Jul 25, 2010

~Hari Sabtu ku~

~


Alhamdulillah.Akhirnya sampai juga weekend yang ditunggu tunggu.Barulah aku tau,kenapa orang bekerja tunggu sangat sangat weekend ni.Rupanya inilah masa untuk berehat menenangkan minda.Aku da praktikal ni baru la camne perasaannya.Dulu masa stadi,weekend ni cam takde apa apa sangat pun.Sebab weekday pun da macam weekend gak.haha

Papepun,marilah kita nikmati weekend kita agar tidak menyesal di hari Isnin nanti.Keh3

Hari sabtu aku dimulakan dengan aktiviti yang pada kiranya,agak menyihatkan.hehe..iaitu dengan membersihkan halaman rumah yang sebelum ini,ditumbuhi rumput rumput yang hidup,yang separa hidup dan yang mati akibat diracun.Aku dan akak aku membanting tulang lebih kurang selama sejam untuk membersihkannya.Tapi,bila kerja da selesai,fuh.Sangat sangat puas.Sangat happy melihat hasil kerjanya



Kemudian,kerja aku tidak terhenti di situ.Aku ditugaskan pula mengemop seluruh rumah,dari bakteria bakteria degil.Bagaimana?Sudah tentulah KIWI KLEEN!!(cam promoter plak).Hasilnya,ternampaklah bintang bintang berkerlipan di lantai rumah aku.Ini aku tipu .Da setel?Belum lagi.Masa untuk mengemas bilik pula.Almaklumlah,orang busy dan bujang,bilik pun tak sempat dikemas masa weekday.Jadi,kesempatannya pada hari weekend la.Hoho



Siap semua,dalam 12.00pm.Selepas bersiap siap,dalam 12 lebih,tengok masa macam sesuai tuk qailullah.Haaa..ini a kesempatannya..Hahaha.zzzzzzz

Bangun tuk solat Zohor di Madrasah Muhammadiyah,dan owh ye.Baru teringat.Aku ada dapat jemputan oleh seorang jiran baru,majlis doa selamat di rumahnya.Da a ayah takde.Kena la p sorang sorang.Seganlah juga,dengan orang yang baru kenal,aku sorang saja yang berjiwa muda di situ.Hehe.(perasan jap).Majlis tu lebih dipenuhi saudara mara tuan rumah.Datang lak yang first.huhu..Tapi hak seorang muslim perlu ditunaikan,iaitu memenuhi jemputan,Hasilnya dapat lah berkenalan sedikit sedikit dengan penduduk di taman baru ni.Alhamdulillah.

Balik balik rumah,tengok tengok ada saudara datang.Sebelah ayah..Alhamdulillah.Kemudian dituruti oleh kedatangan saudara sebelah mak.Berturut turut datang.Masing masing datang dari jauh,Mujur kami sekeluarga ada dirumah.Dapat lah menyambut tetamu dari jauh

Dan kemuncak hari sabtu aku,ialah bermain futsal bersama rakan rakan sekolah rendah.Yeah!Best sangat.Maklumlah,lama gila tak jumpa.Jumpa jumpa main sukan yang aku gemari.Tapi da lama tak men sejak berpraktikal ni .Main pulak di lewat malam.Main secara bergilir gilir dengan team mana tah.Dan secara kasarnya,malam tu,aku dan kawan kawan bermain selama 1 +2 1/2 jam.Tambah tolak =3jam setengah.Peh.Padan rasa kejang je.Papepun terima kasih pada kawan kawan yang sudi mengajak. .Farhan Ismail aka Aman ,Hafizuddin Hassan aka Baba aka Cendol,Amirul aka Mamak,Hanif,Ijat dan lain lain.



Kenapa tiba tiba aku tulis pasal menda alah ngarut ni?

Aku pun tak tahu.Tapi aku rasakan sabtu semalam,sabtu yang paling best selama aku berada dirumah untuk praktikal ini..Alhamdulillah.Segala yang dirancang berjalan lancar..

Da macam diari da ..cet

Wallahuallam

6 comments:

beliamuda said...

baguslah kan kalau hari hujung minggu dapat diisi dengan perkara berfaedah macam tu.

Zanaishi said...

haha.amin perasan je muda.wek..
eh2,napa dicut2 word bujang tue?btl la kn.or...are u married?hek2...;p

Amin Baek said...

beliamuda:hahha..tu la..rasa best lak masa trisi dr pg hingga ke malam..biasanya hari sabtu hari melepak,duk bwh kipas,baca suratkhabr..bosan2..keh3

Amin Baek said...

rozanna:memang muda pn..belum 21 lg woo..haha
memang la bujang..tp sj cut,xnak menjatuhkan nama orang bujang yg lain..haha

كتكوت said...

alah amin,bg bersih rumput laman rumah ak kang, pengsan ko kt situ.. ko bersih r sorg2 ni.. ni ad ke ajk akak, ngelat btol r.. kate brjiwa muda, wat r sorg2..huhu

Amin Baek said...

zura:owh..lme xjumpa nama katkut kt sni..hahaha..

ala..pki je mesin..apa susah..haha..akak yg nk tolong.apa aku leh wt zura..terima je la.keh3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails