Aug 29, 2010

~Bukan Islam masuk masjid~


Heboh berkenaan berita ini.

Ahli Parlimen Serdang,Teo Nie Ching telah menyampaikan sumbangan di dalam sebuah masjid baru baru ini.Foto menyaksikan beliau sedang memberi ucapan di kawasan hadapan sebuah masjid dengan berkebaya pendek.

Pelbagai spekulasi dan pendapat di keluarkan.Dan pada aku,perbuatan itu tidaklah suatu kesalahan yang besar.Maksudnya,dari segi Islam,aku selepas mencari sedikit bahan,dan perbincangan,mendapati ianya tidak salah.Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga ada bermuzakarah mengenai isu ini Mac yang lepas.Mungkin YB perlu alert tentang sensitiviti dan lebih molek jika menutup auratnya dengan baik.Mana tau beliau boleh mendapat hidayah dan menjumpai kecantikan Islam itu.Mudah mudahan..Berhubung titah Sultan Selangor,biarlah beliau dan Sultan Selangor berurusan.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Sumber

Diharap perkara seperti ini,dapat dibuat dan difikirkan menggunakan pertimbangan agama,bukan politik semata.Politik kita sudahlah kotor,bila menggunakan politk,agama yang suci pun boleh jadi kotor.

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

6 comments:

arekymz said...

assalam.
aduh..
sy xtahu menahu pon pasal isu semase..
kurang tgk berita n bace akhbar..
susah ni..
terima kasih untuk post ni..
:)

littleantzz said...

jangan ambil sikp melulu,
main serkap jarang,
bertanya pada yang berilmu,
jika tidk, fitnh akn timbul.

littleantzz said...

salam...
yup, "Diharap perkara seperti ini,dapat dibuat dan difikirkan menggunakan pertimbangan agama,bukan politik semata.Politik kita sudahlah kotor,bila menggunakan politk,agama yang suci pun boleh jadi kotor."

saya setuju.

Amin Baek said...

akim:

salam..
sama2..
skadar menjelaskan sedikit kekeliruan yang berlaku..
moga bermanfaat..

Amin Baek said...

litleantzz:

komen pertama saya kurang jelas..

komen kedua,terima kasih..

littleantzz said...

maaf, sbb x comment dengan ayat penuh. anyway, thax sbb fahm.

p/s: kadang2 org bleh tersalah interpret kalau ckp separuh-separuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails