May 22, 2010

~Lawanlah Ia~


Alhamdullillah syukur kepada Allah atas kasih sayangNya yang memberikan aku nyawa,untuk kembali hidup dan bangkit untuk menyembahNya.Di tambah pula dengan hujan rahmat yang ditimpakan ke atas bum Tronoh yang gersang ini,sungguh mendamaikan.Alhamdulillah

Entry ini adalah untuk sedikit sharing hadith.Insyaallah hadith yang begitu rapat,dan berkait dengan kehidupan seharian kita.


المجاهد جاهد نفسه في الله
Mujahid adalah orang yang berjihad melawan nafsunya di jalan Allah
(Tirmidzi dari Fudhalah b Ubaid)


Hadis ini mengatakan seorang mujahid itu adalah orang yang melawan nafsunya di jalan Allah.Mungkin pemikiran streotype kita mengatakan seorang mujahid ini hanyalah seorang yang berperang di jalan Allah,yang pergi keluar berdakwah berhari hari,malah berbulan bulan.Ini sudah semestinya benar.Tapi kita lupa,jihad tu sendiri ada pelbagai cabang.Antaranya jihad dalam diri.Inilah perkara basic yang perlu kita lihat.Seorang mukmin perlulah melihat ini sebagai perkara yang penting.Bagaimana kita hendak melakukan jihad yang lebih besar,sebagai contoh keluar berperang,tetapi dalam masa sama belum mampu berjihad melawan nafsu sendiri,contohnya untuk meninggalkan harta benda.

Mungkin perasan atau tak,kita sering menjadikan hawa nafsu kita sebagai tuhan,sebagai raja di hati kita.Segala tindak tanduk kita adalah berlandaskan nafsu semata.Nafsu ini merangkumi banyak aspek.Ada nafsu makan,nafsu tidur,nafsu seksual,dan macam macam lagi.Nafsu ini ada di dalam diri.Terdengar dialog ini semasa kecil kecil dahulu.

Adik:Mak,Ustazah kata,bulan Ramadhan, syaitan da kena gari mak.Tapi kenapa ada je orang yang tak puasa,buat jahat ,tak baca quran mak?
Emak:Betul tu.Memang syaitan da kena ikat.Pasal orang  orang tu,mungkin kerana mereka mengikut hawa nafsu mereka.

Nafsu inilah yang mendorong kita berbuat sesuatu yang kita sukai,yang kadang kadang menentang syariat Allah.Inilah yang perlu diperhatikan

Apakah akibatnya pabila terlampau mengikut nafsu?

Apabila kita terlampau menurutkan nafsu nafsu ini,berlakulah masalah masalah seperti yang ada sekarang,rogol,zina,buang bayi dan pelbagai masalah masalah sosial yang lain.Kalau kita lihat pada kes buang bayi sahaja,sudah berapa banyak kes buang bayi pada tahun ni sahaja?Ada yang dijumpai di tandas,ada di tong sampah,ada yang dibakar,ada yang di jumpai di tangga masjid,yang terbaru di Batu Berendam,Melaka.Penulis tahu tempat lokasi bayi tu di tanam.Sedih sedih..Nauzubillah.Inilah hasil perbuatan zina yang membawa kepada kes pembuangan bayi.

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan dan Allah membiarkannya sesat dengan sepegetahuanNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya.Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)?Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"[45:23]


Jadi ternyata,pabila kita terlampau mengikut nafsu,pelbagai akibat yang buruk akan menimpa,dan yang lagi menakutkan pabila dosa semakin membukit dan amal menjadi gaung.Moga dijauhkan.Sama samalah kita berusaha untuk berjihad melawan nafsu ini.


Sesungguhnya manusia ini lemah,dan pasti akan melakukan kesilapan.Marilah kita sama sama bertaubat,memohon keampunan darinya dan sekaligus memperbaiki diri kita,menjadi seorang yang lebih baik.Lakukan pelbagai aktiviti yang boleh mengatasi masalah ini.Berpuasa sunat,memperbanyakkan bacaan al Quran,dengar alunan zikrullah,dan paling penting,menjauhi sesuatu yang boleh mendorong kita berbuat kejahatan(mengikut nafsu).Doakanlah diri kamu,rakan rakan dan juga penulis ini supaya mampu melawan hawa nafsu yang begitu hebat menentang kita.



"Sungguh Allah menyukai orang bertaubat dan menyucikan diri"[2:222]

"Sesungguhnya orang orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan,mereka pun segera ingat Allah ,maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan kesalahan mereka"[7:201]

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Universiti Teknologi PETRONAS

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]


4 comments:

ImanCo said...

jzkk atas pengisiannya pak.. bagus sekali...

mujahidun linafsihi.. rata-rata post blog2 yang ana dilawati minggu ini bertemakan mujahidun linafsihi.. ada buat janji ka?

anyway, semoga kekal tabah dalam medan dakwah, terutamanya sem depan, coz u r far away from us, my brother.. siapkan dirimu.. n all the best 4 final exam kali ini..

jgn lupa update blog selalu lepas ni.. i'm gonna miss u..

jzkk 4 being my brother...

Amin Baek said...

haha...sejak bila jadi indon ni man..keh3.

ntahlah..mungkin masing2 sdang berperang dgn nafsu masing2..coretan di blog salah satu jalan nk menguatkan diri ni..macam2 dugaan dihadapi..huhu

insyaallah..tu a..intern sorang2..nant balik,zubair,bapak,mai lak intern..huhu..sedih2..doakan ye..mudah mudahan intern kali ni menguatkan bukn melemahkan..

insyaallah..semakin ada internet,semakin terupdate la blog ni..(hipotesis..haha)

thanx man..ana pun sama..
jzkk..

Slave of Almighty said...

Salam akh..

Jzkk.. Sma jga mcm iman, trus2 la beri kami smua peringatan nnt, w/pn dh intern.. hu3.. ok la, xnk seday2.. hehe

Ana pn antara pmbaca stia blog antm.. ^^

Ana doakn antm trus istiqamah lillahita'ala, inshaAllah.. Amin~ Trus thabat ya akh!

ps: planet sntiasa bgerak kliling matahari tu, sistem solar la akh.. bkn galaksi bima sakti.. hehe

Amin Baek said...

slave of almighty:salam...insyaallah..huhu..sedih2.bpe hari je tinggal ni b4 intern..

mekasih2..sudi bkunjung ke blog picisan ni..'

insyaallah..ana doakan ntm sume trut kekal tsabat..

p/s:hahha..tu la yg ana nk maksudkn..takpe..asl org phm da a..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails