Jul 25, 2010

~Cocok Hassan~


Alhamdulillah.Bila membaca tajuk ini,sudah pasti para pembaca semua terbayang bayang gerakan lincah Hasan Sani di mana gerakan itu membawa Malaysia menewaskan Korea Selatan dan seterusnya layak ke Sukan Olimpik.Ulasan oleh Hj Dzulkarnain tidak silap telah menjadi trademark untuk aksi tersebut,apatah lagi video gerakan itu diiklankan di TV TV sempena World Cup yang baru lepas

Sekali lagi,sejarah berulang!!

MALAYSIA berjaya mengulangi kejayaan tersebut.Alhamdulillah

MALAYSIA 1 Korea Selatan 0
Syafiq Rahim,50



Perlawanan persahabatan yang diadakan sempena 50tahun hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan berlangsung petang tadI.Ada ditayangkan secara langsung di Astro Arena.Mujur sempat menyaksikannya full time.Permainan yang cantik di awal permainan ditunjukkan.Fakri bermain baik di sayap kanan dan beberapa kali melepasi pertahanan Korea.Zaquan pula mengagumkan dengan kelajuan lariannya yang beberapa kali hampir memerangkap pertahanan Korea.Adiknya,Aidil begitu mantap di pertahanan dengan mengatasi serangan serangan berbahaya dari player Korea.Dan tidak lupa,penjaring gol,Syafiq Rahim yang menjaringkan gol dari luar petak penalti.Secara overallnya,permainan pasukan Malaysia cukup impressive.Dengan Gunalan,Amir Rhoidan,Nasriq Baharom,Sharbinee,Asraruddin membantu rakan rakan yang lain.Walaupun ada juga kesilapan kesilapan dilakukan,tetapi permainan cukup menarik untuk ditonton

Jadi kemenangan ini,meneruskan rentetan kemenangan pasukan negara,Malaysia dalam  perlawanan bertaraf antarabangsa.Baru baru ini mereka menewaskan Yemen.

Tahniah Malaysia!!!Ayuh bangkit!!Anda mempunyai potensi.




Kini
"COCOK SYAFIQ"?
hehe

Wallahuallam

4 comments:

.sYaFiQ. said...

lor..ana ingt ntum cte psal ana td..ade sdkt terasa sprti ana yg main..haha..

Amin Baek said...

syafiq bapak:hahhaa..cet..ada org perasan la pulok..haha

KD said...

syafiq terer ape main... tapi x leh setaraf ngan defender simpanan M.U... aminbaek ferdinand...

Amin Baek said...

iman:hahah..terer2...tp nak banding ngan sapa nama player mantap tu,iman ke apa,lg hebat dia tu..hahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails