Sedikit cerita pendek,sambungan dari pada Kembara Hidup yang pertama dahulu.
----------------------------------------------------
Maka,bermulalah kehidupan Malik yang baru.Kehidupan yang lebih bermatlamat,yang pastinya tearah kepada satu tujuan yang sama iaitu mencari redha Allah.Tiada apa yang penting selain redha Allah dalam perjalanan yang sementara ini.
Dalam masa yang sama,Malik mula berkenalan dengan sahabat sahabat yang lain.Di situlah dia mengenal sahabat sahabat yang se”batch” dengannya.Ada Im,Annus,Hilma,Jaki,Farim,dan ramai lagi.Malik merasakan semangatnya melonjak lonjak untuk terus bersama mereka di dalam jalan yang penuh getir ini
Message received...
Malik menekan pad kekunci handphone Nokia 5210 nya dengan penuh cermat.Maklumlah,handphone baru dibeli.
“Salam.Malam rabu ini akan diadakan mabit di Masjid An Nur,Jam1030 malam”
“Aik?Apa mondo ni?Mabit?Tak ponah den dongar ini term selama ni”Malik bermonolog dalam menggunakan loghat Negeri Sembilan,walaupun itu bukan negeri asalnya.Malik kebingungan sebentar.
Buzz..
Buzz..
“Malik,salam.Tidur ke?Ada dapat message pasal mabit tak?
Buzz..
“Mana orang Malakau sorang ni.."
“Yo bro.Hahaha.Sori sori.Baru lepas basuh baju.Ada ada.Tapi bro,mabit tu apa kejadah?Sabit aku pernah la dengar.haha”
“Hahaha.Lik,lik.Watpe nak suh hang bersabit kat masjid tu.Mabit tu maksudnya berumah.Maksudnya kita akan bermalam di masjid dan ada sedikit aktiviti la.Pastu kita akan bangun qiam bersama sama.”Im menerangkan kepada Malik.
“Owh.Oraite2.See you there.Insyaallah”
----------------------------------------------------
Selepas bermabit bersama sahabat sahabatnya,Malik merasakan satu kenikmatan,sesuatu yang cukup mendamaikan.Cukup menyenangkan.
Minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir semester.Malik kembali menumpukan perhatian kepada kertas kertas yang akan dihadapi.Chemistry,Physics,Introduction to Computer and System dan macam macam lagi.Keputusan akhir semester ini akan menentukan sama ada dia layak untuk ke peringkat Sarjana Muda di UTP atau pun tidak.
Semester baru kembali menghambat setiap pelajar pelajar.Muka muka kelihatan girang,ada yang sayu berpisah dengan keluarga,ada juga yang tiada langsung ekspresi.Malik kembali dengan semangat kerana semester inilah dia akan bergelar pelajar undergraduate.Dengan result sebelumnya yang agak baik,sungguh ketara akan perbezaan sikapnya.Tampak yakin,selesa dengan diri dan juga lebih bersungguh sungguh.
Dalam perjalanan yang baru menginjak setapak dua,tiba tiba,Malik mendapat message yang dia akan bertukar murabbi dan akan berpisah dari kawan rapatnya ,Im.Entah mengapa,hatinya terasa berat.Malik cuba bersikap positif,cuba melawan setiap perasaan yang cuba melawan dia dari mendekati Rabb nya.
Murabbi barunya ialah Rahim dan mutarabbi yang seangkatan dengan Malik ialah Zuhair dan juga Syaf.Mereka berdua merupakan lepasan sekolah agama yang tersohor di Malaysia.Dan tidak lupa juga Fai.Pada awalnya,halaqah mereka berlangsung dengan lancar.Diisi dengan pelbagai perkara berfaedah.Mereka berdiskusi,memberi pendapat,dan berkongsi ilmu.
Selepas 2 bulan,Malik terasa sesuatu.Terasa sesuatu yang amat tidak menyelesakan.
“Kenapa ya dengan aku ni?Aku da peroleh apa yang aku mahukan.Inilah dia.Tapi,kadang bila datang program beramai ramai,aku jadi bosan.Sahabat lain semua da la power.Ilmu peh,mantap gila kot.Segan aku camni.” Malik berkata seorang diri ketika mabit mingguan di masjid,ketika yang lainnya sedang berborak di satu sudut yang lain.
Malik kini berperang dengan perasaannya sendiri.Hendak dikhabarkan kepada Im,rasa malu.Lagipun Im seorang yang sangat sibuk.Halaqahnya selalu sampai ke pagi,hampir ke Subuh.Entah berapa banyak halaqah yang dia uruskan.Malik semakin jauh semakin jauh hatinya dari tarbiyah yang baru hendak dirasakan kelazatannya.
Halaqah mula diabaikan.Mutabaah sedikit terjejas.Fokus dalam pembelajaran mula tersisih.Malik terasa keseorangan.
Pada suatu petang..
“Buzz”
“Salam Malik”
“Eh,sapa pulak ahmazz ni?Tak pernah pernah pun ym”Kata Malik dalam hatinya.
“Wasalam.Sapa ni ya?
“Hehe.Ni Hilma la.Saja je ym,nak Tanya khabar.Lama tak Nampak kt program.Kat mabit pun jarang jarang jumpa”
“Ada masalah la..hurm.Entahlah ,aku rasa macam kadang kadang rasa susah nak masuk dengan sahabt yang lain.Nak cakap pun rasa janggal,apatah lagi nak bergurau senda.Bak kata pepatah,memang tak boleh masuk la.huhu”
“Owh..patutlah selalu duduk sorang sorang je.Camni akh,ana pun pernah lalui menda sama masa awal awal dulu.Ana rasa keseorangan.Rasa macam orang tak layan je kan?Mujur ana cuba mencari sahabat seperjuangan,yang berdekatan dengan ana.Iman dan ukhuwah tidak boleh dpisahkan akh.Cuba tengok Al Hujjurat ayat ke 10.Dimana dikatakan setiap orang orang mukmin itu adalah bersaudara.Mukmin bermaksud orang beriman la kan".
"Sesungguhnya orang orang mukmin itu bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"[49:10]
"Juga dalam hadith ke-13,tidak beriman seseorang selagi tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لا خيه ما يحب لنفسه
(Rawahu Bukhari wa Muslim)
"Tengok lagi sekali bagaimana iman dan ukhuwah ini berkait rapat.Pada zaman Rasulullah,setiap orang berebut rebut untuk mengucapkan salam dahulu.Inilah cara untuk berukhuwah.Jadi akh,kita yang perlu mulakan.Jika ukhuwah kita mantap,ana yakin,iman kita turut melonjak lonjak nak terkeluar keluar.hahah.”
“Hahaha.Apalah hang ni.lawak a pulak.Hurm.Terima kasih Hilma.Insyaallah.Aku try.Jzkk”
“Hehe.Ok.Waiiyakum.K la akh.Ana nak makan dulu.Lapar lapar.Jom makan sekali?
“Takpe takpe.Makan lah dulu.Aku diet ni.ahahah.”
“Ceh.OK2.Salam.”
“Salam”
----------------------------------------------------
Hari berganti hari.Malik masih mencuba mengaplikasikan apa yang Hilma sarankan.Akan tetapi,masih terdapat satu dinding yang tebal,membatasi hubungan antara mereka.Ada sahabat yang final year,ada yang 3rd year.Siapalah Malik di situ.Tetapi Malik tetap terus mencuba kerana takut takut akan terlepas nikmat yang tidak semua orang perolehi ini.
Ketika perjalanan pulang dari Pasaraya Halidi,di Taman Majuk,untuk membeli sedikit barangan,Malik asyik memikirkan tentang halatuju dirinya.Mnegintrospeksi tentang amalnya dan tidak lupa juga tentang ukhuwah dengan sahabat yang lain.Tiba tiba..
PINNNNN!!!!!!!!!
“Allllllllllllllaaaaaaaaaaaahhhhh!!!
Bersambung...
6 comments:
Jalan cerita amat sempoi..
cuma yang xleh tahan nama-nama yang disamarkan sumenye pelik2..
Hilma paling xleh tahan..
huhu
btw...
Semoga Tsabat...
umair.
hahha..
xreti den nak menulis2..
men taboq je apa tlintas pg smlm +pg ni..
haha..hilma?leh agak x sapa?ahmazz..hahaha
insyaallah..mohon doa ya..amin~
haha.. ana tergelak sorang2 baca coretan antm ni..
adeh.. tak leh tahan..
zuhai,syaf.. paling tak tahan annus,
cam termencarut pun ade gak rase.. ish3..
pelik tapi benar?!
salam akh..haha..ana dah gelak sorag2..Hilma? mcm nama pompuan lak..muahaha ^_^
zubair:hahha...woit2..ini cite siyes la..ada plak gelak..adoi2..pandai gak aku bt cte lawak..hehe
nice kn nama tu..annus..hek3..
ahmiezz:salam..haha..lg skali,ini cte siyes..siyes2..hehe..cm best hilma tu..alamak..ahmiezz..ahmazz..huhu
hehe..mcm kenal je hilma dan ahmazz..mcm org sama je..kui..kui..kui.. ^_^
Post a Comment