Aug 9, 2010

~Azam kita!~


Lusa ke tulat?
Owh.Ramadhan semakin hampir.Sangat sangat hampir.

Rasanya kejap je masa berlalu.Teringat Ramadhan yang lepas,seronok.Bangun pagi dikejut Rumet,(tapi biasa sahur minum air je.malas nak turun kafe),bersolat,berkuliah,kemudian petangnya bertadarus bersama dak dak Jan Cheme Jan 07,berbuka beramai ramai di bilik Zakwan dan Syazwan.Kemudian magrib bersama sama di bilik=).Dan tidak lupa berterawih di surau v3@foreigner.

Itu tahun 2009@1430H.

Kini sudah 2010@1431H.Sudah tanam azam anda untuk Ramadhan kali ini?
Aku yakin,hampir semua sudah mempunyai planning di kepala masing masing untuk Ramadhan ini
Mungkin ada yang bercadang untuk:

  • Berbuka puasa di masjid selama yang dapat
  • Menghabiskan bacaan al Quran dalam sebulan
  • Berterawih di masjid masjid secara konsisten
  • Berqiamullail
  • Diet~
Pastinya semua untuk menjadikan Ramadhan ini lebih bermakna.Dalam kita merancang,dalam kita berfikir,di harap tidak dilupakan juga amalan yang kadang kadang dilihat enteng oleh sesetengah orang iaitu Solat Subuh Berjemaah.

Mungkin menjadi kebiasaan bagi kita untuk bangun sahur kerana ada pahala disebalik amalan sahur itu.Bangun menyegarkan diri dengan menjamah makanan untuk mengalas perut dari diserang kelaparan di pagi hari.Bila selesai bersahur,ada juga diantaranya yang menutup mata kembali.Dan sayangnya,mata hanya dibuka  agak lewat dan terjadilah subuh kegajahan.Sayang sayang.


Kenapa Subuh berjemaah?

"Shalat yang paling berat pelaksanaanya ialah Shalat Isya' dan Subuh.Andai mereka tahu kebaikan ada keduanya,tentu mereka mengerjakannya walaupun terpaksa merangkak"[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Ya.Kerana wujudnya kebaikan itu.Dinyatakan dalam hadis di atas "Andai mereka tahu kebaikan ada keduanya,tentu mereka mengerjakannya walaupun terpaksa merangkak".Owh.Sudah pasti ganjarannya sungguh besar sehingga kita akan merangkak jika kita mengetahui.Tapi sayang.Kita tidak tahu,sebab itulah kurangnya keinginan dan keazaman untuk Subuh Berjemaah.

Selain itu,diberitakan juga bahawa gas gas yang baik untuk kesihatan iaitu urat saraf,otak dan tulang temulang begitu banyak di waktu Subuh dan gas tersebut akan berkurangan sedikit demi sedikit sehinggalah matahari terbit memancarkan cahayanya.Anda semua pasti perasan bukan,apabila kita menghirup nafas di pagi hari,udara itu terasa sungguh segar.Berbeza ketika anda menarik nafas di waktu petang dan malam.Mungkin tidak segar jika anda terhirup udara dicemari kentut=) .Subhanallah.Itu rupanya hikmah terselit disebalik saranan bangkit menunaikan solat subuh.

[Usaha yang patut dipuji..Perbanyakkan insyaallah]

Susah nak bangun

Kadang kadang,bila kita sudah berniat hendak bangun untuk Subuh berjemaah,tetapi di saat alarm di handphone sudah menjerit jerit,alarm di komputer sudah melaung laung,molek saja ditutup lantas disambung tidurnya.

"Aku penat sangat la pagi tadi.Tidak mampu untuk bangkit.Nak angkat kelopak mata pun tidak mampu"

Mungkin benar sahaja apa yang diungkapkan itu.Penat.Susah untuk bangkit.Cuba kita bayangkan jika ada satu tawaran seperti ini.

"Tawaran istimewa kepada semua pelajar.Diumumkan sempena Pesta Konvo kali ke 27 ini,kami telah mengadakan satu permainan.Peraturannya mudah sahaja.Sesiapa yang dapat bangun pada waktu subuh,tepat jam 5.55pagi,dan berhimpun di tapak ini,mereka akan diberikan hadiah sebanyak RM10 000.Hadiah untuk 10 peserta terawal"

Bagaimana?Mahu bangun untuk RM10 000 itu?

Maka ketahuilah,

"Dua rakaat solat fajar lebih baik dari dunia dan seisinya"[Hadith riwayat Muslim]

"Sungguh dua rakaat solat fajar lebih aku sukai dari dunia dan seisinya"[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Cuba kita bandingkan RM10 000 itu dengan dunia dan seisinya.Subhanallah.Begitu kasihnya Allah pada kita.

Penilaian

Para sahabat menjadikan Subuh berjemaah ini sebagai satu petunjuk atau indikator untuk menilai orang.Pada mereka,sesiapa yang datang solat Subuh berjemaah,mereka akan mempercayainya.Dan berbeda pula jika seseorang itu tidak hadir ke solat subuh berjemaah.Mereka berburuk sangka terhadap orang itu.

"Jika kita tidak melihat seseorang di jemaah Solat Subuh dan Isya',kita berburuk sangka padanya"[Ibnu Umar]

Jadi?Apakah maksudnya?

Konklusi

Ayuh kerjakan Subuh secara berjemaah.Jika diimbau pula kata kata seorang pendeta yahudi,"Aku tidak akan takut kepada umat Islam selagi mereka tidak mengerjakan solat subuh secara berjemaah seperti mana mereka mengerjakan Solat Jumaat".Kita mungkin orang yang terkedepan dalam soal bantahan terhadap tindakan zionis terhadap ikhwah di Palestin.Kita mungkin yang paling lantang bila berbicara mengenai kekejaman Yahudi Zionis.Tetapi alangkah ruginya kita tidak mengambil pengajaran dari kata kata seorang pendeta Yahudi ini.

Adolf Hitler pernah berkata"Aku mampu bunuh kesemua Yahudi di bawah kekuasaan ku,tetapi aku tinggalkan kamu sedikit supaya kamu boleh mengenali siapakah itu Yahudi".Jadi,ambillah pengajaran.

Tidak akan rugi kita mengorbankan sedikit waktu tidur kita untuk bangkit menuju ke masjid/surau kerana Allah berjanji akan memberikan cahaya kepada sesiapa yang berjalan di dalam kegelapan untuk menunaikan Subuh dan Isyak secara berjemaah.

Dan dalam tulisan Saudara Raghib Al Sirjani,orang Amerika sanggup bangun seawal 5pagi untuk membawa anjing mereka keluar mengambil angin pagi.Dan kita umat Islam?Sanggupkah kita bangkit untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta kita padaNya?

Insyaallah.Sama sama mengubah jawapannya kepada "YA" sepanjang Ramadhan ini dan insyaallah diteruskan sehingga bila bila.

"Siapa mengerjakan solat Subuh dan Solat Asar,ia masuk syurga"[Hadith riwayat Bukahri dan Muslim]

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]



8 comments:

MF said...

Salam akh..

InshaAllah.
Moga-moga bermakna ramadhan kita kali ini ya akh..

Jzkk ^_^

Amin Baek said...

salam..
insyaallah2..mudah mudahan..

Selamat beramadhan akh.
Apa barang puasa di UTP..hahah

Hazwan said...

Berbuka puasa di masjid selama yang dapat~~~

pembetulan~berbuka puasa di masjid sebanyak yg mampu

haha..happi ramadhan

Zanaishi said...

selamat berpose..jgn curi2 minum air paip ok.hehe..

Amin Baek said...

Hazwan ariff:kah3..sebanyak yang mampu??time terawih kepala terhuyung hayang..sebab sudah ngantuk..hehe..

hepi ramadhan jugak!!

Amin Baek said...

Rozanna:selamat berpuasa gak..lg prefer puasa dr minum air paip yang tak sedap tu..hahahha

SaFwaN said...

salam..

wah, bace coretan ko ni mmbuatkn aq nk solat subuh berjemaah di surau tmn aq ni...thnkx amin...:)

Amin Baek said...

safwan:salam..alhamdulillah..gud2..amalkan la..insyaallah banyak manfaatnya...thanx Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails