Jul 28, 2010

~Hari ini 28July 2010~



Hari ini 28Julai 2010.

Kenapa dengan tarikh ini?Spesial sangat ke?

Hari ini ialah Hari Jadi Safwan Atan,Coursemate di UTP,dan rakan senegeri,iaitu Melaka..Beliau telah pun mencapai usia matang iaitu 20tahun.Walaupun baru 20 tahun,beliau kelihatan lebih dewasa dari umurnya yang sebenar.Sebab itu beliau digelar Orang Tua.Nama panggilan lain yang begitu melekat dengan diri beliau ialah SapBonez atau bahasa mudahnya Sap Tulang atau lebih mudahnya "Sup" Tulang.=)

[Sap yang sedang "berfikir"]


Eh,napa cerita pasal Sap ni?Bukan ada faedah pun.Menyemak dalam blog je.Hahaha

Sebenarnya,28Julai 2010 ditunggu tunggu kerana ini...Yeah!!

[Private and Confidential]

Eh?Apa ni?


Owh..Pay slip rupanya.hehe


Nampak sudah dewasa bukan?Hehe.
Inilah yang ditunggu tunggu untuk 28Julai 2010 ni.Bukan tunggu besday dak Sap ni.Keh3.

Akhirnya,elaun berjaya diperoleh setelah sebulan bermandi peluh,mengerah keringat,dan membanting tulang.Terasa berharga usaha usaha selama ini..(Hahah.Poyo je lebih).Alhamdulillah.Dimurahkan rezeki.Moga dapat membantu bebanan kewangan keluarga.

Owh.Aku nak share sesuatu.Semalam tangan aku digigit oleh kucing peliharaan aku,Jebat.

[Ini dia Jebat Derhaka itu..grr]

Gigitan dia sangat sangatlah dalam.Terasa macam da berlubang tangan aku masa kena gigit tu.Ini berlaku kerana aku tersilap time untuk mencampuri urusan beliau dengan kucing jiran.Tengah rancak rancak beradu kekuatan,aku pi ambik dia.Akhirnya,diri ini sendiri telah dilibas.Derhaka punya kucing!!haha..

[Macam gigitan drakula la pulak]

Di tapak tangan juga ada dua lubang serupa seperti di gambar.Darah dari gigitan kucing boleh mengalir.Ish3.Biasa sikit je darah yang keluar.Dan pagi ni,tangan aku masih kebas kebas,dan luka masih lagi sakit.Huhu

Dan semalam juga aku mendapat tahu,gigitan kucing ini  ada bahayanya.Uik?Yeke?Jadi,sila baca tulisan di bawah.

KUALA TERENGGANU 14 Mei - Seorang novelis tempatan, Ariffin Ngah, 66, lumpuh sebelah kakinya setelah digigit kucing peliharaan yang dipijaknya secara tidak sengaja ketika hendak mengambil wuduk.

Berikutan kejadian tersebut, bekas guru yang merupakan pemenang Anugerah Sastera Darul Iman (ASDI) itu kini tidak lagi boleh menulis novel dengan begitu aktif sebagaimana lazim.







Sambung bacaan di sini

Wuish.Terus cuak aku baca semalam.Lantas aku menjadi lebih proaktif,menyapukan ubat gamat.Moga dengan Izin Allah,luka ini sembuh.Amiiinnnn~(tolong aminkan gak ye..hehe)

Rasa untuk sahaja untuk post mengarut pada kali ini.Sekian sahaja untuk ~CoretanKu~ .Dan tidak lupa juga,Happy Besday Sap Atan.Hahaha..

Wallahuallam

6 comments:

MF said...

Ameeen.. ^^

Amin Baek said...

Amin~..Tima kasih2..haha

Hazwan said...

haha..abis la ko min..pasni jd catwoman..eh silap, catman..

sap said...

cess
intro 2 x tahan
:P
thnx amin
:D

beliamuda said...

alhamdulillah, dapat juga elaun ya...

kalau kebas2 lagi tangan tu, gi jumpa doc terus.

Amin Baek said...

hazwan arif:waaa..nice gak tu..kah3..br nmpk bgaya skit..hahah

sap perform:hahaha..dedikasi khas tuk ko tu..hehe

beliamuda:alhmadulillah..dpt rezeki..hehe..ko dpat rini kn..hoho

insyaallah..xsangka gigitan kucing pn da cmtu nye bhy..uish3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails