Aug 8, 2010

~Irama dan lagu~


Update untuk kesekian kali.Hehe.Alhamdulillah.

Tiba tiba aku teringat zaman muda aku dahulu(sekarang pun masih muda),seingat aku darjah 3,iaitu pada tahun 1998.Apa yang aku ingat?

Aku teringat akan saat dimana aku berjaya menghafal lagu dengan sempurna yang pertama sekali dalam hidupku,iaitu lagu Puji-Pujian.Lagu ini merupakan lagu dendangan Kumpulan Raihan.



Puji Pujian-Raihan



sh hadu anla ilaha Illallah,
Wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah...

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah

Ketika hati sedih dan pilu
Kerana ujian melanda
Ingatlah ia sementara
Ucapkanlah Innalillah

Alhamdulillah pujian bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Allahuakbar Allah Maha Besar
Segala puji hanya bagi Allah



Owh.Aku sungguh tertarik dengan kebanyakan lagu yang dibawa.Bermula dengan Puji-Pujian,kemudian Iman Mutiara,Sifat 20,Nama nama Rasul,Selawat,Bismillah dan seterusnya.Yang sebenarnya,aku meminjam kertas lirik lagu(biasanya diselitkan dalam kaset) daripada seorang jiran aku.Punya bersemangat nak menghafal.Hehe.Raihan menjadi fenomena ketika itu.Oversea sudah dijejaki.Bila sebut nasyid,maka nama Raihan yang naik dahulu.Kesannya,kopiah Raihan mula dijual,baju Raihan juga turut berada di pasaran.Mereka mendapat anugerah platinum untuk jualan album yang sangat laris.

[Kini kopiah ku juga begini.Cuma warna lain.Haha]



[Lebih kurang begini baju Raihan itu]


Lagu lagu yang dibawakan ketika itu hanya menggunakan keroncong(ke kerincing?tak sure lak namanya),kompang dan juga gendang.Dan industri nasyid semakin tahun semakin berkembang.Kumpulan seterusnya yang aku kenal,Saujana(Sepohon Kayu),dan juga Hijjaz(Belaian Ibu).Alat muzik kini semakin moden.Ada yang menggunakan Keyboard(ala ala piano sikit tu) dan gitar.Iramanya juga lebih banyak yang lebih rancak berbanding nasyid nasyid di tahun 90an.Rabbani muncul dengan pembaharuan itu.Sapa masih ingat lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali.Subhanallah.Arragement muzik yang cantik lantas menyedapkan halwa telinga.Lagu menjadi siulan para pendengar.Mawi pun ada bawak lagu Rabbani ni.=)

[Rabbani bersama Allayarham Ustaz Asri]

Nasyid terus berevolusi.Dari zaman Nada Suara,The Zikr,kepada Raihan Hijjaz,Saujana,Rabbani dan kini kepada Mirwana,UNIQUE,Edcoustic dan yang lain lain.Semuanya datang dengan misi yang sama,tujuan yang sama.Untuk mendakwahi masyarakat.Tahniah kepada semuanya.Dan iramanya juga turut berevolusi.Zaman pukulan kompang,gendang,kepada bunyian yang lebih canggih dan seterusnya.



Dan aku masih bersyukur,walaupun pada zahirnya,kita rasakan industri nasyid ini semakin merudum.Tiada lagi kumpulan yang membuat impak sebesar Raihan suatu ketika dahulu,yang menggegarkan pentas seperti Rabbani(mungkin kerana ramai sangat =)),tetapi perjuangan menyebarkan message message berunsurkan ketuhanan masih lagi berlangsung.Kini,antara lagu yang menjadi kegemaran aku,lagu yang berentak lebih kepada remaja,bunyian yang sedap didengar tetapi tetap mempunyai message yang tersendiri.

Antaranya:


Andai Ku Tahu(Ungu)
SyurgaMu(Ungu)
Para PencariMu(Ungu)
Pencari JalanMu(Afgan)
PadaMu ku Bersujud(Afgan)
Sujud(Mawi)
Hijab(Mawi)
KebesaranMu(ST12)
MemujaMu(ST12)




[ST12]




Tomat(Wali Band)
Ya Allah(Wali Band)
Aku Cinta Allah(Wali Band)





[Wali Band]




Akhirnya
Tanpa(Sixth Sense)
Inayah
Aku ingin Bercinta(Edcoustic)
Akan Ku Jumpa(Azfar bukan Rumate aku =p )



Mungkin dengan wujudnya lagu lagu alternatif seperti ini,memberi pilihan kepada para remaja still untuk berhibur dan memuhasabah diri dengan bait bait lirik yang berunsur ketuhanan itu.Semoga dengan adanya lagu sebegini,tidak akan membuatkan kita lalai dalam fantasi yang tidak ke mana.

Pelbagai genre lagu yang ada diluar sana.Kita yang berhak mana lagu yang sepatutnya kita dengar.Mudah mudahan lagu yang bermanfaat menjadi pilihan kita.

Dan sesiapa yang mungkin ada lagu lagu lain yang hendak disharekan,boleh la drop kat komen ye.Sharing is caring.Hehe

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails