May 24, 2010

~Ingatlah kepadaNya~


Alhamdulillah!!
Ku buka entry ini dengan syukur kepadaMu ya Allah atas segala kurniaan,atas segala nikmat nikmat yang dikurniakan.Sekali lagi Kau mengizinkan matahariMu untuk menyinari kami,Kau izinkan oksigen dilepaskan oleh tumbuhan hijau untuk kami kekal bernafas.Alhamdulillah.

Sampai begitu sekali Allah ingat kepada kita.Bermillion orang dalam dunia ini,dan semuanya dapat merasakan nikmat yang Allah kurniakan.Syukur.Allah tidak pernah akan lupa akan kita atau mengabaikan kita walaupun kita sering melupakanNya.Terima kasih ya Allah.

Pabila diri ini berintrospeksi,terasa sangat sedikit kesyukuran yang dilafazkan,sangat sedikit zikrullah yang membasahi bibit,amat sedikit sekali ingatan ini terhadap Ar Rahman Ar Rahim,Tuhan Sekalian Makhluk.Adakah layak kita menghuni bumi Allah sedangkan kita sangat sedikit menghargaiNya.Benarkah kita ini adalah sebaik baik kejadian?

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya"[95:4]

Tapi mengapakah kita yang berbuat kerosakan?Mengapa sedikit sekali kita mengingati Allah?Tahukah kita bahawa seluruh alam semesta ini sedang bertasbih.Bertasbih mengingati PenciptaNya.Awan,Batu,Pokok,Matahari,Galaksi dan banyak lagi.

"Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah,Dialah yang Maha Perkasa,Maha Bijaksana"[57:1]

Mari kita lihat pada alam semesta ini kawan kawan.Galaksi ini berputar dan sentiasa bergerak,.Kemudian,kita ke dalam Galaksi Bima Sakti di mana semua planet planet sentiasa bergerak,mengelilingi matahari


.Di bumi pula,kita dapat lihat,manusia mengelilingi Kaabah menyembah dan bermunajat kepada Allah,





.Dan ingatlah kawan kawan,kita semua hidupan,semua benda di dalam bumi ini,terdiri dari satu asas yang sama iaitu atom.Subhanallah,electron electron mengelilingi nucleus(proton dan neutron) di atas petala petala tanpa berlaku pelanggaran sedikit pun.Kesemuanya tidak berhenti bergerak,mereka tetap berterusan begitu.Kerana itulah yang Allah arahkan.Dan perasankah kita bahawa semua pergerakan itu adalah melawan arah jam?

Iaitu seperti pergerakan manusia bertawaf di depan Kaabah

Allah...
Inilah bukti bahawa seluruh alam semesta ini bertasbih.Seluruh alam ini berzikrullah kepada Allah.Sekecil kecil atom di dalam badan kita juga berzikir mengingati Allah.

Jadi.
Siapakah kita untuk melupakan Allah?
Siapakah kita untuk bongkak untuk tidak mengingati Allah?
dan Siapakah kita untuk tidak bersyukur kepadaNya?
Siapa kita?Siapa kita?

Kau ,aku dan semua orang langsung tidak layak untuk melupakan Allah.Sedangkan semua mahkluk mengingatiNya,inikan kita yang dikatakan sebaik baik kejadian?

Ya Allah,terlampau banyak kami melupakan.Kadang kadang kami mengasingkan Kau dalam kehidupan,kami tinggalkan Kau hanya untuk tempat mengadu pabila dilanda kesusahan.Ampunkanlah dosa kami.

Semesta bertasbih-Opick

Semesta bertasbih padaMu

Sucikan dirimu lafadzkan asmaMu

Gunung-gunung bintang makhlukMu
Mentari rembulan tunduk taat padaMu
Alloh Alloh ya robbi

Alam raya di dalam nafasnya
Berdzikir agungkan tidak pernah berhenti
Burung yang terbang di angkasa
Di laut pun semua mensucikan asmaMu
Tiada satupun pengingkaran alam padaMu
Tiada satupun pengingkaran hati setiap makhlukMu

Ya robbi ya robbi Alloh Alloh
Ya robbi ya robbi Alloh
(diulang 2x)

(Subhanalloh)
Subhana malikil kudus
Subuhun kudusun robbuna
Wa robbul malaikatu warruf
Tiada satupun pengingkaran alam padaMu
Tiada satupun pengingkaran hati setiap makhlukMu

Ya robbi ya robbi Alloh Aloh
Ya robbi ya robbi Alloh
(diulang 2x)

(Subhanalloh)

Ya robbi ya robbi Alloh Aloh
Ya robbi ya robbi Alloh
(diulang 2x)


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian siang dan malam terdapat tanda tanda(kebesaran Allah) bagi orang orang yang berakal.iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi(seraya berkata)"Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia sia,MahaSuci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka"[3:190-191]

Basahi bibir dengan zikrullah,pasti hati tenang kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati menjadi tenang

"Dua kalimat yang ringan di mulut,berat dalam timbangan dan sangat disukai Dzat yang Rahman adalah subhanallah wabihamdihi subhanallahiazim"(Rawahu Bukhari wa Muslim a'n Abu Hurairah)

wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Universiti Teknologi PETRONAS

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

2 comments:

Anonymous said...

selalu terbayangkan bilakah agaknya nyawa diri ini akan diambil penciptanya..dan bagaimanakah penerimaanNya akan diriku yg kotor ini..yg selalu sj melupakanNya..T_T

Amin Baek said...

anon 5.54:

subhanallah..baguslah sentiasa memikirkan tentang kematian..ssungguhnya orang yg bijak adalah org yg sntiasa mengingati mati..

same2 lah kita berusaha membersihkan diri,sbelum kita pulang ke pemilik kita.smoga smpat dibersihkan..amin~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails