantas menjadi bahan cemuh di mulut mulut yang lantang berbicara.
Antara perkara yang sedikit menyedihkan aku,
Pada beberapa sem lepas,Cheme Jan 07(CJ7) berjaya menganjurkan makan malam di Restoran Cheng Ho.Jadi aktiviti itu diketuai oleh Saudara Adi Aizat,yang merupakan rakan rapat di sekolah dahulu,kumpulan inovasi bersama,pengawas bersama,bilik bersama,cuma BADRI je tak sama.Aku bukan BADRI.Di dalam tentatif,doa akan dibacakan oleh Akh Faidhah,yang merupakan AJK tertinggi Rakan Masjid,dan aktivis dakwah yang tersohor di bumi Tronoh ini.Tetapi last minute dimaklumkan,Beliau tidak dapat hadir,kerana ada urusan yang lebih utama.Dan majlis bermula pukol 9 dan ketika itu sudah pukul 6 petang.Lantas Saudara Adi meminta pertlongan aku untuk membacakan doa.Untuk pengetahuan,ni kali kedua Adi meminta bantuan aku tuk baca doa.First di majlis Dean's List Award sebelum ni.Dengan rasa berat hati aku menerima kerana Adi betul betul meminta pertolongan aku.Aku pun bersetuju atas dasar membantu Adi.
Syukur segalanya berlangsung lancar.Tetapi rupanya baru la tahu,semasa aku bangun dan bergerak ke hadapan,adalah suara yang sungguh suci.."Asal budak UMNO ni baca doa??"dan adalah yang lain disebutkan.Astagfirullah..Sesungguhnya aku bukan budak UMNO.Dan aku boleh kira itu sebagai satu fitnah dan perbuatan itu adalah ghibah.Benarkan?Aku secara jujurnya tidak pernah berniat untuk ke depan membaa doa jika Adi tidak meminta pertolongan aku.Mungkin aku ni bukan badan dakwah,dan pendapat yang sering berbeda dengan empunya badan,lantas dengan laju meluncur kata kata yang "menyedapkan" telinga itu.Alhamdulillah..Aku akui ilmu agama aku lemah,d tahap yang bawah ,Insyaallah aku akan perbaiki kelemahan aku itu.Semoga Allah permudahkan.Terima kasih atas kata kata itu.At least menyedarkan aku.Tapi untuk muncul dihadapan dalam event2 Course aku lagi,rasanya tidak.
Dan lagi yang menyedihkan,apabila seorang sahabt yang lain 'pada ketika itu sahaja' bersetuju dengan pendapat aku,lantas dikatakan "oo..Amin da brainwash ko eh??"..Argh..Ayat yang sungguh "menenangkan" hati.Terima kasih kawan.
Dan status gtalk memang banyak kegunaannya.Tatkala status sahabt lain digunakan untuk menulis sesuatu yang anti kerajaan,maka itulah kebebasan mengeluarkan pendapat.Tapi apabila aku mengeluarkan statement,lantas gtalk2 sahabat bertukar dan jadi la kata kata sindiran yang pada kiranya sangat "mengujakan".Subhanaallah..Terima kasih.Kau banyak mengajar aku kegunaan status gtalk ini.
Kadang kadang aku bukanlah pro kerajaan.Kadang bukan pro pembangkang pun.Aku cuma menginginkan pendapat yang lebih berkredibiliti.Maaf tuk cakap.Aku ada perasan sesetengah kawan yang memang minat poltik,tetapi sumber nya hanya pro pmbangkang.Sebab tu aku sangat sangat mengesyorkan kita semua membaca semua bahan bacaan.Alhamdulillah aku masih dikurniakan akal yang waras.Mampu lagi membaca Gerakan Anti Pkr,Perisik Rakyat,Topeng Perak,Unspinner,Oyabun,Episode sebuah perjuangan dan lain lain lagi.Kalau berita,Bharian,UtusanHarakah,dan Malysiakini.Walaupun kebenaran itu sungguh sukar ditemui,at least ada usaha yang kita lakukan.
Contoh yang aku boleh berikan.Heboh satu malaya,Datuk Seri Najib Razak involve dalam pembunuhan Altantuya dengan menggunakan C4.Ini pada pandangan pro pembangkang satu kebenaran yang nyata.DSAI siap nak bagi bukti Datin Rosmah ada di tempat kejadian.Dan di blog pro gov,ada gambar Datin Rosmah di majlis berbuka.Tapi rasanya belum ada lagi bukti yang diberikan.Dan yang terbaru mengenai Zulkifli Nordin mengatakn dia telah ditawarkan habuan mengoyangkan iman untuk memfitnah DNR.Zulkifli Noordin merupakan peguam bela Chief Azilah.Boleh search kat Youtube pengakuan YB Zulkifli ni,.
Apa yang aku nak tekankan di sini,carilah kebenaran walau sesukar mana kebenran itu tuk ditemui.Jika masih belum ketemui nya,elok lah kita berdiam daripada bercakap mengenai perkara itu.Kerana fitnah boleh datang pelbagai bentuk,.Dan semoga kita tidak tergolong dari golongan yang menyebarkan fitnah.Lebih lebih lagi golongan yang menyebarkan Islam.
Allah berfiman
"Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan megerjakan kebajikan dan berkata "Sungguh aku termasuk orang muslim(yang berserah diri)"[41:33]
Baik perkataanya tetapi jangalah dicemarkan dengan fitnah.
Jadi aku nak minta maaf pada sesiapayang tersinggung.Inilah luahan aku.Jadi awal awal aku da minta maaf,dan pada orang orang yang ada terlibat di atas,aku xda simpan dendam ke hape,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang mukmin dan semoga peringtan itu menjadi pengajaran buat kita semua.Kata Saidina Umar "Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab Allah".Jadi,ayuh bermuhasabah..
Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.
wallahuallam
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringata itu bermanfaat itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]
13 comments:
Betul tu amin...
kita bukan orang pro pembangkang atau pro kerajaan semata...
Kita orang Islam
Kita pro kebenaran...
Ada tindakan yang benar, kita benarkan.
Ada tidakan yang salah, kita tegur...
bersabarla saudara..
jika anda rs anda benar,teruskan perjuangan..kerana sedangkan junjungan mulia Rasulullah S.A.W juga sering dicemuh ketika usahanya menyampaikan kebenaran di bumi Allah..
lets Allah talks...
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya BERSAUDARA. SEBAB ITU DAMAIKANLAH (perbaikilah hubungan) ANTARA KEDUA SAUDARAMU ITU dan TAKUTLAH TERHADAP Allah, supaya kamu mendapat rahmat."
[ALHUJURAAT 49:10]
~semata2 atas sebab berlainan pendapat, kamu mengutuk??? kamu mencemuh saudara kamu sendiri??? sungguh x matang!!!~
lets rasulullah talks:
"tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak mencintai saudaranya sepertimana mencintai dirinya sendiri"
~kamu telah menyakitkan hati saudaramu sendiri.. mintalah kemaafan darinya... sblm terlambat~
p/s: amin, kalau ana ade wat silap kat antum, ana minta maaf...
Sabar ya akhi..
Mrk pn manusia jga, kadangkala buat silap, dn perlu kpd nasihat dn peringatan..
Ana respek ngn kterlapangan dada yg antm ad.. Smoga antm tetap bersabar dn blapang dada dlm mhadapi ujian2 drNya.. aminn.. ^_^
Sesungguhnya, bkn imbalan dr manusia yg kita mahukn.. Imbalan kita hnya dr Allah, Pemilik seluruh bumi dn seisinya.. (Qs. 26:105-109)
kalau aku ada seblah ko masa tu, aku terus tumbuk mamat tu..
(apa la nasib aku sampai lambat sebab sap sesat..he3)
actually sepatutnya xtimbul isu parti mana.. @ puak mana..@ j mana..
yg pasal nak vote Pakatan Rkyat @ BN, pikir pakai ilmu.. ilmunya rendah, so,xpayah pikir..
apa pun amin, aku rasa mamat yg aku nak tumbuk tu, hanya kelompok kecil je kot.. patutnya dah pupus masa merdeka tahun 1957 ..he3
Salam..
saya agak terkejut dengan entry
ni.sori terlambat membacany..
but,ur stand stunts me.
bukan senang nak bersikap adil
dengan manusia,lagi-lagi pada
orang yang kita tidak suka dan kita
benci.
tapi rasulullah saw tetap mengajarkan
untuk bersikap adil..
harap suatu hari nanti,Amin
dapat menjadi pemimpin yang adil
dan memegang amnah dengan baik.
wallahua'lam~
Salam Amin..
Utk pengetahuan, saya adalah dari keluarga BN (ayah Penyelaras DUN Bukit Malawati). Dan saya juga menerima nasib yang sama dengan amin, tapi mungkin tak seteruk mana..
Saya banyak terlibat dengan program2 dakwah seperti aktif bernasyid dan join Rakan Pusat Islam di kampus. Apakan daya, apabila rakan2 'seperjuangan' di persatuan tahu saya pro kepada kerajaan, saya seolah-olah disisihkan dan seperti dibuang dari jemaah.
Saya pun bukannya menyokong 100% apa yg kerajaan lakukan, sebab siapa yg menyokong 100% ibarat org yg begitu taksub dgn pemimpinnya.. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah..
Benar cakap Amin, kita perlu mengkaji dahulu dan bukannya mengikut saja apa yang parti yang kita lakukan. Ada juga yang saya tidak setuju dgn cara kerajaan seperti di entri ini http://jamalrafaie89.blogspot.com/2010/04/janji-pula-perlu-dikota.html
Saya bukan tidak mahu menyokong PAS, tetapi bagi saya cara mereka tidak betul walaupun niat mereka betul.. Bagi saya Islam adalah agama dan PAS adalah parti politik sama seperti parti yang lain.
Benar Nabi juga berpolitik dan berpolitik di dalam masjid. Tetapi bukan seperti politik PAS yang banyak mengutuk dari membina. Politik Nabi membina iman dan berbincang tentang masalah negara dan bukannya menggunakan masjid untuk menjadikan medan berceramah mengutuk sesama Islam. Itu yang saya tidak setuju.
Ada orang tanya saya kenapa sokong UMNO tapi nak berdakwah. Saya jawab "Kalau UMNO salah, dan jadi tugas aku untuk betulkan. UMNO ada sejuta ahli, kalau UMNO tu salah, siapa lagi yang nak betulkan diorang?".
Mencari kebenaran memerlukan mujahadah dan pengorbanan. Semoga kita mampu menjadi pemimpin yang baik sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri..
saya support opinion saudara aminbaek..
saya bersetuju dgn opinion saudara Jamal Rafaie.
mmg kita UMNO.. klu bukan kita yg btulkan UMNO, spe lg??
peace..
peace...
maaf kpd Rozaidi Toha, saya rasa penyataan kamu "mmg kita UMNO" x bertepatan dgn amin rasanya... saya dah mengenali beliau...
beliau bukan pro mana2 parti politik.. tp pro kebenaran..
*kebenaran juga bukan parti politik, tp berkait dgn agama Islam yang Haq
Allah said:
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Surah Al Baqarah [2]:208)
amin: betulkan ana kalau ana silap...
er lupa pulak..
Rozaidi Toha: kalau saya tersalah faham ttg komen saudara.. harap maaf.. n tlg betulkan sy
peace2..
waa..hehe
umair:smoga kbenaran ttegak akhirnya..amin~
anon:thanx.diri ini manusia biasa..kdg2 juga dhasut,kdg2 tlmpau ikot emosi..smoga dipermudahkan
imanCo:hahaha..xpe2.ana da maafkan..chewah.hehe
akh hariz:insyaallah..smoga kita dapt berlapang dada..
terry bogart:ko nk tumbok??ish3..kekasaran tu..huhu..tp memg takkan dpt nye..nk tau,t aku cte..hehe
zubair:tkejut lak?haha..insyaallah..amin~doa2kn..chewah..hehe
jamal rafaie:thanx for the comment.benar..mksd sy,ada juga certain view,kalau bt kerja dakwah,mst PAS..sbnar sy ada gak kene cmtu.dsbbkan ada beberapa pndgn sy pro kerajaan,ada yg ckp "eh,amin tu nmpk cm ok.tp nape dia skong krajaan"..lbih kurg bgini la..(dbgtu kwn len)ssugguhnya org UMNO tu pn madu'u kita,even org PAS,PKR dan lain2..smoga istiqamah
rozaidi:ahaha..maaf zaidi,sy bukn ahli UMNO..cume bberapa pndapat ke arah pro krajaan..tp insyaallah cube berlaku adil kepada krajan dan pmbangkg..memg tugasan manusia untuk memberi pringtan..51:55
imanCo:amboi man..main peace2 lak..hahah
Allah xpenah tanya kamu parti UMNO ke,PAS ke,PKR ke tp Allah tanya samaada kamu beragama islam atau tidak :)
limauais:benar..tp masalahnya,da ada orang yang beragama kan parti..bila jadi tlampau taksub..wallahuallam
Post a Comment