Alhamdulillah.Hari ini 20Julai 2010,genap umur ayahku dan hari ini jugalah hari persaraannya.Bersyukur kepada Allah kerana masih mengurniakan aku kasih sayang seorang ayah yang tidak akan dapat ditukar ganti dengan yang lain.Terima kasih ya Allah.
Dan hari ini,akhirnya ayah aku menggantung uniformnya setelah berpuluh tahun bergelumang dengan kerja penuh risiko ini.Aku gembira dan sedih atas persaraannya.Gembira kerana akhirnya beliau akan punyai lebih masa bersama kami sekeluarga.Sebelum ini,banyak masa masanya terbatas kerana hambatan tugas yang tidak pernah berhenti.Tidak kira siang,malam,petang,atau pagi,tidak kira walaupun ayah aku baru sahaja membaringkan diri setelah sehari suntuk berkawal,kemudian dipanggil semula untuk bertugas.Dan aku sedih,kerana kerjaya sudah berakhir.Walaupun baru baru ini,Polis Diraja Malaysia banyak dikecam,banyak dihina disebabkan persengketaan politik,tapi aku tetap bangga dengan ayahku,seorang pegawai polis.Terima kasih abah..
[Sewaktu menerima anugerah]
[Terpaksa ambil guna kamera handphone je.Takde scanner..hehe]
Dulu pernah aku membencinya.Kerana bising sedikit,nakal sedikit,rotan yang dihulur dahulu.Kadang kadang sampai berbirat badan,berbirat kaki.Tapi hari ni aku sedar,tanpa tindakan itu,tidak mungkin aku seperti yang sekarang.Dulu saat aku membela rambut,ingin kelihatan bergaya seperti kawan kawan yang lain.Baru sahaja jambul ku hendak mencecah hidung,lantas dipaksa potong rambut walaupun aku berkeras.Rupa rupanya,itulah disiplin yang hendak diterapkan.Alhamdulillah,sampai sekarang masih diingati pesanan pesanan itu.Aku menyesal kerana pernah ada rasa benci kepadamu semasa kecil dahulu,tapi kini aku sedar semuanya kerana diriku dan keluarga.
[Ihsan PakCik Google..]
Selamat Hari Jadi Abah,moga Abah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.Terima kasih atas jasa jasamu dan nasihat nasihat mu.Terima kasih atas pengorbananmu ,RF54865,Ishak bin Mohd Amin!!Tabik hormat buatmu.
Wallahuallam
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya
5 comments:
oh, ada nama atuk dalam namamu.. :)
Happy Bday Pakcik.... (^_^)
What our father did is only for us to be human (^_^)
beliamuda:hehe..abadikan nama ayah beliau ke dalam nama anaknya =)
nash:tq2..(wakilkn ayah aku..haha)..
btol2..tp kecik2 lu,mana la nk phm..if aku ada anak,dia wt cm aku wt lu,mau aku smackdown dia t..haha
selamat hari lahir utk ayah amin...
haha..tima kasih tima kasih(wakilkn ayah aku)
Post a Comment