Jul 31, 2010

~Imam Muda~


Alhamdulillah.Akhirnya Imam Muda yang pertama telah terpilih.Lelaki yang bertuah itu ialah Imam Muda Asyraf Mohd Redzuan.Tahniah diucapkan.Juga sekalung tahniah buat pesaing terdekatnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi.Dan tahniah lagi kepada semua 10 peserta yang menyertai imam muda edisi pertama ni

[Juara Imam Muda,Asyraf]


Aku teringin menyentuh mengenai Imam Muda di sini,kerana munculnya program ini mencetuskan satu fenomena baru.Subhanallah.Al Jazeera datang,Dekat Indonesia pun ada disebarkan berita mengenai Imam Muda ini..sini.Alhamdulillah.Inilah program yang masyarakat kita mahukan.Sudah sudahlah dengan program realiti yang mencari penyanyi la,pelakon la.Sudah sudahlah.Dah melambak artis artis,dan yang menyedihkan lagi,baru masuk pertandingan,macam macam cerita da keluar.Kalau cerita yang nice nice ok lagi.Ini,keruntuhan moral dikalangan artis.Adess.

Kagum dengan peserta peserta ini.Aktiviti yang perlu dilakukan antaranya menyampaikan khutbah,menjadi imam di masjid besar,menyembelih binatang peliharaan,turun padang berdakwah kepada masyarakat.Subhanaallah.Bukan calang calang orang boleh buat ni semua,nak nak di kalangan pemuda pemuda.

Secara jujurnya ,aku tidaklah mengikuti program ini dari awal hingga ke akhir,cuma sekali sekali bila menonton TV tu,tertengok jugaklah yang kapsul kapsul Imam Muda tu.Dapatlah tahu sikit sikit intipati program ini.Maklumlah,insan bekerja,bila malam,mata pun da layu.haha.

Apa apa pun,tahniah buat Astro Oasis,Management dan sesiapa terlibat sama dengan program ini.Aku menyokong sepenuhnya Imam Muda 2 di masa hadapan.Moga akan mencetuskan bibit bibit kesedaran di kalangan  remaja kita.Insyaallah.Mudah mudahan.Membina Generasi Rabbani.Sejuk perut mak mak dorang mengandungkan dorang ye.huhu

Note:Kedua dua peserta mempunyai jambang.dan bila aku pun berjambang,terus dipanggil imam muda di tempat praktikal.kah3.jauh sangat beza ilmunya..huhu..Memberikan motivasi!!Amin~

Wallahuallam

2 comments:

pelangigarden said...

hidup iman muda

Amin Baek said...

pelangi garden:IMAN muda??Iman md noor..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails