Aug 10, 2010

~Akhirnya....Ramadhan~


"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong,setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,dengan ini saya mengisytiharkan tarikh 1 Ramadhan bagi negeri negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada 11 Ogos 2010 iaitu hari Rabu"-Dato' Seri Ibrahim.

Alhamdulillah.Kita semua sudah melangkah ke bulan baru,bulan penuh barakoh,Ramadhan Al Mubarak.

Firman Allah di dalam surah Al Baqarah,

"Wahai orang orang yang beriman!Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"[2:183]

Untuk pembaca pembaca semua,dinasihatkan untuk niat lebih awal,niat untuk sebulan teruih ka,untuk mengelakkan dari terlupa untuk berniat puasa yang akan bermula pada esok hari.Hehe.



Untuk memanjangkan post yang agak pendek ini(da takde idea apa nak mengarut),aku teringin meng'share'kan sedikit perkara perkara sunat yang digalakkan untuk dilakukan semasa berpuasa nanti.Kenapa tidak perkara membatalkan??Kerana sudah pasti ramai yang sangat maklum dengan perkara itu sebab tak nak puasa terbatal kan.Hehe

Perkara sunat ketika berpuasa
  • Menyegerakan  berbuka puasa(Ini yang orang minat sangat ni..hehe)
  • Berbuka dengan buah tamar atau juadah yang manis(Jangan banyak sangat barangan manis.Takut diabetes)
  • Membaca doa berbuka puasa
  • Melambatkan bersahur(Jangan sahur lepas solat subuh sudahlah)
  • Memperbanyakkan baca Quran,zikir,selawat dan buat amal kebajikan(Point penting ni)
  • Sentiasa bersedekah(Senyum itu juga sedekah)
  • Jauhkan percakapan yang sia sia dan perbuatan yang tiada manfaat(Cuba elakkan)
  • Mandi junub lebih awal sebelum masuknya waktu Subuh(No comment)

Welcome Ramadhan.!!
Alhamdulillah

Saya dengan senang hati dan bangganya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca samada yang baca post ini ataupun tidak(Pelik je).Jom jadikan bulan ini,bulan pembersihan jiwa yang telah dikotori dengan kotoran maksiat selama ini.Insyaallah.

Mari jadikan diri kita ini sebagai HAMBA RABBANI(hamba Tuhan) bukannya HAMBA RAMADHANI(hamba Ramadhan).Bermaksud,segala amal yang dibuat bukan kerna Ramadhan semata,tetapi kerana Allah,dan amal ibadat yang dibuat tidak sepatutnya hanya di Ramadhan saja bahkan di 11 bulan yang lain.Insyaallah.

Kepada fan Man Utd,ada dedikasi khas untuk anda semua.Baru terjumpa tadi.haha


Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

6 comments:

Hazwan said...

jangan lupa mandi junub min...haha

Amin Baek said...

hahahaha...keji nya liau..ko pn jangan lupa tau.

Faris said...

Selamat berpuasa =)

Amin Baek said...

Selamat berpuasa juga faris..

Asip Hussin said...

Salam ramadhan jugak, min. Selamat berpuase~

Amin Baek said...

salam ramadhan sip.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails