May 19, 2010

~Berjaya~


Segala puji ku rafakkan kepada Allah yang tidak pernah kedekut,tidak pernah berkira dalam mengurniakan makhluk makhluk ciptaanNya pelbagai nikmat,pelbagai rahmat dalam meneruskan perjalanan di muka bumi ini sebagai khalifah Allah,insyaallah

Baru berkesempatan untuk melayari website website yang biasa dikunjungi petang ini.Pelbagai isu,pelbagai masalah berlaku.Tetapi,satu yang penulis hendak sentuh adalah mengenai berita ini.

Rabu , 19/05/2010 -Kempen pemulauan yang menyeru memboikot produk-produk dari kilang-kilang penempatan haram, yang diambil oleh orang Palestin di Tebing Barat, menyebabkan penutupan sekurang-kurangnya tujuh belas kilang sejak beberapa bulan yang lalu. Seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post, Avi Alekiam, yang mewakili pemilik dari tiga ratus kilang di pemukiman industri Mishor Adumim Tebing Barat, mengatakan “situasi yang sukar diterima.”

Untuk rakyat Palestin, seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post, inilah strategi yang dicari-cari oleh mereka. Kempen boikot ini juga berlaku di medan antarabangsa di mana Palestin dan negara-negara Eropah memboikot produk-produk Israel menunjukkan sokongan mereka yang padu dengan Palestin.

Palestin telah mencuba selama lebih daripada empat puluh tahun, untuk menamatkan penjajahan Israel melalui Intifadah dan perundingan, yang berlangsung lebih dari dua dekad, tetapi tidak berjaya dan sekarang Palestin ingin mencapai kejayaan dengan bekerja keras untuk membuat kempen ini lebih kuat dan bertahan selamanya, sebagai bukti bahawa kempen ini berdasarkan pada kempen yang aman dan kekerasan tidak digunakan, dan mungkin menghasilkan buah pada akhirnya. Strategi ini berada pada tahap yang popular, setelah datangnya penyertaan daripada pimpinan Palestin di dalam kempen tersebut.


Isu boikot barangan Israel ini pernah dibincangkan di dalam kelas Professional Communication Skills(PCS) baru baru ini dalam Topic Master Session.Pelbagai feedback diperoleh dari pelajar dan juga lecturer.Lecturer kami,Dr S ada mengutarakan pendapatnya.Begini bunyinya

Dr S:I just want to know,people keep talking about boycotting all that,but I dont think it is effective(ayat dia tak pasti bagaimana.apa yang penulis ingat lebih kurang begini lah maksudnya.Jika salah mitk betulkan ya)

Penulis tidak kesah apa jua pendapat orang ramai mahupun rakan rakan,mungkin ada yang berbeda pendapatnya dengan kita.Tapi apa yang pasti,boikot tetap boikot.


"Satu dollar yang dibelanjakan ke atas barangan Israel adalah seperti satu butir peluru yang menembusi dada rakyat Palestin"(Yusuf Qhardawi)

Jadi ternyata,usaha memboikot ini tidak gagal dan pasti akan lebih berjaya jika semua manusia,yang masih punyai rasa simpati,kasih sayang terhadap rakyat Palestin turut memboikot produk Israel.Mari kita sama sama menggencarkan usaha ini.Tinggalkan McD,tinggalkan Nestle,tinggalkan Starbuck.Insyaallah semoga usaha baik kalian mendapat balasan dari Allah.

"Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"(HR Bukhari wa Muslim)


Semoga ikhwah ikhwah kita di sana terus sabar menghadapi dugaan yang begitu genting.Banyak kawasan telah diserang.Rakyat Palestin dijadikan tebusan.Semoga Allah membantu kalian.Insyaallah

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Universiti Teknologi PETRONAS

"Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

7 comments:

Hazwan @ Bani said...

betul pe yg ko postkn tu min...
sebenarnye ramai lg yg xnmpk betapa pntg isu ini...
neway, ramai gak yg mengaku ambil berat tp tak mampu buat apa2 sbb just mengaku je...
sbb ramai yg mangaku sygkn masjid al-aqsa tp sbenanye xtahupun msjid aqsa yg mana...
br2 ni ak ikut satu ceramah aman palestin, panel die mmg dr sana...
pernah jd penjaga masjid tu pun...
highlight talk die, die bgtau Israel dah conquer media smpai ramai uumat islam dh salah anggap masjid aqsa yg mana...
die nak kecikn masjid tu smpai jd bangunan je...
sbenanye masjid aqsa tu semua kwsan termasuk tanah lpg...actually ada ruang solat bawah tanah..
yg bangunan 2 buah tu just refer tempat imam (ruang utama) n tmpat wanita...
ak pun terkejut gak dngar..
sbenanya byk lg konspirasi tp kita xsedar...
br2 ni yg Israel tu umumkan boleh kongsi kwsn tu sbenanye just helah je...
nt die tarik blk..mcm mane die penah buat dulu utk dptkan sedikit kwsn aqsa tu...
nk citer sume rasenye xcukup utk ak komen kt cni..
neway, nice post!
keep up, sebarkan kebenaran!!!

Amin Baek said...

thanx bani ngan komen yang bernas..
benar..
smpi skang,masih ada org yg keliru antara kubah as sakhra dan juga masjidilaqsa..
bahkan di media massa juga menampilkan gmbr yg silap..
bgtulah propaganda yahudi@zionis untuk menakluki masjidilaqsa@palestin..

insyaallah..sama2 kita

Bro Syah said...

ini fakta sebenar berkenaan kawasan masjid al aqsa

http://abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/

Amin Baek said...

bro syah:syukran akh..

jzkk

Amin Baek said...

bro syah:syukran jazilan..mungkin ana antara yg menerima maklumat yg tidak shahih..alhamdulillah..

Anonymous said...

just to interrupt a little.
ade buku tulisan orang pakar ekonomi- penulis tuh tak silap orang israel sendiri. [ nnt klu jmpe blk buku tu ak bg tahu hang]
dlm buku tuh menceritakan bahawasanya, hanya AS yang sbgi diorg pye sumber kepada ekonomi dn ketenteraan. kejayaan2 boikot yang dibuat hanyalah kecil dan saja dibubar2kan. dan, boikot langsung dan TIDAk memberikan kesan apa2.

jadi aku still terpikir byk kali. abis tuh boikot yang dibuat, tak beri kesan besar?? exactly, aku bace buku tuh, mmg benr. hanya AS diorng terima foundation. then, aku pikir lagi, cmtuh, why still boicot happen?? in my opinion, aku rase kan, diorg mesti nak kaburkan umat islam agar buat benda2 kecik nih and, umat islam tak yah nak buat perkara2 besar untuk mnntg mereka. bila aku terpikir benda nih, betul jugak, sbb boikot dah buat lama, and langsung tak de pape kesan yang besar. aku rase cam, kenapa perkara besar tak muncul?? means, israel tuh dihalau ke.. tak de ke weh??

apa pendapat kau?? marilah sama2 pikir weh. aku nak tgk gak umat islam kat palestin tuh selamat cam aku kat sini. lagi2, bukn kat palestin jer tertindas, even kat thailand, urbekistan, afghanistan.. mcm2 lagi la. meh kerah otak cmne nak selamatkan diorg nih. kau sebagai hamba allah, aku sebagai hamba allah. kita dua2 org islam yang nakkan kemenangan islam terdiri. jom pkir. thnx a lot for read. aku nak pening nak pikir2. tapi kena gak pikir an?

Amin Baek said...

anon:

terima kasih merespon,wpon entry ini agak lama..

ok...efek dia memg terlampau kecil jika nak dibandingkan dengan dana yang mereka perolehi..tp apa yang pasti,ia akan menjadi besar,jika semua umat Islam berpakat..cth,jika kita kumpul10sen,dan satu malaysia juga melakukan mende sama...bpe total RM kita ada??dan jika kita boikot McD,biasa kita bli rm20 n above..n semua orang buat bgtu,bpe RM sheikh kita da elak dari mengalir ke Israel??byk kn?

mende kecik?ok..apa yg ak dapat sarankan,skecil2 usaha,kita ambil tahu..kemudian boikot,kemudian infak..apa yang kita expect dr umat Islam,jika mende kecik ini(boikot) kita tak mampu lakukan??dan yang pling penting,tuk nak tgk whter kita mampu or tak tuk bangkit menentang Israel,jom kita tgk subuh kita di masjid..agak2 bpe ramai golongan rijal atau pemuda di sana??rasanya mayb pakcik2 dan sgelintir anak muda..

sedangkan mereka,orang israel kata,mereka akan takot pada umat islam jika mereka solat subuh berjemaah,spt mana mereka solat jumaat...kita ni,nk bangun subuh pn payah,apatah lg nk jemaah dan berqiam..

insyaallah..ni lah stand ak..tq for sharing..mari bermuhasabah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails