Jun 30, 2010

~Begitu ...~


Alhamdulillah hampir sebulan rupanya aku sudah berpraktikal di Possehl Electronics ini.Macam macam ragam orang yang aku temui.Ada yang rancak berceloteh,ada yang serius semasa bekerja,ada yang suka bergurau ,dan ada juga yang blur blur.Benarlah kata rakan,inilah dunia sebenar.Pelbagai ragam orang ditemui.Malam ni teringin lak berkongsi sedikit cerita dari tempat aku bekerja

Di Possehl,ada seorang trainee yang lain juga.Seorang perempuan berbangsa Cina,dan menuntut di USM.Minggu depan adalah minggu terakhir dia.Kejadian berlaku di sebuah makmal....

"Amin,Makwe marah tak simpan janggut ini?"Abang Anuarul bertanya.Abang Anuarul ialah seorang Ketua di makmal tersebut dan gemar mengusik rakan rakannya.Entah menga pa mereka bersama trainee USM terbabit bercerita perihal janggut pagi itu.

Tanpa bersuara,kepala digelengkan dan tersenyum.Tanda tidak marah.Sudah biasa dengan gurauan sebegitu.

Tiba tiba...

"Haaaaa...(sambil menghentak meja batu di makmal itu),haiyaa..kamu sudah ada girlfriend ka??"Kata trainee terbabit

"Eh,eh Cris,janganlah jeles..Hahaha.."Celah Abang Khairul pula

"Mana ada jeles punya.Dia kicik lagi maa..Takkan sudah ada girlfriend"Balas trainee terbabit.

Gegak gempita makmal tersebut dengan gelak tawa semua yang berada di dalam tu.Perbualan yang lain tidak dapat dihuraikan di sini atas faktor keselamatan.Hehe



Aku terdiam dan berfikir.Trainee terbabit berumur setahun lebih tua daripada aku.Dia berumur 22tahun dan aku 21tahun.Dan dia menyatakan aku ini masih muda untuk mempunyai girlfriend.Pada awalnya aku tergelak mendengarkan dia kata aku masih muda,tetapi bila difikirkan balik,ini boleh dikaitkan dengan masalah masalah sosial yang berlaku sekarang.

Seperti yang kita nampak,apa berlaku pada masyarakat kita.Anak anak muda berpeleseran berpelukan dengan pasangan masing masing.Itu semua bangsa apa?Bangsa aku,bangsa melayu.Agama apa?Agama aku,agama Islam.Berapa banyak berapa kerat orang Cina yang kita temui begitu?Tidak ramai tidak ramai.Fikiran mereka telah dibrainwash masa muda mereka untuk belajar,untuk berjaya,untuk mencari harta.Sebab tu majoriti pelajar Cina dapat Dean's List.setiap semester.Mereka tiada masa untuk melakukan perkara perkara yang tidak berfaedah,di mana sedang dimonopoli oleh remaja Melayu yang beragama Islam ini.

Kes terbaru,pelajar berusia 15tahun ditangkap berkhalwat.PMR pun belum tu.Kalau bagi orang Cina,21 ini pun masih muda,apatah lagi budak yang belum ambik PMR sekalipun.Cuba kita tengok kes kes terdahulu.Kes buang bayi di Batu Berendam,yang melakukannya pelajar sekolah.Di Pantai Cahaya Bulan,Kelantan seorang perempuan terbunuh kerana kehilangan banyak darah kerana kelahiran anak luar nikah.Usianya baru 17tahun,belum ambik SPM pun.

Aku bukanlah bertujuan untuk mengungkit ngungkit cerita lama dan membuka aib orang lain,tetapi cuma untuk dijadikan renungan.Bagaimana dengan masyarakat kita sekarang dan perbedaan orang melayu kita dengan orang Cina.Bagaimana mentaliti kita sangat berbeda dengan mereka.Kadang kadang nak tergelak tengok budak budak umur 10tahun,pegang handphone,men message.Tanya sms ngan sapa,awek!!huh.Adik adik.Tah da sunat ke belum tu.


[Gambar hiasan semata]

Kesimpulan

Situasi kita sekarang sudah amat kritikal.Jika tiada perubahan,maka habislah.Bila maksiat dipandang ringan,bila maksiat dipandang biasa,hilanglah ketamadunan sesebuah masyarakat itu.Nauzubillah.Sebagai sedikit sharing.

"Barangsiapa melihat suatu kemungkaran hendaklah mengubahkan dengan tangan,jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika masih tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah lemah iman"    
[HR Muslim]

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

8 comments:

Anonymous said...

i rasa u ni terlalu selesa berada comfort zone orang melayu. siapa kata bangsa asing tak berpasangan. mereka dah start dating since form 1 lagi. ada yang bercinta dengan senior form 5, dan slalu kluar malam sama2. but yet, they still perform very well in their studies. saya ada bukti. add lebih ramai chinese n indian frens di laman sosial anda.
kenapa ya? sebab mereka tak ada yang nak disorokkan. naluri remaja semuanya sama. tetapi sebagai malay, banyak hati hati yang perlu dijaga disamping keliru dengan perasaan dan kepercayaan. islam itu satu anugerah, tetapi apabila islam itu dtg sendiri dan tidak dicari, ada yang tersasar dari laluan.
remaja non muslim, boleh bawak teman lelaki/perempuan balik ke rumah belajar bersama2 ketika berseluar pendek. ibu bapa mereka ada memantau. tetapi remaja melayu tidak boleh. mereka terperangkap. terpaksa sembunyi2 keluar, berjumpa tanpa pengetahuan ibu bapa. maka, mulalah terjadi adegan2 yang tidak sepatutnya.
jangan menilai semua remaja melayu itu kuat sosia..remaja cina pula baik2 dan pentingkan pelajaran. anda juga tidak bercouple bukan?

Anonymous said...

satu lagi, di sekolah saya dulu
ada seorang gadis cina mengandung.semua orang tahu..n dia buat abortion..
selepas dia wat abortion, d whole class tukas kelas kat ground floor dengan kelas tingkatan lain. sebab that girl tak boleh panjat tangga lepas operation.
semuanya supportive..see? sekarang u beritahu i...are u sure takda gadis cina mengandung sebelum kahwin pada usia remaja? ataupun reaksi masyarakat yang berbeza? maafkan saya apabila berfikir mcm ni. kalau org melayu islam ada anak haram, semua akan akan..aduhai..kesiannya baby yang tak berdosa..tapi..cuba kalau anak orang yang berckp tu nak kawin..bila di cek..bakal isteri/suami anak tu berbinkan abdullah..(paham2 la ya?)
terus...tak dikasikkan anaknya tu kawen..katanya nak pelihara keturunan...apatah lagi, ada lelaki yang percaya..perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. tak sanggup rasanya diri yang mulia nak kawin dengan anak tak sah taraf..
see? bole tak faham kenapa orang sanggup buang bayi? kerana mereka tak sanggup bia anak tu hidup dikeji masyarakat atas dosa yang ibu/bapa bayi tu lakukan.
perkara ni tak jadi masalah kepada non muslim...
islam itu mudah, bukan untuk dipermudahkan.
harap u bole fikir dengan lebih lanjut.

Amin Baek said...

ferst of all thank you for commenting..ni komen yang saya tunggu2 selama ini..bernas..padat..

ok saudara/i,cuba tgk quote dari entry saya ini...

"Berapa banyak berapa kerat orang Cina yang kita temui begitu?Tidak ramai tidak ramai"--dalam perenggan keempat..

ada ke saya nyatakan,tidak ada tidak ada??Saya nyatakan tidak ramai.Cuba cari statistik pembuangan bayi.Cuba tengok melayu macm mana??Kita boleh sama sama fikir.Kita p bus station,tgk bangsa apa yg ramai dok bkepit?Kita p shopping mall,bangsa mana yg byk berkepit??Sya tidak menafikan,kes ini ada pada sume kaum,remaja terutama.Tetapi saya di sini saya menekankan pada yg majoriti,iaitu bangsa melayu dan pling penting ialah beragama Islam..

Islam datang sendri tidak boleh dijadikan punca masalah ini berlaku.Once kita mengucap,itu tanggungjawab kita untuk mentaati ajaran.Islam adalah sebuah sistem,dan muslim/ah adalah pendukungnya..Jadi,sudah jelas.Orang Islam,perlu mengikut cara Islam.

Tanya pada diri anda sendiri,bila ada anak perempuan nant,anda mahu biarkan dia bersosial,kemana mana yang dia mahupun dengan lelaki yang anda ketahui?Anda sanggup melihat anak lelaki anda mengusung wanita ke sana ke sini walaupun bukan muhrim?Jawab dengan jujur.Kalau saya,saya ingin menjaga mereka dengan baik.Tidak terlampau bebas dalam pergaulan mereka.Moga dizinkan tuhan..Jika Cina boleh bawak teman untuk belajar ketika berseluar pendek,adakah anda ingin mengikut??

Lagi sekali,saya tidak nyatakan semua melayu kuat bersosial,saya nyatakan ramai remaja Melayu.dan saya tidak nyatakan semua CIna itu pula baik baik belaka.

Boleh awak nyatakan,bagaimana awak tahu mereka membuang bayi,atas alasan ,tidak mahu anak itu dikeji.Dikeji atau berdosa??Pilih yang mana..Jika anak dibuang itu diselamatkan,dia tidak akan dikeji??Bagi saya ini seakan statement penafian..

Saudara/i ada membaca mastika x? keluaran bila tidak pasti.Tajuk besarnya "Anak halal ke Neraka,Anak haram ke syurga".Artikel itu mengisahkan apa yg awak bangkitkan di sini.Dalam kisah tersebut "anak haram" itu berubah menjadi lebih baik.Malah lebih baik dari "anak halal"...Ini adalah pandangan masayarakt kita.Jadi,awak yang mungkin mempunyai kesedaran,boleh lah sebarkan kesedaran tersebut.Benar.Anak itu sama sekali tidak berdosa.Tetapi pelaku tersebut yang berdosa.

Benar.Islam itu mudah.Islam itu mudah.Islam da menggariskan semua garis panduan untuk bergaul dan sbagainya.Mengapa tidak diikuti.Jika diikut,tiada masalah sosial dikalangan remaja Islam sekarang.

Harap apa yang mengelirukan awak,dapat diclearkan di sini.Lagi satu,ada baca berita baru baru ni??Baby hatch kan telah dtubuhkan,tetapi masih ada 2 bayi dibuang.Ni nak salahkan siapa?Adakah kerana ibu nya tidak mahu anaknya dikeji sehingga sanggup membuang bayi itu,instead of bg ke baby hatch?Fikir2kanlah..

Kepada pengomen anon,terima kasih atas komen anda.Dan mintak maaf jika ada terguris perasaan dengan entry dan komen saya.Ni adalah pandangan peribadi saya sahaja.jika boleh,reply dengan nama sekali la.Moga boleh berhubung lagi.Syukran jazilan

Amin Baek said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hello there...
i tak ada niat nak memperkecilkan sesiapa...saya tak cakap saya melayu..saya pun tak cakap saya cina..

i quote dari u:
u cakap byk melayu yang dijumpai berkepit2 di stesen bas...
common la saudara..kita berada di malaysia..populasi melayu itu nyata sekali lebih tinggi.

baguslah kalau saudara bukan dalam kalangan orang yang akan mengeji anak2 haram nanti.saya juga tidak pernah sesekali akan menghina orang lain. tetapi realiti masyarakat melayu yang lain bagaimana? kalau dibela anak angkat..anak haram..bila anak tu ternakal sikit..mulalah mengungkit tentang keturunan anak itu


saudara, maafkan saya. saya tidak suka baca majalah mastika. dulu ya, mastika sgt berinformatif. tetapi dalam beberapa tahun ini..majalah mastika telah disogokkan dengan adegan sex yang melampau. artikelnya..konon2 nak menegur melayu..tetapi memaparkan adegan keruntuhan akhlak orang melayu di media. apa ini? anda sebagai orang melayu...sepatutnya kene alert dengan perkara begini.

saya bagi contoh mudah:
di facebook..kalau ada orang invite join group
: we want facebook to delete group fuck islam...

berdoyon2lah orang melayu islam join group terbabit...(dengan sekadar klik satu button)

tetapi mereka tidak sedar impaknya..apabila mereka join group tersebut mereka telah pun menyebarkan perkataan yang amat2 menghina islam.

sama jugak dengan majalah mastika dan suratkhabar2 sampah seperti harian metro.

saudara nak pula ketengahkan kenapa asik asik orang melayu saja buang bayi. well, selain faktor nisbah populasi..pernah tak saudara fikir tentang abortion?
saya tak ulas lanjut..tak nak tuduh sesiapa..
satu lagi faktor...saudara tahu...apa itu alat mencegah kehamilan..

saudara, cuba fikir ...apa bezanya dua orang yang berzina dengan memakai kondom...dengan dua orang yang berzina tanpa pakai kondom..n then mengandung..

rootnya..sama2 berzina..cuma end result nya ..seorang mengandung..sorang lagi tidak.

jadi tanya balik...
kenapa banyak baby yang dibuang..baby melayu...
hmm?

Anonymous said...

satu lagi saudara...lupa nak komen
saya tidak ada akaun blog ni
tapi saya memilih untuk menjadi pengomen tanpa nama..
bukan pengecut...tetapi saya mahukan jawapan saudara yang tidak bias kelak.

nak sentuh lagi..
pasal saya kata...
keluarga cina..tak kisah perempuan n lelaki belajar bersama ketika berslua pendek...
saya tak cakap..saya nak didik anak2 saya kelak sebegitu..
tetapi saya cuba hendak menyedarkan saudara tentang keadaan yang berbeza di antara dua keluarga berlainan agama dan bangsa...

saudara, iman itu tidak dapat diwarisi..
saya terlalu kecewa apabila masyarakat sering kali menunding jari kpd ibu bapa bila anak2 mereka "tak menjadi"
asyik2..dicakapkan..anak2 itu ibarat kain putih..ibu bapa la yg mencorakkan..
hakikatnya.ibu bapa dah buat yg terbaik..tetapi anak2lah yang memilih jalan sendiri..

jangan tanya saya
nabi muhammad tu..merupakan insan agung..tapi bapa saudara nabi tak beriman kepada Allah..
kalau cakap mcm ni..wah pandai pulak nak berckp smuanya tentang kuasa Allah dsbnya...

akhir kata..
saya nak berkongsi sedikit pesanan imam al Ghazali:

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak- kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

Amin Baek said...

wow..jzkk atas ulasan yang menakjubkan itu..

begini saudara,bukankah saya sudah kata,saya sentuh isu ni kerana isu ni menimpa pada masyakrt majoriti..

"Tetapi saya di sini saya menekankan pada yg majoriti,iaitu bangsa melayu dan pling penting ialah beragama Islam.."

Semua tahu populasi malay paling tinggi di antara semua races.Jadi,bila rmai2 menyumbang ke arah gejala sosial,maka,habis lah masayrakt tersebut walaupun bukan semua,kerana pandangan akan tertumpu kepada majoritinya..Sebab itu lah saya sentuh hal itu di sini.Atas tujuan,utuk saling memperingatkan.kalau saudara pernah membaca entry2 saya terdahulu,saya byk mencurahkan perasaan sy di blog,bila down,sy curahkan di blog..ni semua salah satu cara untuk saling memperingatkan..

berhubung mastika ni akh,saya ambik cara senang la..dalam tu bukan semua cerita buruk.bukan setiap edisi cerita tentang seks..ada juga cerita dari mekah dan sebagainya.Cuba la ambil isinya sebagai pengajaran,sebagai satu peringatan..jika semua cerita dikeluarkan memuji2 sahaja,melayu terbaik,melayu bijak,melayu kacak,ingat ada ke orang yang nk berubah??mastika dan penulisan lain adalah satu wadah ke arah menyedarkan..sama juga seperti metro..tapi cuak anda masih tidak mahu membaca bahan sebegitu,takpe la..saya mengambil isinya sebagai asas untuk memperbaiki diri..bukan ambik isinya sebagai diikuti..

siapa yang berzina,sudah pasti berdosa,tidak kira mengandung atau tak..saya menekankan kepada buang bayi kerana itulah isu yg bnyk diperkatakan..

iman memang tidak diwarisi.semua orang tahu..dalm lagu raihan pun ada =)..masyarakt menuding pada ibubapa??saya ada ulas cerita ni ke??huhu..

terima kasih atas perkongsian..memang benar kata kata hujjatul islam itu..subhanallah..

Pada pandangan saya,awal awal komen saudara mempersoalkan kenapa saya menumpukan pada orang melayu sedangkan cina pun ada masalah sosial bukan?tetapi seakan akan perbincangan kita seakan sudah meleret ke tempat lain sedikit..hehe..harap maaf..

papepun ,thanx a lot..maaf jika terguris hati..kamu tidak cakap kamu melayu,kamu tidak cakap kamu cina,tp saya hampir pasti,kamu adalah seorang Islam..insyaallah,mari kita sama sama cuba merubah suasana masyrakat kita..dan pastinya kita kene mulakan dengan diri kita..doakan saya..(cm ucapan la plak..haha..)

Amin Baek said...

jom sama sama renungkan...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails