Jun 26, 2010

~Isu semasa~



Pabila menonton televisyen pagi ni,untuk menonton berita,sekali keluar berita yang ditunggu tunggu sebelum ini,Datuk Najib mengumumkan pembatalan keputusan pemberian lesen judi.Alhamdulillah.Tindakan yang mengundang banyak kritikan.Banyak blog yang bercerita tentang isu ni.Antaranya sini dan sini..Syukur.Bantahan yang disuarakan Pemuda UMNO,Dewan Pemuda Pas Pusat(DPPP),Ahli ahli parlimen,menteri menteri dan tidak lupa rakyat marhaen amat aku hargai.Walaupun pemberian lesen masih tidak dilakukan,tetapi sudah berapa banyak sindiket yang ditahan polis.Aish.Tak sudah sudah.Setiap hari berita,mesti ada pasal judi bola ni.Tengok bola sudah la.huhu


Dan berita seterusnya selepas Press Conference Datuk Najib itu,adalah kemasukan ulama ulama muda yang berkelulusan tinggi ke dalam UMNO.Ura ura pada awal minggu ini adalah kemasukan bekas mufti Perlis,Dr MAZA,tetapi Dr MAZA tidak hadir pada malam itu.Masa awal awal aku dengar,terkejut juga memandangkan Dr MAZA baru sahaja menghadiri Muktamar PAS di Kota Bahru baru baru ini.Diharapkan kemasukan ulama ulama muda mampu mewujudkan gelombang politik yang lebih murni.Tidak kira parti apa sekalipun,even PKR ke PAS ke UMNO ke,mudah mudahan politik selepas ini lebih baik

.Di sini aku ingin menyentuh sedikit dengan penglibatan ulama dalam politik.Memang benar tak salah pun.Ada hadis menyebut bahawa ulama ulama ini adalah pewaris nabi.Yang menyedihkan,ada penyokong fanatik kepartian yang melampau lantas menghina mengcerca golongan golongan ini.Yang UMNO nya,cerca ulama PAS.Yang PAS nya,cerca ulama yang dikatakan agen UMNO.Nauzubillah..Disebabkan pemikiran politik yang sempit,habis semua dikutuknya.Teringat kata kata Timbalan Mufti Perak,Zamri  Hashim sewaktu dalam satu program dahulu.."Saya sedih bila saya baca internet,orang orang semua kutuk maki hamun Harussani hanya kerana perbedaan pendapat"(lebih kurang begini ayatnya).Memadailah cuma berpolitik,tidak perlu memaki mengcerca golongan berilmu agama ini.Tidak kira parti apa mereka sekalipun.Dan ada dijuga disebutkan dalam Hadis oleh Dailami,rosaknya agama kerana 3 perkara.Salah satunya ialah ulama fakih yang jahat..Hadis ini bukan bermaksud perlu dicerca atau apa sebaliknya tegur secara berhikmah tanpa perlu mengaibkannya.Da update,tetiba jumpa lak link ni..Harussani nya pendapat mengulas kemasukan ulama muda dalam UMNO..sini

Dan sedikit berita lain yang hendak dishare,seorang polis berjawatan konstabel telah dilanggar sewaktu menjalankan tugasnya.Dikhabarkan masih terlantar di hospital.Jadi,aku nak tunggu,ada tak pihak pihak terutamanya ahli ahli politik untuk membangkitkan isu ini.Dia dilanggar sebab pemandu kereta tu nak malarikan diri.Nak tunggu la jugak pembela pembela rakyat bersuara bila polis lak menjadi mangsa.Polis ini rakyat marhaen juga.Dia warganegara Malaysia jugak.Teringat masa cerita Aminulrashid.Banyak fanpage kat FB dibuka.Tapi...Hurm.Semoga beliau mendapat pembelaan yang sepatutnya.Kesian,ayah beliau pun meninggal disebabkan dilanggar kereta.Kerja yang sentiasa terdedah pada risiko.

Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Kampung Peringgit Melaka

"Dan tetaplah kamu memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails